Rasullullah s.a.w bersabda: “Puasa itu merupakan benteng atau perisai maka janganlah berkata keji dan mencaci. Seandainya ada orang yang mengajak berkelahi atau mencaci maka hendaklah dia berkata “saya berpuasa, saya berpuasa” (Riwayat Abu Hurairah)

Thursday, 15 November 2012

BuMi YaNg BeRdaRaH


             بسم الله الرحمن الرحيم

    Di mentari petang ini, ku lihat bumi gaza masih lagi dihentam peluru durjana yahudi yang menjajah.. sudah banyak yang terkorban, sudah banyak yang syahid.. tapi aku disini hanya duduk melihat kerakusan dan kekejaman itu berlaku,  disaat ini juga ku teringatkan ayah dan bondaku, walaupun bondaku telah tiada, tapi ku sentiasa teringatkannya.  ku terpikir, bagaimana nasib anak2 yang berada di bumi gaza, yang mana mereka kehilangan ibu bapa mereka, ada yang sejak lahir lagi telah kehilangan segala galanya, sanak saudara dan segala2nya..tapi Allah itu maha penyayang, mereka yang terkorban mendapat pangkat yang sangat tinggi yang mana mereka mendapat syahid yang menjadi dambaan setiap umat islam..

    Sungguh, aku tidak mengetahui bagaimana rasanya. Betul lah yang dikatakan selalu, pengalaman itu sgt berharga, yelah bila kita mendengar sahaja  pasti kita tidak akan merasaikan.. samalah juga dengan belajar, jika hanya belajar teori je, pasti kita tak tahu bagaimana keadaan itu, jadi kita pun perlu menyelaminya dengan melakukan praktikal... 

    Aku sangat takut kehilangan ayahku, adik beradik ku dan kawan2ku, merekalah yang sangat aku sayangi, tapi yang paling utamaku sayangi adalah ayahku. Semoga aku dapat membalas jasa ayahku. Aku tidak akan sekali2 melukakan perasaan ayahku.

   Aku tak tahu bagaimana perasaannya apabila kehilangan semua orang yang kita sayangi, tapi aku tahu perasaan itu membuatkan aku bingung. Jadi aku sgt bersyukur masih lagi diberi kesedaran, berbanding mereka yang masih tidak sedar.. Tapi aku berasa kesian kerana mereka tidak sedar akan itu semua dan masih lagi lalai dan leka dengan dunia yang fana ini. 

   Hanya doa sahaja mampuku utuskan kepada mereka yang berada di gaza untuk terus tabah berjuang kerana janji Allah itu pasti..InsyaAllah umat islam di gaza pasti akan menang dan  kepada mereka yang lalai dengan dunia ini, semoga mereka diberi kesedaran sebagaimana yang aku dapat pada saat ini.. 

p/s: Semoga aku tidak leka dengan dunia yang fana ini dan sayangilah Allah, nabi, ulama, diri,  ibu bapa, cikgu, adik2, kawan2, kucing2, baby2, pokok2 dan seisi dunia..

Wassalam..

3 comments:

  1. Doa sentiasa mengiringi mereka di sana..
    pertingkatkan bacaan qunut nazilah..

    ReplyDelete
  2. insyaAllah mimi...dah lame tak jumpe mimi...

    ReplyDelete
  3. Ayuh, mari baca qunut nazilah..

    ReplyDelete