Rasullullah s.a.w bersabda: “Puasa itu merupakan benteng atau perisai maka janganlah berkata keji dan mencaci. Seandainya ada orang yang mengajak berkelahi atau mencaci maka hendaklah dia berkata “saya berpuasa, saya berpuasa” (Riwayat Abu Hurairah)

Monday, 6 February 2012

RaSa BeRsaLaH





بسم الله الرحمن الرحيم
Hari ni rasa gembira dan tenteram..Rasa macam x de masalah.. tapi betul la apa yang selalu dikatakan.. ku sangka kan panas hingga ke petang rupa2nya hujan di tengah hari.. Mungkin kerana Allah ingin mengingatkan kita bahawa di dunia ini banyak dugaan yang menanti..Dan aku rasakan begitulah juga hari2 yang selalu aku lalui.. Pasti akan ada yang tidak seimbang pada hari tersebut.. Pasti akan rasa menyesal dan bersalah. Some time bila aku ingin lakukan sesuatu, pasti banyak negative.. Sering kali aku berfikir dalam fikiran aku, kenapa aku tak jadi macam orang lain yang sentiasa berpositive, bersemangat, cekap dalam membuat sesuatu dan pandai dalam banyak perkara..Maybe kenapa aku jadi begini maybe ada hikmah. Kan Allah dah kata setiap kejadian yang dia cipta pasti ada hikmah.
Tapi macam hari nie, tiba2 aku dikejutkan lagi dengan masalah... Aku rasa sangat3 bersalah, aku rasakan aku nie x layak untuk berada disamping kawan ku ini.. Mungkin dia x tahu apa yang aku sedang hadapi sekarang... Minta maaf kawanku kerana tidak dapat bersamamu..Aku bukan lah kawan yang sesuai untuk bersamanya..Minta maaf juga kerana selalu menyusahkan dirimu.. Mungkin kerana kau terlalu banyak memberi banyak sumbangan hinggakan aku hanya mengikut sahaja kehendakmu tanpa memberitahu masalah ku.

Baru aku fikir balik..Adakah aku bersalah untuk tentukan apa yang aku inginkan, adakah bersalah aku apa bila aku ingin membuat apa yang aku suka.. Aku rasakan tak pernah aku berpeluang untuk melakukan apa yang aku suka..Tapi x pe la, mungkin apa yang kita tak suka akan menjadikan kita lebih baik.. Betul la apa yang selalu akak2 nie berikan tazkirah padaku "selalu lah berdoa untuk diberikan kekuatan bukan berdoa diberikan kesabaran sahaja kerana kekuatan lah yang menjadikan kita sentiasa bersabar".Rasa nak nangis je bila teringat balik kata2 akak tu.
Acap kali aku terpikir tentang kehidupan ku ini, aku x pernah melalui kehidupan yang hebat seperti yang kawan aku lalui..Apabila aku berubah pun pasti tidak sehebat perubahan yang dilakukan oleh kawan ku ini.Hanya sedikit2 sahaja yang boleh aku ubah pada tiap hari ku..Minta maaf kawan.. Walaupun warna rambut ku denganmu adalah sama tapi sifatmu dan kehidupan ku sungguh berbeza denganmu.. begitu juga minatku dengan minatmu berbeza.. Terima kasih kerana selalu memberi tunjuk ajar dan menasihatiku. Minta maaf juga kerana tidak dapat menjadi kawan terbaik buat mu dan mungkin sometime pernah menyakiti mu..
Semoga kehidupanmu sentiasa dalam rahmat Allah..

Maaf kawanku..


p/s: terima kasih kawan2 dan akak2 yang sentiasa menolong ku.

2 comments:

  1. dibebani rasa bersalah perlu seiring rasa untuk menebus kesalahan kembali

    ReplyDelete
  2. betul la..x pernh terpikir pun..ok syukran..

    ReplyDelete