Rasullullah s.a.w bersabda: “Puasa itu merupakan benteng atau perisai maka janganlah berkata keji dan mencaci. Seandainya ada orang yang mengajak berkelahi atau mencaci maka hendaklah dia berkata “saya berpuasa, saya berpuasa” (Riwayat Abu Hurairah)

Thursday, 9 February 2012

ReVoLuSi SyRiA



بسم الله الرحمن الرحيم




Antara punca berlaku revolusi di Syria adalah apabila ada sekumpulan kanak-kanak dalam bilangan seramai 28 orang bermain-main dan telah menconteng sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah " شعب يريد اسقاط النظام" (Rakyat mahu jatuhkan kerajaan). 

Slogan ini adalah slogan yang telah dilaungkan di negara-negara yang berlaku revolusi seperti di Mesir, Tunisia dan Libya, ia merupakan slogan keramat dan begitu ditakuti oleh pemimpin berkuku besi terutamanya pemimpin dunia Arab kini. Apabila kerajaan mengetahui berkenaan perkara ini, pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak tersebut.

Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak-kanak itu telah meninggal dunia dan keluarga mereka telah menuntut mayat tersebut serta meminta kanak-kanak yang lain dilepaskan.

Regim Basyar Asad La'natullah telah meletakkan syarat apabila mahu kanak-kanak tersebut dilepaskan, mereka perlu memberi wanita-wanita dalam kalangan mereka untuk dinikahi oleh puak regim Basyar Asad La'natullah. Perkara ini merupakan sesuatu yang begitu menghinakan, lalu berlakulah revolusi di Syria.

Jangan pernah lupakan saudara kita di Syria dan di dunia keseluruhannya dalam doa kita. Semoga Allah melaknati regim Basyar Asad La'natullah diatas kezaliman yang dilakukan oleh 

mereka.




P/s: SubhanaAllah....kanak2 kecil lak tu..Bagaimana kita yang dah besar nie.. even nak cakap tentang kebenaran pun dah takut...


revolusi syria[2]


Sebahagian kekejaman Regim Basyar Asad La'natullah kepada rakyat Syria :


1) Dalam masa lebih kurang 42 hari revolusi yang dilakukan oleh rakyat Syria, ia telah mengorbankan seramai 40 000 orang rakyatnya.

2) Setakat ini seramai lebih daripada 30 ribu orang telah cedera dan kebanyakan mereka tidak dirawat dan dibiarkan begitu sahaja.

3) Regim Basyar Asad La'natullah telah membunuh 19 orang doktor dan 40 orang pesakit di hospital awam.

4) Sehingga kini seramai 9000 rakyat Syria yang tidak bersalah telah ditahan tanpa bicara.

5) Seramai 413 orang telah syahid didalam penjara setelah ditangkap oleh Regim Basyar Asad La'natullah.

6) Wanita-wanita diculik dan dibawa ke tempat yang tidak diketahui. Kebanyakan wanita tersebut telah dirogol di hadapan ahli keluarga mereka dalam keadaan digari oleh regim tersebut.

7) Seorang muslimah Syria yang bernama Zainab Al-Husni telah ditangkap dan beliau cuba diperkosa oleh tentera yang menangkapnya, namun beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 kerat. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik dan dicampakkan di hadapan keluarga beliau.

8) Basyar Asad La'natullah menyuruh agar menukar "La ilahaillah kepada La ilah illah Basyar Asad".

9) Saya menonton dalam televisyen Syria minggu lepas yang menyiarkan satu rakaman yang menunjukkan 2 orang lelaki dan 1 perempuan sunni yang digantung dengan jentolak oleh regim sehingga menyebabkan mereka mati syahid.

Ini baru sebahagian kezaliman yang dilakukan oleh Regim Basyar Asad La'natullah terhadap rakyat Syria, semoga Allah menghancurkan segala perancangan musuh-musuh Islam. Jangan pernah lupa doa dan sumbangan terhadap saudara kita khususnya di Syria.
Revolusi Syria [3] :

Maklumat terbaru perkembangan revolusi rakyat di Syria, saat ini Ikhwan Muslimin Syria yang turut menyertai kebangkitan rakyat kini terpaksa memikul senjata bagi mempertahankan diri.

Hal ini kerana mereka berhadapan dengan serangan dan keganasan tentera rejim Basyar Assad La'natullah yang mendapat bantuan khas tentera dari Iran, "Hizbollah" dari Lubnan dan Militia al-Mahdi Iraq (militan Syiah paling ganas di Iraq).

