Rasullullah s.a.w bersabda: “Puasa itu merupakan benteng atau perisai maka janganlah berkata keji dan mencaci. Seandainya ada orang yang mengajak berkelahi atau mencaci maka hendaklah dia berkata “saya berpuasa, saya berpuasa” (Riwayat Abu Hurairah)

Thursday 1 October 2015

MeNuLiS LaGi.

Bismillah,
Alhamdulillah diberi nikmat nafas dan kesihatan untuk menaip. Biarpun sudah lama tak menaip bak kata para blogger sudah berhabuk atau bersawang blog ni. Terasa janggal juga mahu mulakan balik menaip ni tapi akan ku taip juga apa sahaja yang ingin aku kongsikan walaupun aku bukan seorang yang pandai menulis ayat atau menyusun kata. 

Mungkin aku kembali menaip ni untuk melegakan luka dihati ni. Biar la perkara yang lepas dijadikan iktibar buatku. Aku katakan pada diriku, mulakanlah hidupmu yang baru,aku tahu kau kuat wahai diriku. Kau harus percaya pada dirimu. Jika bukan aku yang perlu motivasikan diri, siapa lagi mahu katakan begitu padamu. 

oh ye, aku dah pun mempunyai pekerjaan tetapi bukan tetap. Walaupun tiada kaitan dengan bidang yang aku belajar , aku akan cuba buat yang terbaik. Hidup perlu diteruskan. Tapi keadaan ekonomi negaraku sekarang sangat menakutkan. Nilai matawang negaraku sekejap sahaja jatuh. Bagaimana boleh jadi begitu? Jadi pelbagai perkara ingin aku cuba dan pelajari. Aku cuba siasat bagaimana boleh menjadi kaya dalam sekelip mata. Ketawa sekejap aku. Bagaimana boleh menjadi kaya sekelip mata tanpa perlu usaha, dan tiada barang yang perlu dijual dan aku tidak percaya itu.  

Banyak juga perkara yang aku belajar semasa bekerja di sini. Sebelum ini, aku hanya belajar tentang engineering. Aku pun tak tahu apa yang aku mahu bila belajar tentang engineering. Mungkin ada hikmahnya aku bekerja disini . Setelah aku bekerja beberapa bulan disini, dapat aku belajar sedikit bagaimana untuk merancang wang ku dan melihat sendiri bagaimana mereka membangunkan syarikat mereka. Bukan aku tak pernah merancang wang, tapi sebelum ni  ia hanya dalam fikiranku sahaja. Displin dan tindakannya tiada. Aku sangat berterima kasih kepada dia yang sanggup menunjuk ajar kepadaku tentang akaun ni.  Banyak kali juga dia mengingatkanku tentang akaun. 

Dalam waktu yang sama, aku cuba pelajari lebih serius tentang hobiku. Tetapi masa dan wang buat aku sukar belajarnya. Tapi itulah, aku selalu teringat ada pepatah menyebut, kalau nak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih. Jadi jangan jadikan itu alasan kita tak mahu teruskan hobi kita tu. Biar sedikit2 dulu, nanti lama2 jadi bukit. Dah lama jugak aku tak gunakan pepatah2 ini semua. Sungguh indah ayat2 melayu dulu. Kalau zaman sekarang, ayatnya sangat menyakitkan hati. Kalau zaman dahulu , nak bergaduh pun masih lagi terasa ada santunnya. 

Mungkin bumi ini sudah sampai ke pengakhirannya. Okaylah, rasanya aku mahu tamatkan penulisan ni setakat ini sahaja. Aku pun tak tahu sama ada bagus atau tidaknya aku menulis ini. Kalau aku ada pengalaman pergi mengembara ke luar negara, mungkin banyak yang boleh aku taipkan disini. Maaf jika tulisan ini hanya mensia2kan masa kamu. Aku hanya terasa ingin menaip dan cuba untuk menaip dengan lebih baik. Terima kasih kerana membaca. Wassalam. 


~Hari Khamis, 12.07pm ~

Tuesday 12 May 2015

....................................................JaTuH.......................................................

