Rasullullah s.a.w bersabda: “Puasa itu merupakan benteng atau perisai maka janganlah berkata keji dan mencaci. Seandainya ada orang yang mengajak berkelahi atau mencaci maka hendaklah dia berkata “saya berpuasa, saya berpuasa” (Riwayat Abu Hurairah)

Wednesday, 28 November 2012

MaKaNaN YanG SeDaP


             بسم الله الرحمن الرحيم

    " Ustaz!! nak pi mana?" kataku. "ustaz nak pegi beli beras, nak ikut ke..jom ustaz belanja"kata ustaz Gabr. "tak pe la ustaz..saje je tanya.."kataku. Selalunya pada waktu2 petang Ustaz Gabr akan beli bahan2 untuk masak something yang kami selalu tunggu pada waktu malam. yela duduk asrama la katakan. Makanan la yang menjadi topic utama dalam sekolah selain topic  ponteng or lain2 (sengalkan, sampai pengetua nak tarik perhatian kami pun sampai ubah menu yang sedap2 hahah). Ustaz Gabr sebenarnya berasal dari mesir dan sewaktu aku bersekolah tingkatan 3, beliau sudah 2 @ 3 tahun menetap di Malaysia. Beliau juga menjadi cikgu kesayangan di sekolah kami kerana sifat ramah sangatnya dan selalu je nak mengusik. Disekolah tersebut, beliau mengajar subject bahasa arab. Time dia mengajar banyak keluar slag bahasa arabnya yang mana menarik perhatian kami. yang aku tak boleh lupa bila dia tanya something kat seseorang dan orang tu salah jawab, dia pun cakap   "uh..makan rumput"..haha.

     Ok..berbalik pula pada makanan yang dimasak oleh ust Gabr. Malam tu lepas je habis Prep(kelas malam) terus je kami jumpa ust Gabr. " ust.. nak beli Roz Bil Laban, perisa strawberi satu"kataku. huuhuh..itu la yang kami selalu tunggu. Sape pernah makan??Time first2 makan tu memang rasa pelik la ...Al-maklumlah makanan dari timur tengah... then, ust Gabr pun dengan kreatifnya menambah perisa kedalam ros bil laban tu..then baru lah terasa best makan. erm.. itu time PMR... mmg satu tahun semasa PMR tu rasa macam sekolah dah jadi kampung bagi kami. Roz bil laban tu sejenis makanan yang rupanya seperti dadih tapi dalamnya ada nasi dan susu dan rasanya manis. Untuk ros bil laban original berwarna putih. Yang berwarna-warni adalah apabila ditambah dengan perasa.

     Dan pada hari ini.. bila cakap pasal makanan, teringat pula kat ust Gabr dengan makanan dan usikannya..ceh.. Tapi bila teringat rakyat palestin disana mereka tiada makanan. Nak merasa makanan sedap pun jauh sekali.. sangat bersyukur masih ada makanan untuk dimakan. tapi itu la..hidup mesti diteruskan...semoga keadaan disana cepat pulih...

     setakat ni jela..tak de apa nak update.hanya ingin berkongsi pengalaman. Yela mana tahu ada juga yang tak tahu roz bil laban tu apa. Kalau nak try buat, di persilakan...ni saya bagi resepi nak buat. Tapi saya tak pernah cuba lagi.

Bahan-bahannya:
~100 gram beras dan air secukupnya
~1 tin (400ml) susu cair rendah lemak
~600 ml air
~200 – 250 gram gula
~5 sudu besar tepung beras1 sudu teh esen vanilla½ -
~ 1 sudu besar air mawar,serbuk kayu manis,kacang badam,kacang pistachios,kismis

