Dah lama tak update blog ni. Sambil duduk tengok tv teringat pulak kat blog ni. Tempat yang kadang2 digunakan untuk luahkan perasaan. Tapi tak best la kan luahkan kat sini je, perlu jugak luahkan pada penjaga kita, yang menghidupkan kita, dan sentiasa memerhatikan kita. Dia sahaja tahu apa yang terbaik untuk kita.
Ok, erm kenapa ye tulis setiap hari adalah hari baru. Sebenarnya ni adalah ayat yang sentiasa aku gunakan bila nak naikkan semangat. Ayat melegakan hati. Kenapa gunakan ayat ni? Sebab acapkali jugak diri ni rasa down dan ada perasaan rendah diri yang teramat sangat disebabkan kelemahan yang ada kat dalam diri ni...Disebabkan kelemahan yang kadang2 menonjol ni menyebabkan aku jadi tak semangat untuk meneruskan apa2 aktiviti. Kadang2 aku duduk sekejap mengenang balik peristiwa yang lepas dan lepas tu air mata pun mengalir. Time tu ada bisikan kata kenapa aku tak buat macam ni, kalau lah boleh diputarkan balik waktu, aku kene buat macam ni. Tapi, sume perkara tu dah lepas. Bak kata perpatah nasi dah jadi buburkan, tak boleh jadi nasi balik. Jadi hidup ni kene teruskan jugak walaupun ada banyak kesilapan yang lepas. Jadi ayat ni memberikan harapan untuk aku berusaha menjadikan hari mendatang hari yang terbaik dalam hidup. huhuhu.
Melupakan perkara lepas tu bukan senang, tapi menghadapi perkara yang akan datang mungkin lebih susah. Teringat aku tentang hari semalam,aku melawat kakak sepupu yang baru je bersalin. Time aku datang rumahnya, pelbagai soalan ditanya kat aku tentang training yang aku baru masuk ni. Seperti aku di interview pulak. Tapi yang paling susah aku nak jawab ialah elaun yang akan aku terima.Cukup ke elaun tu untuk sebulan? Dah dapat?Sejujurnya aku bagitahu, elaun aku tu mungkin akan diberi pada bulan ke 2 @ 3 semasa aku training. Akak sepupuku pun terkejut. aku try jugak explain kenapa diaorg akan bagi mcm tu, lepas tu akak sepupu kata takut nanti diorg tipu. Erm, aku pun tak pernah terpikir macam tu. Lepas tu aku senyapkan diri je. Yelah manusia ni ada pelbagai pendapat. Semangat pun time tu rasa pudar sikit. Tapi hidup ni kene teruskan jugakkan. Aku cakap pada diri, macam mana nak berjaya kalau kita tak ambil risiko. Itu liku2 dalam kehidupan. Pengalaman lah yang membuat kita lebih matang.
Bila bercakap tentang matang, aku ada terbaca dari sebuah buku bertajuk Berfikir Gaya Al-Fateh tentang kematangan. Matang tu apa ye. Teringat lagi ada seorang kawan pernah bertanya tentang kematangan. Dalam buku ni mengatakan kematangan itu adalah kemampuan menarik nafas panjang, sebelum mengeluarkan sebarang perkataan ketika berhadapan dengan situasi kurang menyenangkan. Aku bersetuju dengan ayat ni. Matang, dibentuk daripada dua patah perkataan, iaitu mampu tangani sesuatu dengan pause button yang mana ia adalah aplikasi konsep sabar dalam kamus islam dan konsep proaktif dalam kamus barat. Bagus buku ni. Time mula2 beli dulu aku tak berapa minat baca disebabkan muka surat depan yang penuh dengan fakta dan sebelum ni aku dah pernah baca buku tentang Sultan Muhammad Al-Fateh. Aku bukanlah peminat membaca fakta melainkan aku perlu mengambil exam sejarah. hehehe.. Bila aku baca buku ni, ia mengubah persepsi aku tentang sejarah. Setiap sejarah yang terjadi pasti ada sebabnya.
Dalam buku ni jugak ada ceritakan tentang bagaimana kehidupan dan didikan yang diterima Al-Fateh sejak kecil . Jadi ia bukanlah magik, Sultan Muhammad Al-Fateh dapat menawan konstantinople pada usia muda. Aku rasa nak ulang balik baca buku ni. Oklah. Setakat ni jelah. Penat pulak taip. Lapar pun ada jugak ni. ok, jangan lupa ye, setiap hari adalah hari baru, dan chayok hadapi hidup ni. Jangan lupa baca buku jugak walaupun dah tak pi sekolah lagi. Kalau ada tersilap kata, minta maaf ye. ok , wassalam.
No comments:
Post a Comment