Sungguh aku rasa gembira sekali hari ni..
Kerana aku menantikan sesuatu yang aku idamkan selama ini..
Hari ini, seperti semangat untuk aku hidup ,kembali...
Tapi aku lupa..
Gembira itu hanyalah pinjaman sementara darinya...
Sedang aku asyik terleka melayan kegembiraanku..
Ketika aku mahu menuruni anak tangga...
aku lalai melihat laluanku..
saat itu, aku tak tahu langkahku dimana....
dan Aku jatuh..
itu membuat kaki sebelahku sakit .. .
Nikmat yang selama ini diberi,..
telah dia ambil seketika..
mungkin seketika..
aku pasti dia akan beri kepadaku kembali..
mujur ada sebelah lagi.. Alhamdulillah..
Tapi aku sudah biasa dengan semua itu..
sejak kecil, berapa kali aku jatuh..
jatuh basikal, jatuh kedalam longkang....
bahkan jatuh sewaktu balik jalan kaki dari sekolah....
Cuma jatuh kali ini, seperti mahu pitam rasanya..
Mungkin urat kakiku sudah lari dari kedudukan asalnya...
Semasa itu mujur tiada siapa yang nampak..
aku duduk sebentar melegakan kesakitan kakiku..
dalam terhenjut2, aku menaiki kembali tangga..
Semasa itu aku hanya memikirkan,
bolehkah aku memandu kereta pulang ke rumah..
Nasib baik sakitnya tidaklah teruk,..
aku pulang membawa keretaku dengan kakiku yang sakit..
Semoga kakiku lekas sembuh ..
dan aku boleh berlari gembira menikmati hidup ini..

#bila jatuh , membuat aku sedar nikmat hidup ini#

Tuesday 5 May 2015

................................................MoMeNt.............................................................


https://www.youtube.com/watch?v=PHbZ9SXHJwA

Tiba-tiba lagu ini menjengah kembali kenangan lalu.. 
Sungguh, aku tak mengerti waktu itu perasaannya.. 
Lalu aku berlalu pergi tanpa memahami maksudnya.. 
Waktu itu..
bila mendengar lagu ini, aku jadi benci kerna aku pikir ia hanya mainan semata... 
dan kini,aku kembali memahamkan maksudnya... 

Saturday 14 February 2015

.................................................SaRaPaN PaGi................................................

Assalamualaikum dan selamat pagi....
Alhamdulillah, masih lagi bernafas di bumi Allah ni...
pagi ni tiba-tiba terasa nak menaip sesuatu, maka terjadilah post baru ni..hehe
dan pagi ni jugak tiba2 terkenangkan kisah dunia semalam... sedih dan sayu melanda diri ni melihatkan apa yang terjadi, tetapi kita yang hidup perlu meneruskan kehidupan . 

Post kali ni aku nak share pasal jadual sarapan pagi aku time sek rendah hinggalah ke hari ni..

Kata orang atau yang pakar, sarapan pagi tu penting dalam permulaan hari kita. Sarapan pagi boleh merangsang neuron kita untuk berfikir sampaikan ada satu artikel yang aku baca tu kata sarapan perlu diambil dalam agak yang berat.

Teringat aku time sekolah rendah dulu, sebelum nak pergi sekolah je, aku pasti akan bersarapan dulu. Sarapan pun kadang2 nasi goreng + cekodok, biskut kering, kadang2 biskut balak tu, sometime cekodok je, dan air teh o panas. Yelah, time tu tak de duit sgt.Maklumlah aku dan adik beradikku duk sekali kat rumah mak sedara aku.Pagi tu, mak sedara lah yang sediakan sume ni. Jadi pagi tu aku makan la dengan kakak2 dan abang2 sepupu aku. Then, aku berjalan kaki ke sekolah bersama adik2ku dan kawan2 jiranku dengan menyandang beg besar kat belakang. Berjalanlah kami berenam ke sekolah yang letaknya beberapa kilometer je dari rumah. Time tu mmg seronok, sebab pagi tu mmg kami plan lepas sekolah nak main apa. Tak de pikir bende lain. Main je pikir. Kadang2 aku cakap kat kawan aku, jom kita buat project lepas balik sekolah nanti. Hehe, budak2 time tu, sume bende nak buat.

