Tahukah kamu apa itu kebohongan? Tapi tahukah kamu ada juga kebohongan yang menyamar menjadi kebenaran. Perkataan ini aku terfikir semasa aku menonton suatu cerita tentang bagaimana seseorang penguatkuasa yang kita percayai boleh membawa kebenaran sebenarnya adalah suatu kebohongan. Sungguh aku begitu terkejut dan terfikir tentang cerita tersebut. Ok Biar aku ceritakan summary tentang cerita tersebut.
Anna adalah seorang jururawat di sebuah hospital. Dia mempunyai seorang anak perempuan yang berumur dalam lingkungan 12 tahun. Pada suatu hari, anaknya telah diculik oleh seseorang. Dia tidak tahu kenapa anaknya diculik kerana penjenayah tersebut tidak mahukan wang, tetapi apa yang penjenayah tersebut mahukan adalah meminta anna membunuh seorang wartawan yang sedang dirawat di hospitalnya. Jadi Anna terpaksa menurut kemahuan penjenayah tersebut. Semasa beliau ingin membunuh wartawan tersebut, wartawan tersebut menyedarinya dan memberitahu bahawa penjenayah tersebut ingin membunuhnya kerana dia menyaksikan penyeludupan ubat dan mereka menyeludup menggunakan orang dalam (polis) dan apabila wartawan tersebut dibunuh maka aktiviti mereka terselamat. Dari situ Anna menyedari apa yang beliau lakukan, tetapi oleh kerana ada pengintip didalam hospital tersebut anna tidak dapat untuk menolong wartawan tersebut melepaskan diri. Pelbagai aksi berlaku tentang bagaimana anna melepaskan diri dari pengintip tersebut, dan terpaksa berhadapan dengan kebohongan bahawa beliau adalah penjenayah yang berbahaya. Akhirnya, tanpa mempercayai sesiapa walaupun polis, Anna melakukan tindakan sendiri mencari anak kesayangannya. Dan akhirnya, oleh kerana tindakan beraninya, beliau dapat menyelamatkan anaknya dan juga dapat melumpuhkan aktiviti penyeludupan tersebut serta dapat menangkap orang dalaman yang mendalangi penyeludupan dan penculikan anaknya itu. Sebelum kejadian anaknya diculik, Anna telah mengalami peristiwa diculik. Jadi selepas kejadian dia diculik, Anna mempelajari teknik mempertahankan diri dan mengambil langkah keselamatan terhadap dirinya. Oleh sebab itu , beliau mempunyai keberanian untuk melakukan tindakan seorang diri. Dia juga tahu jika dia duduk mendiamkan diri dan membiarkan pihak polis mencari anaknya , kemungkinan dia tidak akan dapat berjumpa dengan anaknya. Tetapi oleh kerana tindakan beraninya itu, beliau terpaksa menghadapi fitnah bahawa beliau adalah penjenayah yang merbahaya yang dibuat oleh penjenayah dalaman tersebut( seorang polis). Akhirnya kebenaran mengatasi kebohongan.
Hanya berbekalkan video yang dibuat oleh polis tersebut dan berlakon seakan polis tersebut berhadapan dengan penjenayah, sudah cukup menjadikan Anna seorang penjenayah! Tetapi jika diselidik dan disaksikan sendiri barulah boleh membuktikan sama ada Anna tersebut bersalah ataupun sebaliknya. Sungguh, sangat mudah untuk membuat cerita kebohongan yang nampak seperti adalah suatu kebenaran.
p/s: Oleh itu, jangan just harapkan orang lain atau video sahaja. Perlu selidik sama ada ia benar atau tidak. Tetapi kebenaran pasti akan dapat mematahkan kebohongan. Saya pun diajar supaya sentiasa membuat analisis tentang apa yang dipelajari. Sekian sahaja.
zuu? mane dapat cerita ni? macam movie je? nak tengok~
ReplyDeletemmg movie pun.. time tu gk kat tv2.. terlupa pulak tajuk dia..nanti zue try cari la...
ReplyDeleteok
ReplyDelete