Rasullullah s.a.w bersabda: “Puasa itu merupakan benteng atau perisai maka janganlah berkata keji dan mencaci. Seandainya ada orang yang mengajak berkelahi atau mencaci maka hendaklah dia berkata “saya berpuasa, saya berpuasa” (Riwayat Abu Hurairah)

Thursday, 25 October 2012

....SeLaMaT HaRi RaYa HaJi........KaWan-kawan


بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah..masih lagi di beri nafas untuk menulis dalam blog ni. Memang agak lama tak update blog, alhamdulillah, diberi masa lagi untuk upadate blog. Yelah kan time ni tengah cuti sempena hari raya haji... Bila imbas balik kehidupan sebelum ni, memang banyak perkara yang telah saya lakukan..haha kata nama diri pun dah berubah, dari aku kepada saya..entah...mungkin 'aku' tu agak kasar sikit kot, ok , jadi saya proceed dengan 'saya'. alhamdulillah, hari ni adalah hari raya eidul adha. Masih lagi diberi kesempatan untuk berjumpa dengan hari raya ni, terasa sekejap sahaja masa yang berlalu, sebelum ni dah berlalu hari raya eidil fitri..semoga kita diberi kesempatan lagi untuk berjumpa dengan hari raya eidil fitri yang akan datang..

         Bila mengenangkan balik kehidupan yang sebelum ni, memang banyak kesalahan dan kesilapan yang telah saya lakukan..tapi itu semua dah lepas dan tak mungkin dapat diputar balik..bak kata peribahasa  melayu 'nasi sudah menjadi bubur'. Itulah....kadang2 termenung sendiri dengan segala tindakan yang saya lakukan..Allah sendiri telah berfirman dalam al-quran bahawa manusia itu bersifat lemah (surah aN-Nisa' ayat:28).Kadang2 ingin sekali menjadi yang terbaik ataupun menjadi seperti orang lain.Tapi bila fikirkan balik, menjadi diri sendiri adalah yang paling selesa dan best. Cthnya : sebelum ni , saya mengakui bahawa saya amat susah untuk bercakap di hadapan khalayak ramai, seringkali bila melihat kawan2ku yang lain bercakap pasti saya berangan-angan bercakap seperti mereka, tapi itula bila berangan je memang tak boleh la dapat, jadi saya pun memberanikan diri memasuki pertandingan pidato..Disitu, baru saya tahu, penting kita bercakap sebab itulah first impression orang menilai kita.

         Erm..lagi satu, bila satu hari tengok kat cermin tu, tiba2 terdetik dalam hati pula'eh saya dah besar la'. terkenang balik time kecik2 dulu suka main2, then tak banyak nak fikir, tak banyak masalah. Bila dah besar pula banyak nak fikir, banyak masalah.kadang2 terfikir pula apa yang akan saya jadi lepas ni. Memang saya akui juga, saya ni memang agak kebudak2kan dan bila dengar je perkataan matang, pasti saya ingin fikirkan matang itu macam mana...oh..memang banyak juga yang ingin ku fikirkan...rasanya kalau menulis dikalam tentang apa yang selalu difikirkan mungkin tak akan habis ..itulah hebatnya otak manusia,berbanding dengan microprocessor computer yang mana fungsinya sama juga dengan otak manusia ( baru habis belajar silibus processor computer) otak manusia jauh lagi hebat.

          Sebelum nak balik bercuti di rumah, macam2 perkara yang nak lakukan, tapi bila sampai je kat rumah,rasa tak de pula nak buat pape..hahah....ok lah sampai kat sini je lah nak tulis..tak tahu nak tulis apa lagi..

......................SELAMAT HARI RAYA HAJI...................................
buat semua yang membaca dan semoga tabah mengharungi cabaran hidup ini...hidup perlu diteruskan...

dan.......

jangan lupa untuk sentiasa muhasabah fardhu ain kita....


wassalam..Anneoung..


     

4 comments:

  1. kenapa mesti ada gambar kucing?

    ReplyDelete
  2. sebab kucing comel...dan cute...saya suka semua kucing yang ada di dunia ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aduh...rasa kelakar pula bila baca blog sendiri..

      Delete
  3. takpe, zue.. teruskan berkarya.. ada hikmah dan pengajarannye disetiap post2..

    ReplyDelete