Bila dah nak masuk sekolah menengah, sarapan masih lagi diambil sebab time tu duk kat asrama. Sarapan akan disediakan oleh mak cik kantin asrama.

Tapi start aku duk matrik, sarapan pun semakin jarang nak ambik sebab tak de mood nak makan pagi2 dan tak de sape yang nak sediakan.Kalau makan pun just makan roti je.Sehingga la ke hari ni, aku semakin jarang ambik sarapan pagi. Mungkin ni la sebabnya neuron aku dah banyak  yang hilang dah. hehe..

Tapi baru2 ni, aku rasa perlu sarapan setiap hari sebab perut terasa lapar sgt, badan terasa lesu, dan banyak perkara tak boleh jalan bila tak sarapan pagi. Bila sarapan berat, tengah hari tak makan pun tak pe dan keje pun rasa ada semangat sikit nak buat. Setakat ni, biskut kering la jadi menu yang menaikkan mood aku untuk makan sarapan..^_^

Okay la.. Setakat ni je la aku tulis post ni. Jap lagi nak keje. Jadi, kene ambik sarapan ye sebab bila perut terisi, fikiran pun tenang dan badan pun kuat je nak buat keje.. 

#keje2

Sunday 7 December 2014

.................SeTiaP HaRi AdaLaH HaRi BaRu, ChaYoK .........


    Dah lama tak update blog ni. Sambil duduk tengok tv teringat pulak kat blog ni. Tempat yang kadang2 digunakan untuk luahkan perasaan. Tapi tak best la kan luahkan kat sini je, perlu jugak luahkan pada penjaga kita, yang menghidupkan kita, dan sentiasa memerhatikan kita. Dia sahaja tahu apa yang terbaik untuk kita. 
Ok, erm kenapa ye  tulis setiap hari adalah hari baru. Sebenarnya ni adalah ayat yang sentiasa aku gunakan bila nak naikkan semangat. Ayat melegakan hati. Kenapa  gunakan ayat ni? Sebab acapkali jugak diri ni rasa down dan ada perasaan  rendah diri yang teramat sangat disebabkan kelemahan yang ada kat dalam diri ni...Disebabkan kelemahan yang kadang2 menonjol ni menyebabkan aku jadi tak semangat untuk meneruskan apa2 aktiviti. Kadang2 aku duduk sekejap mengenang balik peristiwa yang lepas dan lepas tu air mata pun mengalir. Time tu ada bisikan kata kenapa aku tak buat macam ni, kalau lah boleh diputarkan balik waktu, aku kene buat macam ni. Tapi, sume perkara tu dah lepas. Bak kata perpatah nasi dah jadi buburkan, tak boleh jadi nasi balik. Jadi hidup ni kene teruskan jugak walaupun ada banyak kesilapan yang lepas. Jadi ayat ni memberikan harapan untuk aku berusaha menjadikan hari mendatang  hari yang terbaik dalam hidup. huhuhu.

        Melupakan perkara lepas tu bukan senang, tapi menghadapi perkara yang akan datang mungkin lebih susah. Teringat aku tentang hari semalam,aku melawat kakak sepupu yang baru je bersalin. Time aku datang rumahnya, pelbagai soalan ditanya kat aku tentang training yang aku baru masuk ni. Seperti aku di interview pulak. Tapi yang paling susah aku nak jawab ialah elaun yang akan aku terima.Cukup ke elaun tu untuk sebulan? Dah dapat?Sejujurnya aku bagitahu, elaun aku tu mungkin akan diberi pada bulan ke 2 @ 3 semasa aku training. Akak sepupuku pun terkejut. aku try jugak explain kenapa diaorg akan bagi mcm tu, lepas tu akak sepupu kata takut nanti diorg tipu. Erm, aku pun tak pernah terpikir macam tu. Lepas tu aku senyapkan diri je. Yelah manusia ni ada pelbagai pendapat. Semangat pun time tu rasa pudar sikit. Tapi hidup ni kene teruskan jugakkan. Aku cakap pada diri, macam mana nak berjaya kalau kita tak ambil risiko. Itu liku2 dalam kehidupan. Pengalaman lah yang membuat kita lebih matang. 

