.بسم الله الرحمن الرحيم
oh..aku terlalu rindu ibuku. Bagaimana agaknya aku akan jadi jika ibuku ada lagi didunia ni. Selama aku membesar dalam 22 tahun ni..hanya 7 tahun je aku dapat bersama dengan ibuku. Sometime bila melihat seorang perempuan dengan anaknya pastinya aku akan jealous sekejap. Masakan tidak jealous, ibu tahu segala keperluan kita, faham perangai kita dan segala tingkah laku kita dari kecil sampai besar . Kalau nak wat gambaran tentang diri kita, ibu adalah reporter terbaik. Dan bila dah besar juga pastinya kita nak tahu macam mana diri kita time kecil dan segala perasaan kita dan kisah lampau kita, hanya ibu yang mengetahuinya. Walaupun aku tidak mengetahui ibuku yang macam mana tapi buku2 dan diarinya menjadi pengganti kepada dirinya. Dan aku pun semakin membesar dan kemungkinan akan menjadi ibu kepada anakku pula. Jika ditakdirkan anakku tidak sempat mendapat belaian dariku, akan ku belai mereka sama seperti ibuku membelaiku. Alhamdulillah ibuku telah meninggalkan ayah yang sentiasa memberi kasih sayang yang tidak bertepi.Itulah warisan kasih sayang yang ibu telah berikan padaku. Klu dibanding dengan harga, memang tidak ternilai.
‘Ibu sanggup berkorban apa sahaja’ statement ini walaupun aku tak pernah merasai, tapi dari cerita kawanku, ibunya sanggup berjaga malam semasa beliau study lewat malam..Bestnye..bersemangat kot... Lagi time dia ada paper ke, pastinya ibunya akan bacakan yassin setiap kali beliau tengah ambik exam… Berkat tu…huhu..bestkan… Disitu aku mengetahui bagaimana pengorbanan ibu,Walaupun agak jealous disitu tapi aku dah tahu sifat seorang ibu itu.Dan Alhamdulillah aku masih dapat menikmati pengorbanan ayah. Kalau difikirkan balik, aku masih lagi ada ayah. Tapi bagaimana dengan mereka yang sejak lahir , sudah kehilangan ibu dan ayah. Sungguh, aku tak mengetahui bagaimana perasaan dan bagaimana mereka harungi hidup ini. Bayangkan pula,sejak lahir, kamu seorang sahaja didunia ini tanpa ada sesiapa pun yang mengenali kamu.oh, agak sedih disitu… Apa2 pun bersyukurlah dengan kehidupan yang kamu ada sekarang dan jangan sekali-kali putus asa bila menghadapi kegagalan, walaupun ibuku tidak pernah melihat kejayaan dan kegagalanku , cukuplah ayahku melihatnya.Oleh itu, sentiasa lalui hidup kamu yang sedia ada ini dengan ceria. Terima kasih ibu, kerna melahirkanku dan terima kasih kepada ayahku kerna menjaga anak2mu dengan baiknya..Ayahku adalah ayah yang terbaik didunia.. Alhamdulillah.
p/s: teringat bagaimana seorang ibu sabar dan tabah menjaga anaknya yang baru lepas menghadapi accident.Tidak kenal lagi erti penat dan terlupa makan dan minum sendiri. Sungguh besar pengorbanan ibu dan ayah.
-Kalau ada ibu yang membuang anak sendiri, bermakna dia bukan makhluk di bumi-
-Susah betul nak mengarang ayat dan aku memang tak boleh nak buat ayat pun-
..ok wassalam..
Semoga Ustazah Zuraidah tabah. Allah tidak uji melainkan sesuai dengan kesanggupannya..
ReplyDeleteplease.. dont call me ustazah...saya tak layak..maaf
DeleteinsyaAllah suatu hari nanti layak.. kata2 boleh jadi doa.
DeleteAllah lebih sayangkan dia berbanding kita.. so sampaikanlah doa, semoga dia tenang disana..
ReplyDeletebaik
Deletezu..sedih..! sob3..
ReplyDeleteknapa mimi tak tau pun psal nie..
i will be with you..always..!
eh tak pe mimi...nak kurangkan kerinduan sedikit.. syukran mimi always with me.. chayok exam mimi
Deleteberusaha utk jadi seorang anak yang solehah.. semoga dapat jadi permata yang bernilai kepada ibu bapa dan agama. insyaAllah,
ReplyDeletesungguh beruntung seseorang tu bila dia mpunyai anak yang soleh dan solehah.. selain dari ada sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat. 3 perkara ni yang mbantu kita nanti.
insyaAllah..terima kasih
Delete