بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Petang selasa lepas, selepas habis kelas dalam pukul 5.10 ptg, cepat2 aku keluar kelas sebab nak kejar bas pukul 5.30 ptg. Then bas sampai, terus je naik bus..erm hari ni tak ramai pula student, selalunya ramai, mungkin sebab tak lama lagi nak final. Time dalam bas, dengar la pak cik bas buka radio.tak tahu radio apa tapi agak kuat la. Selalunya kalau naik bas aku lebih senang layan lagu mp3 aku jer. tapi tak pe la, layan jap lagu radio pak cik ni. lagu radio tu lagu P. Ramlee..memang kena dengan mood aku time tu nak rehat jap.
Aku pun layan la lagu tu.Dah habis lagu tu, DJ pun mula la berceloteh, rupanya slot radio tu sekarang ialah coretan masa silam, Patut la asyik lagu P.Ramlee je tadi yang keluar. Then, DJ tu pun , pick satu coretan yang datangnya dari seseorang berbangsa india namanya Balan(nama penuh tak ingat).Disitu, Balan meminta 3 lagu untuk diputarkan, iman mutiara dari raihan, insyaAllah dari maher zain dan satu lagi lagu nyanyian nazri(raihan).
"eh, pelik betul la orang ni,nama india tapi pilih lagu yang ke arah keagamaan" bisik hatiku. Dalam benak aku timbul pelbagai persoalan. Tiba-tiba seorang lelaki lain berbicara dari ruang radio tu, dari pelatnya tahulah aku dia seorang india. "mesti dia nie Balan"getus hati aku.
Aku pun dengar la butir bicaranya.Sambil tu aku tengok kawan aku tergelak je dengar Balan bercerita,rupanya kawan aku pun khusyuk dengar cerita nie.
Dia ceritakan dulu time dia belajar di maktab di genting, dia banyak menghadiri banyak khusus. Bagi kawan dia, khusus tu semua sangat memenatkan dan boring, tapi tidak bagi dia kerana dia merasakan sangat perlu ada khusus tu. Then time cuti rasanya dia kata dia datang balik ke asrama nya, tapi kawan2 dia semuanya balik. Dan seterusnya pintu rumah dia terkunci (tak berapa faham sangat apa yang dia ceritakan) tapi yang pastinya rumahnya tu terkunci dan tinggal la dia seorang diri..Puas dia mencuba membuka pintu tersebut tetapi tetap juga gagal.Dia ingat nanti dia akan mati seorang diri di situ. Dalam pada dia teringat tenatang kematian dia itu, tiba2 dia teringat kata2 seorang ustazah dalam suatu program yang dia pernah hadiri, ustazah tu pernah berpesan, kalau kita sudah tiada pertolongan dari sesiapa lagi maka kita minta la pertolongan dari tuhan.
Jadi dia pun menadah tangan seperti seorang muslim membaca doa dan meminta pertolongan dari tuhan. After , dia buat bende tu, dia pun try la buka pintu tu, dengan mudah pintu tu pun terbuka. Dia merasakan seperti mati hidup semula dan merasakan itulah hidayah yang Allah beri padanya. dan kemudian dia mempelajari islam. Sampai disini,gelak dan tawa dari kawan ku dah tiada...aku dan kawan aku pun terdiam, mungkin masing2 tengah memikirkan sesuatu.
Tapi apa yang aku dapat dari bicara dalam radio tadi, hidayah tu milik Allah dan dia berhak untuk memberikan kepada sesiapa sahaja tidak kira, umur, bangsa dan pangkat.
Mungkin kita tidak tahu apa yang kita rancang itu menjadi atau tidak, tapi Allah itu jugalah mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
ok wassalam ^_^
wah..bestnyer citer zu..
ReplyDeletezu, 'khusus' ke 'kursus' ?
^^
eh ya..kursus..hehe
Deleteoh, orang ni bukan muslim ke...
Deleteya..dia bukanlah seorang muslim..tapi dia dapat hidayah hanya melalui pintu terkunci..dan teringat tentang bagaimana dia menghadiri kursus2 yang ada di maktab dia...begitu la..
Deleteheheh..tiada la nami..just nak kongsi perasaan zue time tu...
ReplyDeletetentang ke tenatang?
ReplyDeletetatabahasa plak yg korang komen..haish..
ReplyDeletezu..perkongsian yg best..sesungguhnya hidayah itu milik Allah..kita yang islam ni pun bukan selamanya islam. moga Allah tetapkan hati kita dan istiqamah dalam perjuangan..insyaAllah..^_^
heheh..terima kasih mimi..tapi saya tidak lah sehebat kamu semua..ayat tatabahasa pun salah..hanya just terdetik di hati dan masa yang membenarkan zue menulis cerita ni...zue pun terpikir apa yang mimi tulis time tu..yang penting kita kene istiqamah...^_^
ReplyDeleteterbaik zue...^^
ReplyDelete