         Bila bercakap tentang matang, aku ada terbaca dari sebuah buku bertajuk Berfikir Gaya Al-Fateh tentang kematangan. Matang tu apa ye. Teringat lagi ada seorang kawan pernah bertanya tentang kematangan. Dalam buku ni mengatakan kematangan itu adalah kemampuan menarik nafas panjang, sebelum mengeluarkan sebarang perkataan ketika berhadapan dengan situasi kurang menyenangkan. Aku bersetuju dengan ayat ni. Matang, dibentuk daripada dua patah perkataan, iaitu mampu tangani sesuatu dengan pause button yang mana ia adalah aplikasi konsep sabar dalam kamus islam dan konsep proaktif dalam kamus barat.  Bagus buku ni. Time mula2 beli dulu aku tak berapa minat baca disebabkan muka surat depan yang penuh dengan fakta dan sebelum ni aku dah pernah baca buku tentang Sultan Muhammad Al-Fateh. Aku bukanlah peminat membaca fakta melainkan aku perlu mengambil exam sejarah. hehehe.. Bila aku baca buku ni, ia mengubah persepsi aku tentang sejarah. Setiap sejarah yang terjadi pasti ada sebabnya. 

           Dalam buku ni jugak ada ceritakan tentang bagaimana kehidupan dan didikan yang diterima Al-Fateh sejak kecil . Jadi ia bukanlah magik, Sultan Muhammad Al-Fateh dapat menawan konstantinople pada usia muda. Aku rasa nak ulang balik baca buku ni. Oklah. Setakat ni jelah. Penat pulak taip. Lapar pun ada jugak ni. ok, jangan lupa ye, setiap hari adalah hari baru, dan chayok hadapi hidup ni. Jangan lupa baca buku jugak walaupun dah tak pi sekolah lagi. Kalau ada tersilap kata, minta maaf ye. ok , wassalam.

Wednesday 17 September 2014

......JaNgaN LuKaKaN HaTi AyAh........

      



      Petang tu aku duduk seorang diri di ruang tamu rumahku sambil melihat fb. Adikku dah pergi kerja. Kali ni dia kerja shift malam selama 4 hari. Oleh sebab semua kerja dah selesai, jadi aku pun layan fb waktu tu. Tiba-tiba aku dengar bunyi motor ayahku. 'Oh, ayah dah balik, along mesti balik malam, ye la pi jalan2' kata hatiku. Then, aku bukakan kunci pintu rumah dan sambung semula melihat fb. Ayah pun masuk kerumah dan duduk.

       Tiba-tiba ayah cakap ' siti, korang duduk la rumah ni 4 orang, biar ayah duk ngan achik tu' . Bila aku dengar rasa nak nangis je. 'ayah ni nak biarkan kitaorg ke?' aku kata kat ayahku menandakan aku tak setuju dengan keputusan ayahku. Ayah kata 'yela, along kau mcm dah tak hiraukan ayah lagi, kata ayah dia tak nak dengar, ayah pun pikir baik ayah duduk ngan achik tu je, ada pape nanti kau mesej ayah je, korang berdikari la'. Sedih lak dengar ayah kata macam tu. Dan semestinya achik tu gembira sebab apa yang dia pernah katakan kat ayah aku jadi kenyataan. Aku ingat lagi dia kata kat ayah aku 'jom bang,kita keluar dari rumah ni tinggalkan diorang 4 orang'. Tapi nasib baik ayah aku tak ikut kata dia. Erm..tak pe yah, nanti siti slow talk ngan along. Then, bila aku pikir balik kalau aku berada ditempat ayah macam mana ye... sedihnya..
        


