Rasullullah s.a.w bersabda: “Puasa itu merupakan benteng atau perisai maka janganlah berkata keji dan mencaci. Seandainya ada orang yang mengajak berkelahi atau mencaci maka hendaklah dia berkata “saya berpuasa, saya berpuasa” (Riwayat Abu Hurairah)

Sunday, 10 March 2013

KeKeSaLaN YanG BeRmaKna


             بسم الله الرحمن الرحيم
  Alhamdulillah, masih lagi diberi kesihatan yang baik dan kelapangan masa untuk aku  melakukan gerak kerja. Walaupun semalam mengalami kekesalan akibat tidak melakukan sebarang gerak kerja, akhirnya Allah bukakan pintu hatiku untuk melihat dan mengkaji sendiri pengalaman itu. Kadang-kadang kekesalan itu boleh memberi makna dalam kehidupan. Jika ia tiada, mungkin hasutan syaitan selalu merantai kekesalan itu dari memasuki ruang hati kita.
 
   Satu hari ni, aku melakukan pelbagai perkara, dan dari itu barulah ku sedar, oleh kerana kesibukanku itu, aku tidak menghiraukan angan-angan yang kadang-kadang membisikkan dikepalaku ketika aku tidak melakukan sebarang gerak kerja. Alhamdulillah dapat bersama dengan kawan-kawan yang tidak pernah kenal erti putus asa dalam melakukan sebarang gerak kerja walaupun kadang-kadang boleh terkorban dalam medan perjuangan itu.
 
    Bila membaca balik peristiwa sirah yang dahulu kita baca sewaktu kecil, kita mengetahui banyak pengorbanan dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabat dalam menyampaikan dakwah. Bila dibandingkan kepayahan yang Rasulullah dan para sahabat terima dengan kepayahan yang kita alami rasanya sangat jauh bezanya. Pada zaman teknologi canggih ini, walaupun melakukan kerja dihadapan laptop tanpa bergerak ke mana-mana itu pun sudah meletihkan dan boleh mengeluhkan kita. Sungguh malu kepada diri sendiri.

    Dan hari ini, dalam istiharahku, aku telah menemui jawapannya. Aku hanya boleh berusaha tetapi biarlah Allah yang menentukannya. 

p/s: kita tak tahu apa yang akan menanti kita selepas ini dan apa yang akan terjadi pada pengakhiran cerita kehidupan kita. Semuanya telah ditentukan oleh kita sejak dilahirkan lagi, tetapi kita boleh mngubahnya dengan hanya berusaha untuk melawannya. 

to kaka amirah (mungkin aku telah temui jawapannya dan aku tidak akan memikirkannya lagi, tetapi aku akan mendoakannya)

2 comments:

  1. penulisan semakin baik.. baik frasa ayat..
    jalan penceritaan dan point cerita yang jelas.

    ReplyDelete