Rasullullah s.a.w bersabda: “Puasa itu merupakan benteng atau perisai maka janganlah berkata keji dan mencaci. Seandainya ada orang yang mengajak berkelahi atau mencaci maka hendaklah dia berkata “saya berpuasa, saya berpuasa” (Riwayat Abu Hurairah)

Sunday 4 March 2012

KeSaNtUNaNnYa MeNgUnGGuLi KeMaRaHaNnYa



بسم الله الرحمن الرحيم


Sifat kesantunan adalah sifat tenang dalam kemarahan yang merupakan darjat yang lebih tinggi daripada sabar yang dmiliki oleh nabi muhammad s.a.w ini berjaya membuat ulama yahudi yang terkenal memeluk islam.

Rasulullah s.a.w bersabda :" Sesungguhnya aku diutus hanya untuk menyempurnakan akhlak". Kita tengok bagaimana akhlak rasulullah s.a.w yang baik, yang mana budi pekertinya luhur  sehingga boleh menarik orang bukan islam memeluk islam.


Sifat manusia ada dua iaitu sifat khalqi(lahiriah) dan sifat khuluqi(batiniyah) yang mana sifat khalqi adalah sifat yang nampak pada manusia seperti muka , warna kulit, tinggi atau pendek, gemuk atau kurus. manakala sifat khuluqi adalah sifat dalaman iaitu jiwa atau batin manusia. Sifat ini ada yang baik seperti kesantunan, lemah lembut, kasih sayang dan ramah. yang tidak baik pula adalah pemarah, bakhil, panas baran dan kasar.Dalam kedua-dua sifat ini, setiap manusia adalah berbeza dan tidak sempurna kecuali Rasulullah s.a.w.


Antara akhlak rasulullah s.a.w antaranya ialah  Al-hilmu (kesantunan). Imam al-Jurjani menyebut santun ialah sifat tenang dalam kemarahan yang memuncak. Sifat ini tinggi darjatnya berbanding sabar kerana kesabaran hanyalah sifat menahan diri ketika sedang beremosi. 
Saidina Khidir a.s. pernah berkata kepada musa a.s., "Wahai Musa! Biasakan dirimu untuk bersabar maka kamu akan menjumpai kesantunan."




Rasulullah s.a.w. bukan bersifat santun ketika menghadapi sesetengah perkara, bahkan baginda bertambah santun apabila dicabar kesantunannya.
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w didatangi seorang Badwi. "Ya Rasulullah! Ada sebuah daerah yang sebahagian besar penduduknya sudah memeluk islam. Saya beritahu kepada mereka sekiranya kamu semua masuk islam maka akan datang banyak rezeki. tetapi sekarang mereka sedang mengalami kelaparan kerana musim kemarau yang panjang. Saya khuatir mereka akan keluar daripada agama islam.Adakah tuan dapat membantu mereka?"
        Rasulullah s.a.w. menolong mereka dengan berhutang 20 sho'(gantang Madinah) kurma daripada seorang yahudibernama zaid bin sa'nah, lalu mengirimkannya kepada mereka yang kelaparan.
       Tiga hari sebelum sampai waktu yang ditetapkan, maka yahudi tadi datang kepada rasulullah s.a.w.untuk menagih hutangnya. Lalu dia menghampiri Rasulullah s.a.w. dengan keadaan marah, lantas menarik baju baginda dengan keras seraya berkata, " hai Muhammad! Apakah kamu tidak mahu melunasi hutangmu kepadaku? Selama ini aku tidak pernah melihat keluarga Abdul Muttalib terlambat membayar hutang.Aku sudah lama bergaul denganmu."
      Saidina Umar r.a. yang berada disisi rasulullah s.a.w. memndang tajam kepada Zaid dan berkata, " Hai musuh Allah! Apakah ucapan yang aku dengar tadi engkau tujukan kepada Rasulullah ? Apakah perbuatanmu kepadanya yang baru sahaja terjadi benar2 terjadi? Demi Allah yang telah mengutusnya dengan benar, seandainya aku tidak berasa khuatir akan merosakkan perjanjian damai antara muslimin dengan kamu, pasti sudah ku penggal kepalamu."
    Rasulullah s.a.w. tetap tenang dan memandang umar r.a. lantas tersenyum kepadanya sambil berkata, " wahai Umar!Sesungguhnya aku dan dia memerlukan daripadamu sikap yang lebih baik daripada ini. Seharusnya kamu perintahkan aku untuk membayar hutang dengan baik dan kamu perintahkan dia untuk menagih hutang dengan baik pula. sekarang bawalah dia, lalu lunasi hutangku kepadanyadan tambahkan lagi 20 sho' kurma sebagai ganti atas kelakuanmu tadi kepadanya."
    Maka Umar Al-Khattab r.a.pun melaksanakan perintah Rasulullah s.a.w. Yahudi tadi kehairanan dan bertanya " kenapa bayarannya lebih?"
    Umar al-khattab r.a menjawab, " rasulullah s.a.w. memerintahku untuk menambahkannya sebagai ganti atas perbuatanku ."
Yahudi tadi berkata, "wahai Umar, tahukah kamu siapa aku?"
                                "aku tidak tahu,"
                                "Aku ialah Zaid bin Sa'nah ."
                                "Engkau adalah salah seorang ulama yahudi yang terkenal itu?"
                                "Benar. Wahai Umar,semua ciri-ciri kenabian sudah kusaksikan pada wajahnya ketika aku memandangnya. Hanya dua perkara yang belum aku mengujinya, iaitu kesantunannya mengungguli kemarahannya. Semakin seseorang itu marah, membuatkannya semakin santun. Sekarang aku telah membuktikannya. Maka saksikanlah wahai Umar, aku rela Allah sebagai tuhanku, islam sebagai agamaku dan Muhammad sebagai nabiku. Dan saksikanlah wahai Umar, bahawa separuh daripada hartaku ini aku sedekahkan kepada umat nabi muhammad s.a.w."


       Begitulah santunnya akhlak nabi. Kita sebagai umat nabi muhammad s.a.w. perlu lah sentiasa mengikuti akhlak2 baginda dan menjadikan rasulullah s.a.w. sebagai model kita walaupun kita manusia biasa dan sentiasa melakukan kesilapan . Kerna Al Ghazali menyatakan " kuat dan jayanya suatu umat adalah kerana akhlaknya, apabila akhlaknya rosak maka rosak binasalah umat itu."


wassalam..
Anneoung
sumber: Q & A

6 comments: