بسم الله الرحمن الرحيم
Umur adalah kurniaan nikmat Allah kepada hambanya..Allah tidak memilih sesiapa untuk diberi nikmat umur ini..Tidak kira dia adalah islam ataupun bukan islam..Walaubagaimanapun kita tidak boleh mensia-siakan umur yang Allah beri kepada kita. Umur adalah modal untuk kita menyediakan bekalan untuk diakhirat kelak yang mana ia kekal abadi.Setiap manusia di dunia ini diberi umur yang berbeza2.. contohnya ada manusia yang lahir awal tetapi masih lagi hidup berbanding mereka yang lahir kemudian. Oleh sebab itu umur tidak diketahui panjang atau pendeknya.Sebenarnya, penetapan umur manusia itu telah ditentukan sejak dia berada di rahim ibunya. Seperti kita ketahui, di Alam rahim telah ditetapkan beberapa perkara..Antaranya rezeki, tempoh kematian, celaka atau bahagianya kita.
seperti Hadis daripada Abdullah bin Mas'ud:
" Rasulullah s.a.w adalah seorang yang benar serta dipercayai bersabda: ' kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari. sebaik sahaja genap empat puluh hari kali kedua, terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap empat puluh hari kali yang ketiga, bertukar menjadi seketul daging. Kemudian Allah mengutuskan malaikat meniupkan roh seta memerintahkan supaya dituliskan empat perkara iaitu rezekinya, tempoh kematiannya, amalannya serta nasibnya sama ada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan".
(Riwayat al-Bukhari)
Berikut adalah umur para nabi untuk kita analysis bersama..
NaBi AdaM
Hidup paling lama iaitu 1000 tahun. Dikebumikan di India dan ada riwayat yang mengatakan dikebumikan di Baitul Maqdis.
NaBi IdRiS
Hidup 865 tahun
NaBi NuH
Hidup selama 950 tahun. Umur ini sebenarnya telah dipotong sebanyak 50 tahun daripada umur asal Nabi Nuh.
NaBi HuD
464 tahun. Dikebumikan di timur Hadramaut, Yaman.
Nabi IbRaHiM
200 tahun. Dikebumikan di palestin
NaBi IsMaiL
137 tahun. Dikebumikan bersama ayahandanya Ibrahim.
NaBI IsHaK
180 tahun. Dikebumikan bersama ayahandanya Ibrahim.
NaBI YuSuF
110 tahun. Wafat di Mesir tetapi dikebumikan di palestin atas permintaanya.
NaBi SuLaiMaN
52 tahun. Mewarisi kerajaan daripada ayahnya semasa berusia 12 tahun dan kerajaan baginda kekal selama 40 tahun
NaBi ZaKaRiA
150 tahun. Baginda mendapat zuriat walau uban sudah memenuhi kepala dan isteri baginda mandul.
NaBi YaHyA
Diriwayatkan lahir pada tahun yang sama dengan Isa.
NaBi IsA
Paling singkat usianya di bumi ini. Hidup selama 33 tahun sebelum diangkat ke langit. Ibunya Maryam wafat semasa berusia 53 tahun iaitu 6 tahun Isa diangkat ke langit.
NaBi MuHaMMaD (S.A.W)
63 tahun
Kita tengok pada zaman dahulu dan zaman sekarang.. masa yang ada pada zaman sekarang bergerak lebih pantas dari pada zaman dahulu. Walhal, teknologi pada zaman sekarang sangat canggih dari zaman dahulu.Begitu juga singkatnya umur kita dari umur umat terdahulu. Umpama seperti kita mengambil exam di dewan peperiksaan(dunia) dan result adalah penentu arah kita..adakah kita lulus atau pun gagal. Jadi selagi kita bernafas dan selagi kita diberi umur, maka seharusnya kita tidak mensia-siakannya. Bukan umur adalah jaminan seseorang itu berjaya atau tidak, tetapi amalan dan kebijaksaannya dalam menyediakan bekal untuk akhirat adalah penentu seseorang itu berjaya.
Seperti dalam firman Allah:
" Dan sungguh kamu akan mendapati mereka manusia paling tamak kepada kehidupan di dunia bahkan lebih tamak dari orang musyrik. Masing-masing ingin supaya diberi umur seribu tahun, padahal umur yang panjang itu tidak akan sekali-kali menjauhkannya daripada seksa . Allah maha mengetahui apa yang mereka kerjakan ."
( surah al-Baqarah 2:96)
Sumber: solusi 24
Annyeong!!! Wassalam..
nabi nuh 950thun.. ya Allah...
ReplyDeletekenapa dengan nabi nuh??
Delete