Rasullullah s.a.w bersabda: “Puasa itu merupakan benteng atau perisai maka janganlah berkata keji dan mencaci. Seandainya ada orang yang mengajak berkelahi atau mencaci maka hendaklah dia berkata “saya berpuasa, saya berpuasa” (Riwayat Abu Hurairah)

Sunday 2 June 2013

......Si MaWaR BiRu YanG PuDaR...

         
Ada sekuntum mawar biru, warnanya sangatlah pudar.  Suatu hari, si mawar biru itu ternampak sekuntum mawar biru yang lain, "sangat indah mawar biru itu, warnanya berkilau nan indah, semua yang memandang mawar biru yang indah itu pasti terpegun" bisik hati kecil si mawar biru yang pudar itu. Mawar biru pudar itu berasa sangat rendah diri atas warnanya dan merasakan dirinya tidak berguna.  Dia merasakan dirinya tidak layak menjadi bunga mawar. Dalam pada itu, si mawar pudar itu pun bercita2 menjadi  pokok kelapa supaya buahnya itu memberi manfaat kepada yang lain, tetapi dia perlu pasrah bahawa dia adalah pokok bunga bukan pokok kelapa. Jadi, dia pasrah dengan ketentuan kejadiannya.

            Oleh itu, setiap kali dia memandang mawar yang lain mulalah dia berasa rendah diri dan warna birunya itu menjadi semakin pudar keputihan. Pada suatu hari, ada seorang petani ternampak  pokok bunga mawar yang pudar itu, beliau terpegun dengan warna unik si mawar biru yang pudar itu. di petiknya si mawar pudar itu dan dibawanya pulang.  Rupa-rupanya  si petani itu mempunyai seorang isteri yang sedang dalam kesakitan dan si petani itu ingin mennyejukkan kesakitan si isteri dengan memberi si mawar biru yang pudar itu. Si isteri itu menerimanya walaupun kesakitan yang dia alami sangat menyakitkan.

            Jadi setiap hari, si mawar biru yang pudar itu menemani si isteri yang tenat itu, sementara suaminya pergi ke kebun.Si mawar biru berasa gembira kerna walaupun warnanya pudar, tetapi ia menjadi peneman kepada isteri petani. Isteri petani itu sentiasa ceria bila melihat si mawar biru yang pudar itu kerna merasakan bunga itu terlalu istimewa kerna ia unik dan tambahan lagi ia adalah pemberian si suaminya yang tercinta. Dan semakin hari juga kesihatan si isteri itu bertambah baik. Maka, barulah si mawar pudar tahu bahawa tidak  semestinya jika warnanya pudar maka dia tidak akan disukai.



p/s: sebenarnya tengah sedih, tapi bila menulis, banyak pula memikirkan dan terus sedih itu terhenti. Mungkin kita selalu memandang hidup ini sangat susah dan merasakan pahitnya dalam hidup ini. Tapi ingtlah selagi nyawa masih ada, hidup perlu diteruskan. Jangan cepat berputus asa kerna kita tak tahu siapakah kita dipenghujung hayat nanti. Tetapi air mata itu takkan pernah terhenti bila kesakitan itu melanda. Itu yang selalu menjadi pengubat hidupku. Teruskan perjuangan ini.. chayok "cakap pada diri sendiri"

No comments:

Post a Comment