Rasullullah s.a.w bersabda: “Puasa itu merupakan benteng atau perisai maka janganlah berkata keji dan mencaci. Seandainya ada orang yang mengajak berkelahi atau mencaci maka hendaklah dia berkata “saya berpuasa, saya berpuasa” (Riwayat Abu Hurairah)

Sunday 24 February 2013

SiaPaKaH QaRiN SaYa?

   images Semasa kita berseorangan, kita merasakan kita tiada sesiapa disisi kita. Kadang2 bila kita keseorangan, kita mula berasa sedih, terasa diri terasing dan mungkin terasa diri sudah tidak dipedulikan lagi. Tahukah anda sebenarnya itu adalah bisikan qarin kita yang kadang2 menghasut kita melakukan sesuatu kejahatan. Setiap manusia di dunia ini mempunyai qarin didalam dirinya. Bahkan Nabi Muhammad pun mempunyai qarin. Qarin ini boleh dikategorikan sebagai syaitan yang sentiasa menghasut manusia untuk melakukan kejahatan, Tetapi Allah juga menganugerahkan malaikat bagi setiap manusia tersebut untuk membisikkan kebaikan kepada manusia. Cuma manusia itulah perlu memilih sama ada ingin mengikut bisikan qarin atau bisikan malaikat.

  Melalui pembacaan saya, qarin boleh dilemahkan dengan mengamalkan membaca bismillah bagi setiap pekerjaan yang dilakukan, selalu membaca al-quran dan sentiasa berzikir.  InsyaAllah qarin kita dapat dilemahkan dan kita sentiasa terdorong untuk melakukan kebaikan. Jadi, qarin anda juga menentukan siapa diri anda. Kuatnya qarin anda maka semakin banyak kejahatan yang dibisikkan dalam diri kita. Jadi ilmu yang dipelajari juga boleh menjadi perisai kita membezakan antara salah dan benar. Jika kita merasakan bisikan tersebut adalah salah, maka mungkin qarin kita yang sedang membisikkannya, tetapi jika ia adalah kebaikan maka turutilah. Jadi bila kita bersendirian, ingatlah kita mempunyai teman atau peminat kita yang sentiasa membisikkan sesuatau kepada kita. Jadi pilihlah bisikkan tersebut.hahaha

 

P/s: Pertama kali mendengar perkataan qarin apabila berada di sekolah menengah. Pengertian qarin yang aku fahami ialah saudara kembar kita sejak dilahirkan. Bunyinya seakan menakutkan, tetapi bila sudah difahami secara jelas sedikit , barulah mengetahui siapa yang selalu membisikan kejahatan dan sentiasa menghasut didalam diri.

maklumat lanjut- http://rahsiakayubatudanlogam.wordpress.com/2010/07/01/qarin-itu-siapa/

KeBoHoNgaN Vs KeBeNaRaN

  Dettifoss-Iceland-Waterfall-amazing Tahukah kamu apa itu kebohongan? Tapi tahukah kamu ada juga kebohongan yang menyamar menjadi kebenaran. Perkataan ini aku terfikir semasa aku menonton suatu cerita tentang bagaimana seseorang penguatkuasa yang kita percayai boleh membawa kebenaran sebenarnya adalah suatu kebohongan. Sungguh aku begitu terkejut dan terfikir tentang cerita tersebut. Ok Biar aku ceritakan summary tentang cerita tersebut.

  Anna adalah seorang jururawat di sebuah hospital. Dia mempunyai seorang anak perempuan yang berumur dalam lingkungan 12 tahun. Pada suatu hari, anaknya telah diculik oleh seseorang. Dia tidak tahu kenapa anaknya diculik kerana penjenayah tersebut  tidak mahukan wang, tetapi apa yang penjenayah tersebut mahukan adalah meminta anna membunuh seorang wartawan yang sedang dirawat di hospitalnya. Jadi Anna terpaksa menurut kemahuan penjenayah tersebut. Semasa beliau ingin membunuh wartawan tersebut, wartawan tersebut menyedarinya dan memberitahu bahawa penjenayah tersebut ingin membunuhnya kerana dia menyaksikan penyeludupan ubat dan mereka menyeludup menggunakan orang dalam (polis) dan apabila wartawan tersebut dibunuh maka aktiviti mereka terselamat. Dari situ Anna menyedari apa yang beliau lakukan, tetapi oleh kerana ada pengintip didalam hospital tersebut anna tidak dapat untuk menolong wartawan tersebut melepaskan diri. Pelbagai aksi berlaku tentang bagaimana anna melepaskan diri dari pengintip tersebut, dan terpaksa berhadapan dengan kebohongan bahawa beliau adalah penjenayah yang berbahaya. Akhirnya, tanpa mempercayai sesiapa walaupun polis, Anna melakukan tindakan sendiri mencari anak kesayangannya. Dan akhirnya, oleh kerana tindakan beraninya, beliau dapat menyelamatkan anaknya dan juga dapat melumpuhkan aktiviti penyeludupan tersebut serta dapat menangkap orang dalaman yang mendalangi penyeludupan dan penculikan anaknya itu. Sebelum kejadian anaknya diculik, Anna telah mengalami peristiwa diculik. Jadi selepas kejadian dia diculik, Anna mempelajari teknik mempertahankan diri dan mengambil langkah keselamatan terhadap dirinya. Oleh sebab itu , beliau mempunyai keberanian untuk melakukan tindakan seorang diri. Dia juga tahu jika dia duduk mendiamkan diri dan membiarkan pihak polis mencari anaknya , kemungkinan dia tidak akan dapat berjumpa dengan anaknya. Tetapi oleh kerana tindakan beraninya itu, beliau terpaksa menghadapi fitnah bahawa beliau adalah penjenayah yang merbahaya yang dibuat oleh penjenayah dalaman tersebut( seorang polis). Akhirnya kebenaran mengatasi kebohongan.