Cara-caranya
1. Cuci bersih beras dan masukkan kedalam periuk tuangkan secukup air atas sedikit dari paras beras dan masak sehingga berasnya bertukar menjadi nasi. Kemudian nasinya ditoskan dan dibilas dengan air sejuk. Ketepikan.
2. Kemdian tuang susu cair dan juga 600 ml air kedalam periuk dan masukkan nasi tadi dan biarkan ia mereneh dengan api sederhana besar. Kena dikacau selalu agar dasarnya tidak hangus. Masak selama 10 – 15 minit sehingga nasinya kembang dan susunya mereneh.
3. Masukkan pula gula, esen vanilla dan air mawar dan kacau lagi. Tepung beras dibancuh dengan sedikit air dan kemudian dimasukkan kedalam periuk dan kacau pudding selalu dengan senduk kayu menggunakan api sederhana kecil sehingga ia memekat sedikit dalam 5 – 10 minit.4. Kemudian tuangkan kedalam bekas dan sejukkan dalam peti sejuk. Sewaktu hendak menghidang taburkan permukaannya dengan serbuk kayu manis, kacang badam, kacang pistachios dan kismis. Enak juga dihidangkan dengan buah-buahan segar seperti peach atau strawberi.

ok tapi rasanya simple je..ok wassalam. Anneong.

p/s: last word for the FOOT COOKER ...selamat mencuba..hehhe

Thursday, 22 November 2012

MaSa YaNg BeRlaLu


             بسم الله الرحمن الرحيم

       Semasa kecil, banyak perkara yang menyeronokkan berlaku. Tapi aku masih ingat lagi, waktu itu aku ingin cepat membesar menjadi orang dewasa, rasa macam seronok je tengok orang dewasa, ye lah  boleh buat sesukahati dia je. Tapi selalu juga akak2 atau abang2 kata yang waktu kecil adalah perkara yang menyeronokkan.. aku pun tak faham seronok yang macam mana tu.. Hingga lah aku dewasa barulah aku sedar yang waktu kecil memang sangat menyeronokkan. Lebih-lebih lagi semasa alam persekolahan, dapat kenal ramai kawan.  selepas balik je dari sekolah terus tukar baju, pergi belakang rumah, tunggu kawan dan bila kawan dah sampai terus memikirkan aktiviti yang nak dilakukan pada petang tersebut.... Antara aktiviti yang dilakukan, main kejar2, pergi memancing, cari tebu, tolong ayah berkebun, main basikal dan macam2 lagi2 la.. habis sekeliling rumah kami semua teroka, kalau hujan, teroka pula kat dalam rumah..hahaha..tapi tu dulu, sekarang macam2 nak kene buat, dah tak sempat dah nak teroka..

            Masa itu sekejap sahaja berlalu, dulu aku masih ingat time darjah 6, aku selalu memikirkan apa yang akan terjadi pada tahun akan datang dan menunggu tahun tersebut, kadang2 bersembang juga dengan kawan2 nanti dah besar nak jadi apa, nak buat apa..ye la budak2 kan, apa la yang dia tahu..Lepas tu perbincangan itu pun berlalu begitu sahaja tanpa ada sebarang tindakan..huhu bagus kan..hahha..

            Ha..sekarang ni kan pasal palestin. Time aku kecil dulu aku pun mengetahui tentang nasib rakyat palestin.. tapi apabila semakin membesar banyak pula cerita tentang saudara seislam ku di tindas.. Syria, myammar, palestin.. Oh, memang masa cepat berlalu. Dulu time kecil selalu merasakan lambatnya masa berlalu, tetapi bila dah dewasa, memang merasai kecepatan waktu berlalu...Begitu juga dengan kawan ku,dari kecil sampai lah besar kawanku berbeza2 ..Tapi aku masih lagi contact dengan kawan2 zaman kecilku...Tapi aku takut, pantasnya waktu berlalu menyebabkan aku tidak sedar yang aku bukan lagi berada di alam ini.

            Jadi, gunakanlah waktu yang ada dengan perkara yang disukai, takut nanti kita tidak boleh melakukan perkara itu lagi..

             
p/s : memang macam2 nak buat tapi banyak pula perkara yang menyebabkan tidak dapat buat apa yang kita sukai, jadi saya akan cuba menyukai segala perkara yang dilakukan..sekian


"Sukailah setiap apa yang anda lakukan"

wassalam
            

Thursday, 15 November 2012

BuMi YaNg BeRdaRaH


             بسم الله الرحمن الرحيم

    Di mentari petang ini, ku lihat bumi gaza masih lagi dihentam peluru durjana yahudi yang menjajah.. sudah banyak yang terkorban, sudah banyak yang syahid.. tapi aku disini hanya duduk melihat kerakusan dan kekejaman itu berlaku,  disaat ini juga ku teringatkan ayah dan bondaku, walaupun bondaku telah tiada, tapi ku sentiasa teringatkannya.  ku terpikir, bagaimana nasib anak2 yang berada di bumi gaza, yang mana mereka kehilangan ibu bapa mereka, ada yang sejak lahir lagi telah kehilangan segala galanya, sanak saudara dan segala2nya..tapi Allah itu maha penyayang, mereka yang terkorban mendapat pangkat yang sangat tinggi yang mana mereka mendapat syahid yang menjadi dambaan setiap umat islam..

