بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillaah, selamat pulang dari terengganu. 3 hari dalam minggu cutiku, aku habiskan masa menemani ayahku ke terengganu sempena Family Day khas untuk pekerja di tempat ayahku bekerja. Walaupun pada mulanya aku rasa gembira bila ayahku mengajakku sekali, tapi sehari sebelum pergi tu, aku demam dan ada juga anasir yang kurang menyenangkanku. Rasa macam tak nak pi, tapi oleh sebab aku dah bagitahu ayahku, aku kuatkan kudratku untuk bergembira bersama ayahku. Pada mula perjalanan, aku rasakan keseorangan, tiada apa yang boleh dibuat selain membaca buku dan mendengar music. Aku pasrah dengan keadaan itu. Setelah seharian berada dalam bas, akhirnya pada malam tersebut kami sampai di hotel. Pada hari pertama, tiada apa2 aktiviti , melainkan memperkenalkan ahli keluarga masing2. Sungguh bila melihat bilik didalam hotel tersebut seakan aku ingin saja tinggal disitu. Oleh kerana aku keseorangan, jadi aku dapat bilik untuk individu. erm..tak syok lak tinggal sorang2 dalam bilik. Selalunya ada adik aku . Tapi tak pelah, hidup perlu diteruskan. Pada malam pertama di hotel tu,aku tidak dapat tidur sangat dan sometime terdengar bunyi troli ditolak. Tak rasa takut pun, tapi tak biasa tidur sorang2.
Keesokan pagi kami bersarapan dan melawat taman tamadun di terengganu. Sebenarnya aku rasa dah 3 kali kot pi terengganu ni dan semua tempat adalah yang aku pernah melawat sebelum ini,tapi sebab aku tak pernah bercuti dengan ayahku, jadi aku buat2 macam tak pernah pi.hahah.. Petang itu pula, mereka adakan sukaneka untuk setiap family. Memang agak best juga sebab selepas sukaneka tu kami dapat makan keropok lekor percuma. huuhh.. Kesimpulan untuk makanan memang 5 bintang la. Dan tak payah keluarkan duit. Keje makan dan duduk. Kalau kat hotel tak payah risau, kita nak makan apa ambik je, ada macam2 jenis makanan. huhu .ok sambung balik untuk sukaneka tu untuk kumpulan kami [gabungan family kami dengan beberapa family lain] dapat johan keseluruhan.[tapi macam ada main tipu sikit, yelah family day]. Rasa enjoy pula bila time sukaneka ni. After habis sukaneka,kami pun balik ke hotel untuk berehat sebelum sambung aktiviti pada sebelah malam. Oleh sebab pada masa ni aku masih lagi tak sihat, jadi aku ingin tidur, tapi ada budak kecil ni [namanya Daniel], jadi aku tak dapat menyambung hasratku. Jadi aku bermain dengannya dan cuba untuk melawan rasa tersebut[hilang sedikit,mujarab juga]. Pada malam tu selepas solat magrib , kami bersiap untuk makan malam dan penyampaian hadiah. Dan seperti biasa makanan yang sedap termasuk daging salai. Aku pun tidak berapa sihat jadi aku makan spageti dan sup ayam je. Pada malam tersebut tidak menarik sangat sebab aku tak minat pada karaoke tapi aku layan je.Oleh sebab aku tak sihat dan kepenatan jadi, pada malam itu aku dapat tidur dengan nyenyak dan tak hiraukan apa2 yang akan mengganggu tidurku.
Pada hari ketiga, aku rasa gembira sebab hari ini aku akan pulang kerumah, rasa nak cepat balik je.Sebelum balik ,kami singgah di Pasar payang , kilang batik [arfaa] dan kedai buat Satar[sejenis makanan sedap]. Banyak juga barang yang ayahku bawa balik termasuk barangan makanan terengganu. Disepanjang perjalanan balik ke seremban, aku ternampak bendera2 politik.Macam2 ada, tapi yang paling banyak 2 bendera yang sangat terkenal. Bila melihat bendera2 ni, seperti biasa aku melihat reaksi pak cik2 dan mak cik yang ada kat dalam bas tersebut. Berdasarkan pemerhatianku, seperti biasa pastinya bendera yang diwarisi tersebut menjadi pilihan. Erm.. aku pun tak tahu nak wat macam mana. tak pe lah.. Tapi apa2 pun, aku dapat melihat dunia luar mcam mana dan melihat pelbagai pemandangan yang menarik. Bukan setakat negara luar je yang ada pemandangan yang menarik, negara kita pun ada pemandangan yang menarik dan tempat2 yang best.
p/s: cube tgk lembu tu, pandai panjat bukit..huhu ada juga gambar lembu yang daki bukit yang tinggi tapi tak sempat pula nak tangkap. Banyak juga gambar pemandangan yang menarik tapi tak sempat nak tangkap. erm.. Walau secanggih manapun kamera tu still tak boleh tandingi mata yang memandang dan memory manusia yang menyimpan rakaman mata.