Rasullullah s.a.w bersabda: “Puasa itu merupakan benteng atau perisai maka janganlah berkata keji dan mencaci. Seandainya ada orang yang mengajak berkelahi atau mencaci maka hendaklah dia berkata “saya berpuasa, saya berpuasa” (Riwayat Abu Hurairah)

Thursday, 1 October 2015

MeNuLiS LaGi.

Bismillah,
Alhamdulillah diberi nikmat nafas dan kesihatan untuk menaip. Biarpun sudah lama tak menaip bak kata para blogger sudah berhabuk atau bersawang blog ni. Terasa janggal juga mahu mulakan balik menaip ni tapi akan ku taip juga apa sahaja yang ingin aku kongsikan walaupun aku bukan seorang yang pandai menulis ayat atau menyusun kata. 

Mungkin aku kembali menaip ni untuk melegakan luka dihati ni. Biar la perkara yang lepas dijadikan iktibar buatku. Aku katakan pada diriku, mulakanlah hidupmu yang baru,aku tahu kau kuat wahai diriku. Kau harus percaya pada dirimu. Jika bukan aku yang perlu motivasikan diri, siapa lagi mahu katakan begitu padamu. 

oh ye, aku dah pun mempunyai pekerjaan tetapi bukan tetap. Walaupun tiada kaitan dengan bidang yang aku belajar , aku akan cuba buat yang terbaik. Hidup perlu diteruskan. Tapi keadaan ekonomi negaraku sekarang sangat menakutkan. Nilai matawang negaraku sekejap sahaja jatuh. Bagaimana boleh jadi begitu? Jadi pelbagai perkara ingin aku cuba dan pelajari. Aku cuba siasat bagaimana boleh menjadi kaya dalam sekelip mata. Ketawa sekejap aku. Bagaimana boleh menjadi kaya sekelip mata tanpa perlu usaha, dan tiada barang yang perlu dijual dan aku tidak percaya itu.  

Banyak juga perkara yang aku belajar semasa bekerja di sini. Sebelum ini, aku hanya belajar tentang engineering. Aku pun tak tahu apa yang aku mahu bila belajar tentang engineering. Mungkin ada hikmahnya aku bekerja disini . Setelah aku bekerja beberapa bulan disini, dapat aku belajar sedikit bagaimana untuk merancang wang ku dan melihat sendiri bagaimana mereka membangunkan syarikat mereka. Bukan aku tak pernah merancang wang, tapi sebelum ni  ia hanya dalam fikiranku sahaja. Displin dan tindakannya tiada. Aku sangat berterima kasih kepada dia yang sanggup menunjuk ajar kepadaku tentang akaun ni.  Banyak kali juga dia mengingatkanku tentang akaun. 

Dalam waktu yang sama, aku cuba pelajari lebih serius tentang hobiku. Tetapi masa dan wang buat aku sukar belajarnya. Tapi itulah, aku selalu teringat ada pepatah menyebut, kalau nak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih. Jadi jangan jadikan itu alasan kita tak mahu teruskan hobi kita tu. Biar sedikit2 dulu, nanti lama2 jadi bukit. Dah lama jugak aku tak gunakan pepatah2 ini semua. Sungguh indah ayat2 melayu dulu. Kalau zaman sekarang, ayatnya sangat menyakitkan hati. Kalau zaman dahulu , nak bergaduh pun masih lagi terasa ada santunnya. 

Mungkin bumi ini sudah sampai ke pengakhirannya. Okaylah, rasanya aku mahu tamatkan penulisan ni setakat ini sahaja. Aku pun tak tahu sama ada bagus atau tidaknya aku menulis ini. Kalau aku ada pengalaman pergi mengembara ke luar negara, mungkin banyak yang boleh aku taipkan disini. Maaf jika tulisan ini hanya mensia2kan masa kamu. Aku hanya terasa ingin menaip dan cuba untuk menaip dengan lebih baik. Terima kasih kerana membaca. Wassalam. 


~Hari Khamis, 12.07pm ~

Tuesday, 12 May 2015

....................................................JaTuH.......................................................