    Sungguh, aku tidak mengetahui bagaimana rasanya. Betul lah yang dikatakan selalu, pengalaman itu sgt berharga, yelah bila kita mendengar sahaja  pasti kita tidak akan merasaikan.. samalah juga dengan belajar, jika hanya belajar teori je, pasti kita tak tahu bagaimana keadaan itu, jadi kita pun perlu menyelaminya dengan melakukan praktikal... 

    Aku sangat takut kehilangan ayahku, adik beradik ku dan kawan2ku, merekalah yang sangat aku sayangi, tapi yang paling utamaku sayangi adalah ayahku. Semoga aku dapat membalas jasa ayahku. Aku tidak akan sekali2 melukakan perasaan ayahku.

   Aku tak tahu bagaimana perasaannya apabila kehilangan semua orang yang kita sayangi, tapi aku tahu perasaan itu membuatkan aku bingung. Jadi aku sgt bersyukur masih lagi diberi kesedaran, berbanding mereka yang masih tidak sedar.. Tapi aku berasa kesian kerana mereka tidak sedar akan itu semua dan masih lagi lalai dan leka dengan dunia yang fana ini. 

   Hanya doa sahaja mampuku utuskan kepada mereka yang berada di gaza untuk terus tabah berjuang kerana janji Allah itu pasti..InsyaAllah umat islam di gaza pasti akan menang dan  kepada mereka yang lalai dengan dunia ini, semoga mereka diberi kesedaran sebagaimana yang aku dapat pada saat ini.. 

p/s: Semoga aku tidak leka dengan dunia yang fana ini dan sayangilah Allah, nabi, ulama, diri,  ibu bapa, cikgu, adik2, kawan2, kucing2, baby2, pokok2 dan seisi dunia..

Wassalam..

Monday, 12 November 2012

MiMpI AdiK SaYa


             بسم الله الرحمن الرحيم


hahha.....marah jer adik aku bila baca bende ni.. tiba2 nak buat jahat lak....minta maaf yer dik...tapi nmpak mcm kembang semacam jer...bagi upah tau..

p/s: buat la apa yang ko suka dik...janji ko happy tapi study jgn lupa lak..

Wednesday, 7 November 2012

ErMMMmmm...

             بسم الله الرحمن الرحيم


   erm..kenapa ye bila kita ingin merehatkan diri sekejap...tiba2 orang lain kata..pi buat keje la...padahal baru sekejap tadi lepas buat keje..erm..mungkin itu nasihat.. tak tahu kenapa, boleh dikatakan acapkali perkara ni berlaku..baru ingin bermain sekejap..then orang yang baru melihat kita bermain pun nasihat, jangan main..ohhh..tidak boleh kah saya menjadi seperti manusia biasa yang mempunyai perasaan untuk bermain sebentar..tapi tak pe la..itu pun atas keputusan sendiri sama ada untuk hiraukan apa yang orang itu cakap atau pun tidak..mungkin dia tidak tahu apa yang kita lakukan sebelum tu...kadang2 kita tak boleh dengar cakap orang..ye la..ada orang pendapat nya berbeza, bila kita lakukan sesuatu perkara, ada orang nampak dari sudut positif, dan satu orang yang lain lagi nampak dari negatif...lumrah manusia yang saling berbeza pendapat.
erm..tgk la..klu kita dengar cakap orang pun sampai bila pun tak hbs.. jadi kita la yang sendiri yang perlu berfikir yang mana perlu kita ikut dan yang mana tidak perlu ikut.. my friends always said..be yourself..

p/s: bila berlaku, hanya mampu mendiamkan diri sahaja
wassalam...