Rasullullah s.a.w bersabda: “Puasa itu merupakan benteng atau perisai maka janganlah berkata keji dan mencaci. Seandainya ada orang yang mengajak berkelahi atau mencaci maka hendaklah dia berkata “saya berpuasa, saya berpuasa” (Riwayat Abu Hurairah)

Saturday, 7 April 2012

SeDeKaHlaH KeRaNa AllaH


بسم الله الرحمن الرحيم

Di sebuah daerah, ada seorang lelaki yang kedekut dan tidak taat kepada perintah Allah. Dia pernah bersumpah menceraikan isterinya sekiranya memberi sedekah.
Pada suatu hari,datang peminta sedekah ke rumah lelaki kedekut itu. Peminta sedekah itu mengetuk pintu rumah lelaki itu. Isteri lelaki itu membuka pintu dan melihat peminta sedekah itu berdiri di hadapan pintu rumahnya. Peminta sedekah itu berkata kepadanya, “ Demi Allah, tidakkah puan mahu memberi kepada saya sesuatu yang dapat dimakan?”


Isteri lelaki itu baik hati tidak sampai hati melihat keadaan peminta sedekah itu, lalu memberi tiga potong roti. Lelaki kedekut itu melihat peminta sedekah itu keluar dari rumahnya. Dia memanggil peminta sedekah itu dan bertanya, “Siapakah yang memberi roti itu kepada kamu?”
Peminta sedekah itu berkata,” Roti ini diberi oleh wanita yang tinggal di rumah itu.” Lelaki itu dengan perasaan marah masuk ke dalam rumahnya. Dia memanggil isterinya dan berkata, “Bukankah aku melarang kamu daripada memberi sedekah kepada orang lain? Tidakkah kamu ingat akan sumpah yang saya katakan kepadamu dahulu?”
Isteri lelaki itu menjawab dengan tenang, “Saya memberi roti itu kepada peminta sedekah kerana Allah.” Lelaki itu sudah dikuasai sifat marah pergi ke dapur dan menyalakan tungku dapur . Apabila tungku dapur itu panas, dia pun berkata kepada isterinya, “Masuklah kamu ke dalam tungku panas itu kerana Allah!”


Isteri lelaki itu bangun dan menuju ke biliknya mengambil barang perhiasan. Lelaki itu berkata kepada isterinya,” Kamu tidak perlu memakai barang perhiasan,”. Isterinya menjawab,” Orang yang bercinta akan berhias untuk kekasihnya. Saya hendak bertemu dengan kekasih saya.”
Isteri lelaki itu pun masuk ke dalam tungku panas itu. Kemudian lelaki kedekut itu pun menutup bahagian atas tungku itu dan meninggalkan isterinya di dalam. Tiga hari kemudian, lelaki itu datang dan membuka tutup tungku itu. Lelaki itu terperanjat kerana melihat isterinya selamat dengan kuasa Allah. Kemudian, dia mendengar suara berkata, “Adakah kamu tidak tahu api tidak membakar kekasihnya!”.

p/s:bukan sahaja sedekah kerana Allah..bahkan setiap perlakuan dan ibadat yang kita lakukan perlulah kerana Allah..Allah itu sentiasa melihat pergerakan, perlakuan dan niat kita..Semoga

Sumber: http://www.ataphijau.com/

5 comments:

  1. zu..^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^
    ~kenapa saya senyum byk2?
    sbb senyum pun sedekah..^_^

    ReplyDelete
  2. ye betul mimi..saya pun suka senyum sebab senyum itu sedekah..

    ReplyDelete
  3. kenapa ramai update entry pasal sedekah?

    ReplyDelete
  4. ^______________________________^

    ReplyDelete
  5. pengajaran yg sgt bergune .. tumpg lalu utk let u know kami da re-stock order tudung..blh jenguk kt fb or blog yer..tq =)

    ReplyDelete