Rasullullah s.a.w bersabda: “Puasa itu merupakan benteng atau perisai maka janganlah berkata keji dan mencaci. Seandainya ada orang yang mengajak berkelahi atau mencaci maka hendaklah dia berkata “saya berpuasa, saya berpuasa” (Riwayat Abu Hurairah)

Tuesday 31 January 2012

UsiA NaBi






بسم الله الرحمن الرحيم




Umur adalah kurniaan nikmat Allah kepada hambanya..Allah tidak memilih sesiapa untuk diberi nikmat umur ini..Tidak kira dia adalah islam ataupun bukan islam..Walaubagaimanapun kita tidak boleh mensia-siakan umur yang Allah beri kepada kita. Umur adalah modal untuk kita menyediakan bekalan untuk diakhirat kelak yang mana ia kekal abadi.Setiap manusia di dunia ini diberi umur yang berbeza2.. contohnya  ada manusia yang lahir awal tetapi masih lagi hidup berbanding mereka yang lahir kemudian. Oleh sebab itu umur tidak diketahui panjang atau pendeknya.Sebenarnya, penetapan umur manusia itu telah ditentukan sejak dia berada di rahim ibunya. Seperti kita ketahui, di Alam rahim telah ditetapkan beberapa perkara..Antaranya rezeki, tempoh kematian, celaka atau bahagianya kita.

seperti Hadis daripada Abdullah bin Mas'ud:
" Rasulullah s.a.w adalah seorang yang benar serta dipercayai bersabda: ' kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari. sebaik sahaja genap empat puluh hari kali kedua, terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap empat puluh hari kali yang ketiga, bertukar menjadi seketul daging. Kemudian Allah mengutuskan malaikat meniupkan roh seta memerintahkan supaya dituliskan empat perkara iaitu rezekinya, tempoh kematiannya, amalannya serta nasibnya sama ada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan".
                                                                                                                        (Riwayat al-Bukhari)

Tetapi,umur manusia pada zaman sekarang tiada yang pernah mencecah umur 200 tahun.Umur manusia pada zaman kini sangat sedikit dan kemungkinan dalam lingkungan 50-60 tahun, kalau yang lebih dari 60 tahun kemungkinan boleh hidup sampai 100 tahun dan amat jarang sekali kedengaran manusia pada zaman ini mempunyai usia 100 tahun. Mungkin yang ada hanya sedikit sahaja.

Berikut adalah umur para nabi untuk kita analysis bersama..

NaBi AdaM

Hidup paling lama iaitu 1000 tahun. Dikebumikan di India dan ada riwayat yang mengatakan dikebumikan di Baitul Maqdis.

NaBi IdRiS

Hidup 865 tahun

 NaBi NuH

Hidup selama 950 tahun. Umur ini sebenarnya telah dipotong sebanyak 50 tahun daripada umur asal Nabi Nuh.

NaBi HuD

464 tahun. Dikebumikan di timur Hadramaut, Yaman.

Nabi IbRaHiM

200 tahun. Dikebumikan di palestin

NaBi IsMaiL

137 tahun. Dikebumikan bersama ayahandanya Ibrahim.

NaBI IsHaK

180 tahun. Dikebumikan bersama ayahandanya Ibrahim.

NaBI YuSuF

110 tahun. Wafat di Mesir tetapi dikebumikan di palestin atas permintaanya.

NaBi SuLaiMaN

52 tahun. Mewarisi kerajaan daripada ayahnya semasa berusia 12 tahun dan kerajaan baginda kekal selama 40 tahun

NaBi ZaKaRiA

150 tahun. Baginda mendapat zuriat walau uban sudah memenuhi kepala dan isteri baginda mandul.

NaBi YaHyA

Diriwayatkan lahir pada tahun yang sama dengan Isa.

NaBi IsA

Paling singkat usianya di bumi ini. Hidup selama 33 tahun sebelum diangkat ke langit. Ibunya Maryam wafat semasa berusia 53 tahun iaitu 6 tahun Isa diangkat ke langit.

NaBi MuHaMMaD (S.A.W)

63 tahun
Kita tengok pada zaman dahulu dan zaman sekarang.. masa yang ada pada zaman sekarang bergerak lebih pantas dari pada zaman dahulu. Walhal, teknologi pada zaman sekarang sangat canggih dari zaman dahulu.Begitu juga singkatnya umur kita dari umur umat terdahulu. Umpama seperti kita mengambil exam di dewan peperiksaan(dunia)  dan result adalah penentu arah kita..adakah kita lulus atau pun  gagal. Jadi selagi kita bernafas dan selagi kita diberi umur, maka seharusnya kita tidak mensia-siakannya. Bukan umur adalah jaminan seseorang itu berjaya atau tidak, tetapi amalan dan kebijaksaannya dalam menyediakan bekal untuk akhirat adalah penentu seseorang itu berjaya.

Seperti dalam firman Allah:
" Dan sungguh kamu akan mendapati mereka manusia paling tamak kepada kehidupan di dunia bahkan lebih tamak dari orang musyrik. Masing-masing ingin supaya diberi umur seribu tahun, padahal umur yang panjang itu tidak akan sekali-kali menjauhkannya daripada seksa . Allah  maha mengetahui apa yang mereka kerjakan ."
                                                                                                                     ( surah al-Baqarah 2:96)

Sumber: solusi 24


Annyeong!!! Wassalam..

2 comments: