بسم الله الرحمن الرحيم
Sape pernah tengok National Geografi?? best x?? Bagi aku yang meminati cerita dokumentasi, aku amat menyukainya. Apatah lagi pada waktu cuti sem nie aku berpeluang tengok National Geografi kat tv1 setiap hari pada pukul 7-8 petang. Ini yang boleh menyebabkan aku leka. Tapi aku just tgk sikit jer.Sebelum nak solat magrib aku sempat tgk sedikit kisah kehidupan alam ni.Tajuk cite hari nie pasal nature born.Sungguh menakjubkan sekali bagaimana jurufoto tersebut dapat merakam kan detik2 haiwan tersebut melahirkan anak.Sebelum nie, aku dah tengok kapal pukal yang besar dan kapal angkatan tentera AS.Tapi x dapat gak tgk full.
SubhanaAllah, sungguh menakjubkan sekali gambaran dan rakaman jurufoto tersebut.
Firstly yang paling menakjubkan sekali adalah tentang kupu-kupu Monarch.
Kupu-kupu Monarch adalah satu-satunya jenis kupu-kupu yang melakukan penghijrahan lengkap, menuju ke selatan untuk musim sejuk dan kembali ke utara pada musim bunga. Memandangkan perjalanan pergi balik mengambil masa yang lebih lama daripada jangka hayat seekor kupu-kupu, maka sudah tentulah tiada seekor pun kupu-kupu Monarch ini yang pernah melengkapkan pusingan penghijrahan tersebut. Dalam perjalanan hijrah ini Monarch betina akan bertelur dan generasi berikutnya akan meneruskan penghijrahan. Walaupun ahlilepidoptera atau pakar serangga bersayap telah berpuluh tahun mengkaji penghijrahan ini, bertahun-tahun juga lamanya mereka gagal mengesan tempat kupu-kupu Monarch Amerika Utara ini menghabiskan musim sejuk. Seorang jurutera tekstil dan ahli lepidoptera amatur yang tinggal di Mexico City telah menjumpai habitat musim sejuk bagi kupu-kupu Monarch pada tarikh ini, tiga puluh lima tahun yang lalu, iaitu pada 1975 : kira-kira 10,000 kaki di atas sisi sebuah gunung, beliau telah menjumpai kawanan kupu-kupu yang begitu lebat sehinggakan pokok-pokok di situ kelihatan berwarna jingga dan bukan menghijau.
Pada waktu malam yang sangat sejuk, kupu-kupu Monarch berkerumun pada pokok fir di atas gunung untuk mendapatkan kehangatan.Aku tidak dapat menjangkakan pokok fir itu ada kupu-kupu. Sinar matahari pagi akan memanaskan kelompok itu sehingga kawanan kupu-kupu ini bertebaran 'menghamburkan warna jingga' ke seluruh padang rumput untuk mencari makan.Selepas itu,aku tengok bagaimana diorang mengawan.Then, kupu-kupu betina akan meninggalkan telur mereka untuk mengembara.
Then seterusnya aku melihat kawanan zebra(kuda Belang)
Untuk kuda belang, aku tidak dapat melihat full tapi aku sempat melihat plot bagaimana kuda belang tersebut melahirkan anak dalam kawanan tersebut.
Oleh kerana mereka baru dilahirkan, mereka berjalan secara tidak seimbang seperti bayi binatang lain. Jadi, mereka sangat terdedah kepada ancaman binatang pemangsa iaitu singa dan harimau.Haiwan pemangsa sememangnya mencari mangsa mereka adalah anak-anak yang baru dilahirkan.Walaupun mereka mempunyai ibu yang menjaga mereka, tetapi ia tidak dapat menjamin mereka terlepas dari ancaman tersebut.So, anak zebra yang kuat dan bernasib baik sahaja yang dapat hidup.
Seterusnya aku melihat cerita bagaimana ketam bertelur.
Disini aku melihat bagaimana ibu ketam menari dibawah cahaya bulan terang di tepi pantai sambil melepaskan telurnya.Ibu ketam ini mungkin berisiko untuk lemas semasa melepaskan telur mereka.Selepas itu, mereka akan berhijrah ke tempat lain.Manakala, telur2 tersebut akan hanyut dibawa ombak laut.Telur2 ini juga terdedah kepada pemangsa iaitu kawanan ikan yang suka makan telur ketam tersebut.Oleh sebab telur tersebut kecil dan bilangan pemangsa berkurangan, jadi hanya sedikit sahaja telur yang dimakan.Setelah beberapa minggu, telur2 tersebut menetas dan menjadi sekumpulan besar anak2 ketam.Kemudian mereka berjalan mengikut hala tuju mereka.
and the last aku sempat tengok kawanan ikan paus.
Sungguh mengagumkan...SubhanaAllah..
Disini aku hanya melihat bagaimana kawanan ikan paus ini saling bersentuhan antara satu sama lain. Mungkin mereka ingin kan belaian. Aku tidak dapat tengok macam mana ikan nie melahirkan anak. Aku hanya dapat tengok diorang berenang sambil berpusing2 je.
Nie lak time diorang nak melonjak kat udara.Kan best kalau dapat tgk nie kat depan matakan.
SubhanaAllah, rasanya ada banyak lagi kita x tahu pasal alam disekeliling kita.Mengikut perkiraan, permukaan bumi meliputi daratan 40% manakala lautan 60%. Bermakna kita adalah sedikit dari makhluk yang berada kat laut. Semoga kita sentiasa mangambil iktibar dari setiap kejadian yang Allah jadikan.
Annyeong!!! >_<..
Wassalam..
bangga rtm kalo baca ni.
ReplyDelete1 lg 7-8mlm time mghrib tu.. xelok tgk tb.. :)
eh ye ke?? knp??
ReplyDeleteapa yang kenapa?
Deletekenapa x blh tgk tv time kul 7-8 mlm??
Deleteentah... tp kteorg dari kecik.... mk ayh pantng kalau tgk tv time maghrib2...
ReplyDeletemesti kena marah... smpai la ke besar...
oh..klu ana, x leh membaca time kul 7-8 mlm sbb nanti rabun mata...
Delete