    Hanya berbekalkan video yang dibuat oleh polis tersebut dan berlakon seakan polis tersebut berhadapan dengan penjenayah, sudah cukup menjadikan Anna seorang penjenayah! Tetapi jika diselidik dan disaksikan sendiri barulah boleh membuktikan sama ada Anna tersebut bersalah ataupun sebaliknya. Sungguh, sangat mudah untuk membuat cerita kebohongan yang nampak seperti adalah suatu kebenaran. 

p/s: Oleh itu, jangan just harapkan orang lain atau video sahaja. Perlu selidik sama ada ia benar atau tidak. Tetapi kebenaran pasti akan dapat mematahkan kebohongan. Saya pun diajar supaya sentiasa membuat analisis tentang apa yang dipelajari. Sekian sahaja.

Saturday 2 February 2013

KiaMaT iTu..

  بسم الله الرحمن الرحيمtanda-tanda kiamat sudah lengkap

Seringkali bila tirai mata mahu menutup kelopaknya, ku terpikir tentang apa yang telah aku lakukan hari ini. Telah menjadi kebiasaan kepadaku sebelum mataku tutup, pastinya aku akan membaca buku, tidak kisahlah buku apa2 pun, tapi itu sudah menjadi kewajipanku untuk membaca buku sebelum tidur (kalau tak penat).  Semalam, tiba2 tanganku ingin membaca buku tentang kiamat. Sungguh, memng sudah lama tidak membacanya, jadi aku membaca buku itu dari mula. Dari situ, mulalahku sedar, kiamat itu pasti akan datang tiba2 dan kita tak tahu bila, sama seperti kematian. 

    Tapi apa yang telah aku lakukan pada hari ini? Jika nyawaku dicabut hari ini dan jika kiamat tiba2 datang pada hari ini, cukupkah amal yang akanku bawa disana nanti. Oh, bila difikirkan balik, tidak cukup, malah sangat kurang. Cukup ku terkesan dengan firman Allah tentang kiamat, “Mereka menanyakan kepadamu tentang hari kiamat, Bilakah terjadinya? Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan tentang hari itu adalah pada tuhanku, tiada seorang pun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain dia (Allah), kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang dilangit dan di bumi, kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba. .Mereka bertanya kepadamu seakan-akan engkau benar2 mengetahuinya. Katakanlah : sesungguhnya pengetahuan tentang hari kiamat itu adalah pada Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya (Al-‘Aaraf(7):187) .

     Jadi aku conclude kan setiap hari yangku lalui, pastinya ada amal yang boleh aku bawa . InsyaAllah. Jadi, jom kengkawan sume..sentiasalah peringatrahsia-sedekahkan diri ini yang sentiasa lalai…

p/s: iman itu seringkali turun dan naik, jadi disaat imanmu dalam keadaan menurun pastikan ada amal yang dilakukan biarpun ia adalah kecil dan sedikit, tapi bila imanmu dalam keadaan meningkat, gunakanlah iman itu sebaiknya dan ambil peluang untuk melakukan amal dengan sebaiknya. entahlah ayat apa ni.kalau faham, alhamdulillah.. ok Wassalam

Friday 1 February 2013

RaHsIa

بسم الله الرحمن الرحيم

 2008_06_10_-_Russett_-_Storms_over_Concord_Park_01-12Di dunia ini ada bermacam-macam rahsia, tidak kira lah manusia , binatang dan seluruh alam ni ada rahsianya tersendiri. Rahsia akan terbongkar jika disiasat dan dikaji dengan teliti apa yang ingin kita bongkarkan. Sungguh, manusia itu ada banyak rahsia, tidak kira lah rahsia itu baik atau buruk pasti akan terbongkar pada suatu hari nanti. Cuma menunggu masa sahaja ia dibongkarkan dan selagi boleh ditutup, rahsia itu akan tersimpan. Acapkaliku melihat rahsia yang dijadikan oleh manusia seringkali tidak akan kekal rahsia, walaupun sehebat mana kita menyimpan rahsia itu, pasti akan ada kesan dan akibat dari rahsia yang tersimpan. Bila dibandingkan dengan rahsia ilahi, memang jauh berbeza. Tuhan jauh lebih hebat dari manusia, kita tak mengetahui rahsianya sampailah kita akan kesana dan kita juga tidak akan dapat menyimpan rahsia daripadanya. Begitu maha berkuasanya dia yang mengetahui semua ciptaannya.

Rahsia manusia itu seringkali terbongkar akibat mulut yang tidak terjaga.Tapi kita adalah manusia , pastinya rahsia itu melibatkan ramai orang dan untuk menjaga setiap mulut amatlah payah. Oleh itu, berjaga-jagalah apabila kamu diberi rahsia dan bersiap sedialah apabila rahsia itu dibongkarkan. Jika tidak mahu menerima kesan dari rahsia tersebut, maka sebaiknya jauhilah dari berahsia kerna kita akan merasai penderitaan dalam menyimpan rahsia tersebut.

p/s: Rahsia itu sangat misteri kerna apabila dibongkarkan pasti akan ada yang menderita dan pasti ada yang gembira. Kita tidak tahu rahsia yang akan menanti kita dan rahsia itu mungkin tidak akan terbongkar sehinggalah kamu tiada lagi di dunia ini.