Sungguh aku rasa gembira sekali hari ni..
Kerana aku menantikan sesuatu yang aku idamkan selama ini..
Hari ini, seperti semangat untuk aku hidup ,kembali...
Tapi aku lupa..
Gembira itu hanyalah pinjaman sementara darinya...
Sedang aku asyik terleka melayan kegembiraanku..
Ketika aku mahu menuruni anak tangga...
aku lalai melihat laluanku..
saat itu, aku tak tahu langkahku dimana....
dan Aku jatuh..
itu membuat kaki sebelahku sakit .. .
Nikmat yang selama ini diberi,..
telah dia ambil seketika..
mungkin seketika..
aku pasti dia akan beri kepadaku kembali..
mujur ada sebelah lagi.. Alhamdulillah..
Tapi aku sudah biasa dengan semua itu..
sejak kecil, berapa kali aku jatuh..
jatuh basikal, jatuh kedalam longkang....
bahkan jatuh sewaktu balik jalan kaki dari sekolah....
Cuma jatuh kali ini, seperti mahu pitam rasanya..
Mungkin urat kakiku sudah lari dari kedudukan asalnya...
Semasa itu mujur tiada siapa yang nampak..
aku duduk sebentar melegakan kesakitan kakiku..
dalam terhenjut2, aku menaiki kembali tangga..
Semasa itu aku hanya memikirkan,
bolehkah aku memandu kereta pulang ke rumah..
Nasib baik sakitnya tidaklah teruk,..
aku pulang membawa keretaku dengan kakiku yang sakit..
Semoga kakiku lekas sembuh ..
dan aku boleh berlari gembira menikmati hidup ini..

#bila jatuh , membuat aku sedar nikmat hidup ini#

Tuesday, 5 May 2015

................................................MoMeNt.............................................................


https://www.youtube.com/watch?v=PHbZ9SXHJwA

Tiba-tiba lagu ini menjengah kembali kenangan lalu.. 
Sungguh, aku tak mengerti waktu itu perasaannya.. 
Lalu aku berlalu pergi tanpa memahami maksudnya.. 
Waktu itu..
bila mendengar lagu ini, aku jadi benci kerna aku pikir ia hanya mainan semata... 
dan kini,aku kembali memahamkan maksudnya... 

Saturday, 14 February 2015

.................................................SaRaPaN PaGi................................................

Assalamualaikum dan selamat pagi....
Alhamdulillah, masih lagi bernafas di bumi Allah ni...
pagi ni tiba-tiba terasa nak menaip sesuatu, maka terjadilah post baru ni..hehe
dan pagi ni jugak tiba2 terkenangkan kisah dunia semalam... sedih dan sayu melanda diri ni melihatkan apa yang terjadi, tetapi kita yang hidup perlu meneruskan kehidupan . 

Post kali ni aku nak share pasal jadual sarapan pagi aku time sek rendah hinggalah ke hari ni..

Kata orang atau yang pakar, sarapan pagi tu penting dalam permulaan hari kita. Sarapan pagi boleh merangsang neuron kita untuk berfikir sampaikan ada satu artikel yang aku baca tu kata sarapan perlu diambil dalam agak yang berat.

Teringat aku time sekolah rendah dulu, sebelum nak pergi sekolah je, aku pasti akan bersarapan dulu. Sarapan pun kadang2 nasi goreng + cekodok, biskut kering, kadang2 biskut balak tu, sometime cekodok je, dan air teh o panas. Yelah, time tu tak de duit sgt.Maklumlah aku dan adik beradikku duk sekali kat rumah mak sedara aku.Pagi tu, mak sedara lah yang sediakan sume ni. Jadi pagi tu aku makan la dengan kakak2 dan abang2 sepupu aku. Then, aku berjalan kaki ke sekolah bersama adik2ku dan kawan2 jiranku dengan menyandang beg besar kat belakang. Berjalanlah kami berenam ke sekolah yang letaknya beberapa kilometer je dari rumah. Time tu mmg seronok, sebab pagi tu mmg kami plan lepas sekolah nak main apa. Tak de pikir bende lain. Main je pikir. Kadang2 aku cakap kat kawan aku, jom kita buat project lepas balik sekolah nanti. Hehe, budak2 time tu, sume bende nak buat.

Bila dah nak masuk sekolah menengah, sarapan masih lagi diambil sebab time tu duk kat asrama. Sarapan akan disediakan oleh mak cik kantin asrama.

Tapi start aku duk matrik, sarapan pun semakin jarang nak ambik sebab tak de mood nak makan pagi2 dan tak de sape yang nak sediakan.Kalau makan pun just makan roti je.Sehingga la ke hari ni, aku semakin jarang ambik sarapan pagi. Mungkin ni la sebabnya neuron aku dah banyak  yang hilang dah. hehe..

Tapi baru2 ni, aku rasa perlu sarapan setiap hari sebab perut terasa lapar sgt, badan terasa lesu, dan banyak perkara tak boleh jalan bila tak sarapan pagi. Bila sarapan berat, tengah hari tak makan pun tak pe dan keje pun rasa ada semangat sikit nak buat. Setakat ni, biskut kering la jadi menu yang menaikkan mood aku untuk makan sarapan..^_^

Okay la.. Setakat ni je la aku tulis post ni. Jap lagi nak keje. Jadi, kene ambik sarapan ye sebab bila perut terisi, fikiran pun tenang dan badan pun kuat je nak buat keje.. 

#keje2