Rasullullah s.a.w bersabda: “Puasa itu merupakan benteng atau perisai maka janganlah berkata keji dan mencaci. Seandainya ada orang yang mengajak berkelahi atau mencaci maka hendaklah dia berkata “saya berpuasa, saya berpuasa” (Riwayat Abu Hurairah)

Thursday, 1 October 2015

MeNuLiS LaGi.

Bismillah,
Alhamdulillah diberi nikmat nafas dan kesihatan untuk menaip. Biarpun sudah lama tak menaip bak kata para blogger sudah berhabuk atau bersawang blog ni. Terasa janggal juga mahu mulakan balik menaip ni tapi akan ku taip juga apa sahaja yang ingin aku kongsikan walaupun aku bukan seorang yang pandai menulis ayat atau menyusun kata. 

Mungkin aku kembali menaip ni untuk melegakan luka dihati ni. Biar la perkara yang lepas dijadikan iktibar buatku. Aku katakan pada diriku, mulakanlah hidupmu yang baru,aku tahu kau kuat wahai diriku. Kau harus percaya pada dirimu. Jika bukan aku yang perlu motivasikan diri, siapa lagi mahu katakan begitu padamu. 

oh ye, aku dah pun mempunyai pekerjaan tetapi bukan tetap. Walaupun tiada kaitan dengan bidang yang aku belajar , aku akan cuba buat yang terbaik. Hidup perlu diteruskan. Tapi keadaan ekonomi negaraku sekarang sangat menakutkan. Nilai matawang negaraku sekejap sahaja jatuh. Bagaimana boleh jadi begitu? Jadi pelbagai perkara ingin aku cuba dan pelajari. Aku cuba siasat bagaimana boleh menjadi kaya dalam sekelip mata. Ketawa sekejap aku. Bagaimana boleh menjadi kaya sekelip mata tanpa perlu usaha, dan tiada barang yang perlu dijual dan aku tidak percaya itu.  

Banyak juga perkara yang aku belajar semasa bekerja di sini. Sebelum ini, aku hanya belajar tentang engineering. Aku pun tak tahu apa yang aku mahu bila belajar tentang engineering. Mungkin ada hikmahnya aku bekerja disini . Setelah aku bekerja beberapa bulan disini, dapat aku belajar sedikit bagaimana untuk merancang wang ku dan melihat sendiri bagaimana mereka membangunkan syarikat mereka. Bukan aku tak pernah merancang wang, tapi sebelum ni  ia hanya dalam fikiranku sahaja. Displin dan tindakannya tiada. Aku sangat berterima kasih kepada dia yang sanggup menunjuk ajar kepadaku tentang akaun ni.  Banyak kali juga dia mengingatkanku tentang akaun. 

Dalam waktu yang sama, aku cuba pelajari lebih serius tentang hobiku. Tetapi masa dan wang buat aku sukar belajarnya. Tapi itulah, aku selalu teringat ada pepatah menyebut, kalau nak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih. Jadi jangan jadikan itu alasan kita tak mahu teruskan hobi kita tu. Biar sedikit2 dulu, nanti lama2 jadi bukit. Dah lama jugak aku tak gunakan pepatah2 ini semua. Sungguh indah ayat2 melayu dulu. Kalau zaman sekarang, ayatnya sangat menyakitkan hati. Kalau zaman dahulu , nak bergaduh pun masih lagi terasa ada santunnya. 

Mungkin bumi ini sudah sampai ke pengakhirannya. Okaylah, rasanya aku mahu tamatkan penulisan ni setakat ini sahaja. Aku pun tak tahu sama ada bagus atau tidaknya aku menulis ini. Kalau aku ada pengalaman pergi mengembara ke luar negara, mungkin banyak yang boleh aku taipkan disini. Maaf jika tulisan ini hanya mensia2kan masa kamu. Aku hanya terasa ingin menaip dan cuba untuk menaip dengan lebih baik. Terima kasih kerana membaca. Wassalam. 


~Hari Khamis, 12.07pm ~