بسم الله الرحمن الرحيم
Pintu-pintu tersebut tidak boleh dibuka kecuali jika seseorang mengetahui pintu-pintu tadi. Syaitan tidak boleh terusir dari pintu tersebut kecuali jika seseorang mengetahui cara syaitan memasukinya.Cara syaitan untuk masuk dan apa jua pintu tadi adalah sifat seorang hamba dan jumlahnya amat banyak. Ada 10 pintu terbesar yang syaitan biasa memasukinya. Semoga Allah memberikan pemahaman tentang permasalah ini.
PiNTu PeRtaMa
Ini adalah pintu terbesar yang akan dimasuki syaitan iaitu Hasad (dengki) dan Tamak. Jika seseorang begitu tamak terhadap sesuatu, ketamakan tersebut akan membutakan, membuat tuli dan menggelapkan cahaya kebenaran, sehingga orang seperti ini tidak lagi mengenal jalan baik atau buruk.Begitu juga jika seseorang memiliki sifat hasad, syaitan akan menghias-hiasi sesuatu seolah-olah menjadi baik sehingga disukai olah syahwat padahal hal tersebut adalah sesuatu yang mungkar.
PiNtU KeDuA
Iaitu Marah . Ketahuilah marah dapat merosakkan akal. Jika akal lemah, pada masa itulah tentera syaitan akan melakukan serangan. Mereka akan mentertawakan manusia jika manusia terbawa amarahnya. Pada keadaan kita seperti ini, eloklah segera mengambil wuduk kerana marah bersifat panas, maka sejukkanlah dengan air wudhu.
PiNtU KeTiGa
Iaitu suka menghias-hias tempat tinggal, pakaian dan segala perabot yang ada.Ia sangat rugi kerana umurnya dihabiskan untuk tujuan tersebut.
PiNtU KeEmPaT
Iaitu kenyang kerana makan banyak.Keadaan ini akan menguatkan syahwat dan melemahkan untuk melakukan ketaatan pada Allah.
PiNtU KeLiMa
Iaitu tamak pada orang lain.Jika seseorang memiliki sifat seperti ini, maka dia akan berlebih-lebihan memuji orang lain padahal orang itu tidak memiliki sifat seperti apa pada pujiannya.
PiNtU KeEnaM
Iaitu sifat tergesa-gesa dan tidak mahu bersabar untu perlahan-lahan.Terdapat sebuah hadis dari Anas, di mana Rasulullah S.A.W bersabda:
"Sifat perlahan-lahan (sabar) berasal dari Allah. Sedangkan sifat ingin tergesa-gera itu berasal dari syaitan."(hadis ini diriwayatkan oleh Abu Ya'la dalam musnadnya dan Baihaqi dalam Sunanul Qubro. Syaikh Al-Albani dalam Al-Jami'Ash Shoghir mengatakan hadis ini hasan)
PiNtU KeTuJuH
Iaitu cinta harta.Sifat ini akan berusaha mencari harta walau bagaimana caranya. Sifat ini akan membuat seseorang menjadi bakhil(kedekut), takut miskin dan tidak mahu melakukan kewajipan yang berkaitan dengan harta.
PiNtU KeLaPaN
Iaitu mengajak orang awam supaya ta'asub(fanatik) pada madzhab atau golongan tertentu, tidak mahu beramal selain dari yang diajarkan dalam madzhab @ golongannya.
PiNtU KeSeMbiLaN
Iaitu mengajak orang awam untuk memikirkan hakikat(kaifiyah) dzat dan sifat Allah yang sukar dicapai oleh akal mereka sehingga menjadikan mereka ragu dalam masalah paling penting dalam agama iaitu masalah aqidah.
PiNtU KaSePuLuH
Iaitu selalu berburuk sangka terhadap muslim lain.Jika seseorang selalu berburuk sangka (bersu'uzhon) pada muslim lain, pasti dia akan selalu merendahkannya dan selalu merasa lebih baik darinya.Seharusnya seorang mukmin selalu mencari ud'zur dari saudaranya. Berbeza dengan orang munafik yang selalu mencari aib orang lain.
Sama-sama kita ambil pengajaran dan semoga kita dapat mengetahui pintu-pintu ini dan Allah memberi taufik kepada kita untuk menjauhinya.
Annyong..Wassalam.
muhasabah diri
ReplyDelete