Mereka menamakan tentera 'SEJUTA' yang berlepas ke Syria semata-mata bagi membantu regim dari parti Baath Assad la'natullah memerangi kaum muslimin Sunni di sana.

Syeikh Dr Muhammad 'Arifi ( الصفحة الرسمية للشيخ د. محمد العريفي . ) pula menceritakan bahawa regim Basyar Asad merampas gadis-gadis Syria dan kemudian keluarganya menjumpainya di kawasan pembuangan dengan badan yang dikoyak dengan pisau.

Lihatlah video ini (http://www.youtube.com/watch?v=NoZTiGKjdfA&feature=related&oref=http%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2Fl.php%3Fu%3Dhttp%253A%252F%252Fwww.youtube.com%252Fwatch%253Fv%253DNoZTiGKjdfA%2526feature%253Drelated%26h%3D4AQHqB94wAQGJ0KRNEraKyMfKqCEHFOYg48kMrSO7jIgizQ) bagaimana muslimat-muslimat Syria dirogol dan diperlakukan sebegitu zalim oleh regim Asad La'natullah. Wallahul musta'an.



sumber:  Ahmad Ulwan B. Hassim



Monday, 6 February 2012

RaSa BeRsaLaH





بسم الله الرحمن الرحيم
Hari ni rasa gembira dan tenteram..Rasa macam x de masalah.. tapi betul la apa yang selalu dikatakan.. ku sangka kan panas hingga ke petang rupa2nya hujan di tengah hari.. Mungkin kerana Allah ingin mengingatkan kita bahawa di dunia ini banyak dugaan yang menanti..Dan aku rasakan begitulah juga hari2 yang selalu aku lalui.. Pasti akan ada yang tidak seimbang pada hari tersebut.. Pasti akan rasa menyesal dan bersalah. Some time bila aku ingin lakukan sesuatu, pasti banyak negative.. Sering kali aku berfikir dalam fikiran aku, kenapa aku tak jadi macam orang lain yang sentiasa berpositive, bersemangat, cekap dalam membuat sesuatu dan pandai dalam banyak perkara..Maybe kenapa aku jadi begini maybe ada hikmah. Kan Allah dah kata setiap kejadian yang dia cipta pasti ada hikmah.
Tapi macam hari nie, tiba2 aku dikejutkan lagi dengan masalah... Aku rasa sangat3 bersalah, aku rasakan aku nie x layak untuk berada disamping kawan ku ini.. Mungkin dia x tahu apa yang aku sedang hadapi sekarang... Minta maaf kawanku kerana tidak dapat bersamamu..Aku bukan lah kawan yang sesuai untuk bersamanya..Minta maaf juga kerana selalu menyusahkan dirimu.. Mungkin kerana kau terlalu banyak memberi banyak sumbangan hinggakan aku hanya mengikut sahaja kehendakmu tanpa memberitahu masalah ku.

Baru aku fikir balik..Adakah aku bersalah untuk tentukan apa yang aku inginkan, adakah bersalah aku apa bila aku ingin membuat apa yang aku suka.. Aku rasakan tak pernah aku berpeluang untuk melakukan apa yang aku suka..Tapi x pe la, mungkin apa yang kita tak suka akan menjadikan kita lebih baik.. Betul la apa yang selalu akak2 nie berikan tazkirah padaku "selalu lah berdoa untuk diberikan kekuatan bukan berdoa diberikan kesabaran sahaja kerana kekuatan lah yang menjadikan kita sentiasa bersabar".Rasa nak nangis je bila teringat balik kata2 akak tu.
Acap kali aku terpikir tentang kehidupan ku ini, aku x pernah melalui kehidupan yang hebat seperti yang kawan aku lalui..Apabila aku berubah pun pasti tidak sehebat perubahan yang dilakukan oleh kawan ku ini.Hanya sedikit2 sahaja yang boleh aku ubah pada tiap hari ku..Minta maaf kawan.. Walaupun warna rambut ku denganmu adalah sama tapi sifatmu dan kehidupan ku sungguh berbeza denganmu.. begitu juga minatku dengan minatmu berbeza.. Terima kasih kerana selalu memberi tunjuk ajar dan menasihatiku. Minta maaf juga kerana tidak dapat menjadi kawan terbaik buat mu dan mungkin sometime pernah menyakiti mu..
Semoga kehidupanmu sentiasa dalam rahmat Allah..

Maaf kawanku..


p/s: terima kasih kawan2 dan akak2 yang sentiasa menolong ku.