Semasa kita berseorangan, kita merasakan kita tiada sesiapa disisi kita. Kadang2 bila kita keseorangan, kita mula berasa sedih, terasa diri terasing dan mungkin terasa diri sudah tidak dipedulikan lagi. Tahukah anda sebenarnya itu adalah bisikan qarin kita yang kadang2 menghasut kita melakukan sesuatu kejahatan. Setiap manusia di dunia ini mempunyai qarin didalam dirinya. Bahkan Nabi Muhammad pun mempunyai qarin. Qarin ini boleh dikategorikan sebagai syaitan yang sentiasa menghasut manusia untuk melakukan kejahatan, Tetapi Allah juga menganugerahkan malaikat bagi setiap manusia tersebut untuk membisikkan kebaikan kepada manusia. Cuma manusia itulah perlu memilih sama ada ingin mengikut bisikan qarin atau bisikan malaikat.
Melalui pembacaan saya, qarin boleh dilemahkan dengan mengamalkan membaca bismillah bagi setiap pekerjaan yang dilakukan, selalu membaca al-quran dan sentiasa berzikir. InsyaAllah qarin kita dapat dilemahkan dan kita sentiasa terdorong untuk melakukan kebaikan. Jadi, qarin anda juga menentukan siapa diri anda. Kuatnya qarin anda maka semakin banyak kejahatan yang dibisikkan dalam diri kita. Jadi ilmu yang dipelajari juga boleh menjadi perisai kita membezakan antara salah dan benar. Jika kita merasakan bisikan tersebut adalah salah, maka mungkin qarin kita yang sedang membisikkannya, tetapi jika ia adalah kebaikan maka turutilah. Jadi bila kita bersendirian, ingatlah kita mempunyai teman atau peminat kita yang sentiasa membisikkan sesuatau kepada kita. Jadi pilihlah bisikkan tersebut.
P/s: Pertama kali mendengar perkataan qarin apabila berada di sekolah menengah. Pengertian qarin yang aku fahami ialah saudara kembar kita sejak dilahirkan. Bunyinya seakan menakutkan, tetapi bila sudah difahami secara jelas sedikit , barulah mengetahui siapa yang selalu membisikan kejahatan dan sentiasa menghasut didalam diri.
maklumat lanjut- http://rahsiakayubatudanlogam.wordpress.com/2010/07/01/qarin-itu-siapa/