بسم الله الرحمن الرحيم
Seorang lelaki mengadu kepada seorang doktor pakar mengenai masalahnya yang tidak dapat tidur malam. pelbagai cara telah diusahakan, tetapi masalah itu tetap tidak dapat diatasi.
"apa yang mengganggu fikiran kamu sehingga tidak dapat tidur?" Tanya doktor.
"saya rasa ada seekor dinosaur bersembunyi dibawah katil saya. apabila saya memejamkan mata, dinosaur itu akan membaham saya!"
" masalah awak hanya ada pada pemikiran awak. Tidak ada dinosaur, percayalah."
"Ada!" Jawabnya penuh yakin.
Doktor itu mengadakan mesyuarat dalam kalangan doktor-doktor pakar untuk berbincang mengenai masalah lelaki itu.
"Jelas ini masalah psikologi," kata doktor pakar psikologi.
"Ini masalah fobia akibat didikan masa lampau," ujar seorang pakar lain.
"Saya rasa ini berkaitan dengan masalah saraf," tambah seorang doktor pakar saraf.
"Baiklah. saya berikan masa untuk awak semua mencuba kaedah masing-masing untuk mengubatinya," rumus doktor tadi.
Selepas seminggu, doktor-doktor tersebut bermesyuarat semula untuk membentangkan laporan masing-masing.
"Ini masalah psikologi yang sungguh kronik. Pelbagai kaedah telah saya gunakan, tetapi dia tetap merasakan ada dinosaur di bawah katilnya,"pakar psikologi membuat penjelasan.
"sarafnya semua okay. Tidak ada apa-apa yang tidak normal."
" saya syorkan dia menerima rawatan alternatif."
Banyak cadangan yang diusulkan, sehingga doktor bingung mana satu rawatan yang logik untuk dilaksanakan.
Di rumah, doktor itu termenung panjang.
"Mengapa ayah termenung?" tegur anaknya yang berusia tujuh tahun.
"Ada masalah seorang pesakit ayah."
"Apa masalahnya ayah? Mana tahu saya boleh membantu."
Dalam hati doktor terdetik, kalau dalam kalangan doktor-doktor pakar pun tidak dapat menyelesaikan masalah ini, inikan pula anak yang berusia setahun jagung.
Namun untuk meraikan si anak, doktor itu pun menceritakan masalah pesakitnya.
"Oh, dia rasa ada dinosaur menyorok di bawah katilnya sehingga dia tidak boleh tidur."
"Ya begitulah."
"Kalau begitu ayah potong sahaja kaki katilnya!"
"Apa pula kaitannya dengan kaki katil itu dengan masalahnya tidak boleh tidur?"
"Kalau kita potong kaki katil, sudah tentu dinosaur tu tak ada tempat untuk bersembunyi!"
"Ya tak ya juga," Bisik doktor itu dalam hatinya.
Esoknya kaki katil si pesakit itu dipotong.
"Nah, sekarang dinosaur itu tak ada tempat lagi untuk bersembunyi di bawah katil kamu. Kamu boleh tidur sekarang."
Benarlah, si peaskit boleh tidur dengan nyenyaknya.
Betapa banyak masalah besar yang dapat dirungkaikan apabila kita berfikir dengan santai, bebas dan keluar daripada kotak pemikiran yang biasa.
c&p
p/s : kadang2 kita terlalu memikirkan perkara dengan terlalu besar padahal ianya semudah ABC untuk dirungkaikan.