#apa guna kerja besar klu ayah sendiri tak leh nak jaga.
#teringat time kecik dulu,ayah sanggup besarkan kitaorang seorang diri tanpa mak
#terima kasih ayah
#terima kasih jugak kat mak cik yang tolong ayah untuk besarkan kitaorang
#blog dah berhabuk


Monday 17 March 2014

..............PoKoK MeSra AlaM................


Semalam, habis je kelas terus kene balik kampung disebabkan encik Viva yang kurang sihat.. Then bila tengok kat dapur tak de barang  pape.. then malam tu jugak pi Supermaket yang berdekatan dengan rumah  untuk beli barang.. Tak larat nak pi  jauh2  dan  adik aku tolong senaraikan barang2 dapur yang perlu dibeli... Time beli barang2 tu tiba2 ternampak sayur manis.. Aku panggil dia pucuk kayu manis. tapi yang pasti bila masak daun dia sedap dimakan.. huhu.. 
       Then, hari ni aku kena balik melaka ,tapi atas permintaan ayah, jadi aku pun masak la pucuk kayu manis. Yela, aku pun sekali sekala je balik rumah.. Sian ayah, asyik kene beli lauk kat kedai. Jadi aku balik ni, boleh la makan kat rumah.  Ok.. ni aku nak tunjukkan cara macam mana nak masak.

       Firstly, kita kena asingkan daun dengan batangnya.. Jadi macam ni ye..



Banyak jugak daun dia yang aku dapat, yang batang dia jangan dibuang ye sebab kita boleh tanam batang tu nanti.. Ayah cakap.. nanti tak yah beli lagi sayur manis ni.. jadi batang sayur tu aku tanam dalam pasu rumah yang sekian lama tak digunakan..InsyaAllah, nanti just petik je dalam pasu tu...


Cantik tak saya tanam?? hehehhe.. ok dah siap tanam... lepas ni pulak nak masak daun dia.. Senang je nak masak daun dia , aku bukan selalu masak benda ni.. jadi aku main campak2 je.heheh.. ok ni aku bagi resepi Sayur Manis..Nak try boleh, tak nak try pun tak pe..  tapi resepi ni sangat simple..Aku tak letak ubi kentang just sayur je.. Tapi sebenarnya lagi best kalau letak ubi kentang atau keledek...

Resepi Sayur manis:
1 peket daun sayur manis
1 kotak santan
2 bawang merah (hiris)
1 bawang putih (hiris)
sedikit ikan bilis
air 

Cara2: 
1. Masukkan lebih kurang 2 cawan santan cair kedalam periuk. Dalam masa yang sama , masukkan bawang putih, bawang merah dan ikan bilis kedalam periuk.  Biarkan ia hinggan mendidih. 
2. Bila dah mendidih, masukkan sayur manis, garam dan gula dalam periuk. Biarkan ia mendidih seketika. Bila dah cukup rasa boleh la matikan api dan dihidang.

Aku selalu makan sayur ni time kecik2 dulu.. Mak saudara aku buat, makan sayur ni dengan ikan goreng dan sambal merah.. Pergh.. memang sedap la.. Tapi hari ni tak de ikan untuk digoreng.. ada telur je. Oleh sebab nak hbskan barang kat dapur, jadi aku masak telur goreng sambal.. Weee
 Tapi series, adik aku kata tak sabar nak makan.. huhuh.. Bila dah siap aku tanya dia, sedap tak? Selalu jawapan dia sedap.. heheh.. Lastly aku nak cakap hari ni pokok tu boleh di mesra alam.. tak membazirkan.. daun dia kita masak.. dan batang dia kita tanam balik..

#ok itu je untuk hari ni..

Tips:
1. Kalau nak tanam pokok, niatkan untuk sedekah..Sebab kalau dimakan oleh binatang ke atau ada manusia lain ambik ke, dapat jugak pahala..-tips dari ayah
2. Kalau basuh daun tu, jangan lupa baca bismillah dan selawat .. insyaAllah makanan tu jadi berkat..

Ok .. wassalam.^_^