Rasullullah s.a.w bersabda: “Puasa itu merupakan benteng atau perisai maka janganlah berkata keji dan mencaci. Seandainya ada orang yang mengajak berkelahi atau mencaci maka hendaklah dia berkata “saya berpuasa, saya berpuasa” (Riwayat Abu Hurairah)

Sunday 10 March 2013

KeKeSaLaN YanG BeRmaKna


             بسم الله الرحمن الرحيم
  Alhamdulillah, masih lagi diberi kesihatan yang baik dan kelapangan masa untuk aku  melakukan gerak kerja. Walaupun semalam mengalami kekesalan akibat tidak melakukan sebarang gerak kerja, akhirnya Allah bukakan pintu hatiku untuk melihat dan mengkaji sendiri pengalaman itu. Kadang-kadang kekesalan itu boleh memberi makna dalam kehidupan. Jika ia tiada, mungkin hasutan syaitan selalu merantai kekesalan itu dari memasuki ruang hati kita.
 
   Satu hari ni, aku melakukan pelbagai perkara, dan dari itu barulah ku sedar, oleh kerana kesibukanku itu, aku tidak menghiraukan angan-angan yang kadang-kadang membisikkan dikepalaku ketika aku tidak melakukan sebarang gerak kerja. Alhamdulillah dapat bersama dengan kawan-kawan yang tidak pernah kenal erti putus asa dalam melakukan sebarang gerak kerja walaupun kadang-kadang boleh terkorban dalam medan perjuangan itu.
 
    Bila membaca balik peristiwa sirah yang dahulu kita baca sewaktu kecil, kita mengetahui banyak pengorbanan dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabat dalam menyampaikan dakwah. Bila dibandingkan kepayahan yang Rasulullah dan para sahabat terima dengan kepayahan yang kita alami rasanya sangat jauh bezanya. Pada zaman teknologi canggih ini, walaupun melakukan kerja dihadapan laptop tanpa bergerak ke mana-mana itu pun sudah meletihkan dan boleh mengeluhkan kita. Sungguh malu kepada diri sendiri.

    Dan hari ini, dalam istiharahku, aku telah menemui jawapannya. Aku hanya boleh berusaha tetapi biarlah Allah yang menentukannya. 

p/s: kita tak tahu apa yang akan menanti kita selepas ini dan apa yang akan terjadi pada pengakhiran cerita kehidupan kita. Semuanya telah ditentukan oleh kita sejak dilahirkan lagi, tetapi kita boleh mngubahnya dengan hanya berusaha untuk melawannya. 

to kaka amirah (mungkin aku telah temui jawapannya dan aku tidak akan memikirkannya lagi, tetapi aku akan mendoakannya)

Saturday 9 March 2013

PeNyeSaLaN


             بسم الله الرحمن الرحيم

  Hanya mampu berdiam diri dan muhasabah balik apa yang terjadi. Tak selalu apa yang kita rancang menjadi dan tidak boleh hanya mengharapkan semua berjalan seperti yang kita inginkan.  Kelemahan diri yang seringkali dipandang rendah. Alhamdulillah, mereka memahami perasaanku. Walaupun mereka agak marah, tetapi mereka tahu akan sifatku, jadi mereka tidaklah keterlaluan dalam memarahiku, mereka berkata dengan lembut tetapi penuh bermakna. Aku agak terkejut juga kerana seringkali bilaku dimarahi pastinya aku akan merasakan diri terhina dan terlalu rendahnya harga diriku ni. Tapi entah mengapa, kali ini bila dinasihati, aku tidak rasa dihina tetapi aku rasakan ia adalah satu kesilapan yang manusia lakukan tetapi sangat tidak patut dilakukan. Sewaktu dinasihati, banyak perkara yang aku fikirkan dan memikirkan tentang kesalahanku itu.  
              InsyaAllah, walaupun dengan berkata lembut, perkataan dan layanan tersebut sudah cukup membuat hatiku berazam tidak akan mengulangi kesilapan tersebut. Mungkin lain orang lain pula caranya. Begitulah dalam kita berurusan dengan dunia, ada yang kita layan orang ni dengan cara ni, ada pula kita kene layan orang ni dengan kaedah lain pula. Bagi diriku, cukuplah nasihat dengan cara yang baik dan boleh menyentakkan hatiku selain layanan yang buruk yang diberikan kepadaku yang mana kadang-kadang membuat aku hanya memandang seketika sahaja. Sebab itulah kita ini adalah pelakon didunia ni..

p/s:  Cuba semaikan fikiran positif dan buangkan sedikit fikiran negatif. Bahaya kalau buang semua fikiran negatif sebab kadang2 ada baiknya berfikiran negatif.

Inspiration (kaka amirah-tq)