Rasullullah s.a.w bersabda: “Puasa itu merupakan benteng atau perisai maka janganlah berkata keji dan mencaci. Seandainya ada orang yang mengajak berkelahi atau mencaci maka hendaklah dia berkata “saya berpuasa, saya berpuasa” (Riwayat Abu Hurairah)

Friday, 30 August 2013

PeNgaKHiRaN

        بسم الله الرحمن الرحيم
    Tamat sudah latihan praktikalku di NXP Semiconductor  sebagai assistant engineer. Latihan selama 2 bulan setengah tu telah banyak memberi pengalaman kepadaku. Pengalaman menyelami kehidupan seorang engineer dan seorang manusia yang menjalani kehidupan di muka bumi ini. My supervisor cik Norul Hudda menjadi inspirasi kepadaku tentang pekerjaannya. Bukan mudah untuk menjadi setingginya. Baru2 ini beliau telah di beri kepercayaan kepada syarikatnya untuk menjadi project manager engineer. Bukan mudah untuk mendapat tempat sepertinya itu.
       Sebelum aku melangkah meninggalkan syarikat tu, beliau ada memberi semangat kepadaku untuk tidak berputus asa mengejar apa yang kita inginkan. Rasa gembiraku bercampur sedih bila meninggalkan syarikat ni, ramai yang membantuku dikala aku tidak tahu apa2, mereka dengan sabar memberikan tunjuk ajar. They give me inspiration to  survive in this life.. Many experience i get and they share with me experience to give me know that im not in that level yet. Before leave, i hope they will through this life in a good way even there had many obstacle. They is good person. 

p/s: terlupa pulak nak ambik gambar mereka, oleh sebab kamera dilarang masuk, jadi agak susah sikit nak ambik gambar.. 



Saturday, 3 August 2013

SeMuDaH A B C


      Malam ini masuk lah ramadhan yang ke-26.Oh rasa sangat cepat masa berlalu, hari ini seperti biasa aku akan memasak juadah untuk berbuka . Setiap kali aku nak masak je, mesti nak pikir apa masakan yang aku nak masak untuk berbuka nanti, lepas tengok internet jadi aku buat keputusan untuk masak kueh tiaw kari(pelikkan). Sengaja aku try resepi ni sebab aku suka makan bermacam jenis mi.. Jadi pada petang tadi, ayahku terus mengajak ku pergi ke kedai untuk beli bahan2 yang diperlukan untuk masakan. Selalunya bila ayahku membeli ayam pastinya ayam yang ayahku beli sudah siap dipotong bahagiannya, tapi untuk kali ini, ayam tersebut tidak dapat dipotong bahagiannya.

       Jadi bila balik je dari kedai, terpaksalah aku bersilat dengan ayam didapur. Yelah, sebelum ni aku tak pernah potong ayam. Jadi aku pun cuba ingat balik mcm mana peniaga ayam potong ayam (dulu selalu dok pehati peniaga tu potong ayam) . Then lastly berjaya juga aku potong ayam , 16 bahagian pulak tu.. mmg tepat2... Dan lepas bersilat dengan ayam, kemudian lepas asar pulak aku bertaekwondo dengan periuk dan kuali.
Oleh sebab aku nak masak kueh tiaw kari, jadi kueh tiaw tu aku sediakan lambat sikit. So, aku pun masak lah kuah kari. Itu pun aku masak main campak je ikut perasaan aku. hehe.. Sedap ke tak sedap, belakang citer..Kalau nak diikutkan nak je rasa tapi time ni puasa, jadi aku pun tak berani la nak rasa sebab takut tertelan pulak nanti. Walaupun sebenarnya boleh kita nak merasa makanan tu, tapi tak boleh telan, kene keluarkan balik.

    Time aku dok masak kuah kari tu, aku berfikir lagi, takkan nak makan ni time berbuka, mesti perut kembung nanti. Jadi aku pun berfikir la apa makanan yang nak dijadikan alas perut (makanan ringan) dulu time berbuka nanti. Tiba2 aku dapat idea buat roti jala.

Selalu kalau beli kat kedai mesti mahal kan. Jadi aku pun buat sendiri. Dulu aku tak tahu pun sebenarnya senang je nak buat roti jala, semudah A B C. heheh..

      Ok, macam ni ABC nya.
Untuk A=Ambil satu cawan tepung gandum, satu biji telur ayam, garam dan serbuk kunyit untuk jadikan roti jala tu warna kuning. Campurkan semua bahan tu.
B= bancuh semua bahan tu dengan air (air masak seeloknya) shingga adunan tu jadi macam cair, bila kita kacau adunan tu, cair adunan tu macam cair cat.Kemudian tapis adunan tu. Kita tak nak ada tepung yang tidak dapat diadun (tak nak ada bebola kecil).
C= selepas tu, sediakan kuali (seeloknya kuali leper, tapi aku tak de, jadi pakai je la kuali melengkung tu) dan letakkan minyak sedikit diatas kuali tu. Agak2 dah panas, ambil acuan roti jala dan letakkan adunan tadi kat dalan bekas acuan tadi. Lepas tu, goyangkan tangan yang pegang acuan tu untuk jadikan dia bulat.
-klu tak leh imagine, senang citer tgk kat youtube la.. mesti ada orang tunjuk mcm mana cara nak buat roti jala-. Senang je nak buat roti jala. Kalau beli mmg mahal. Sekali buat boleh dapat sampai berbelas kot. Walaupun buat bende ni sume ikut perasaan, tapi still not bad..sampai tak cukup pulak. sedap kot.. haha (perasan).

     Jadi makanan untuk berbuka malam ni, roti jala dan untuk after solat magrib/ solat terawih, kueh tiaw kari (home made, puas hati makan). Itu je la.. Selalu tgk blog orang lain penuh dengan resepi makanan jadi aku pun nak juga blog aku ada makanan..(heheh) nanti bila lapar je, tengok blog sendiri.

P/s= walaupun nampak tak sedap, tapi setiap kali masak roti jala ni mesti tak cukup. Tapi kueh tiaw tu memang tak sesuai bila dicampurkan dengan kuah kari.