Rasullullah s.a.w bersabda: “Puasa itu merupakan benteng atau perisai maka janganlah berkata keji dan mencaci. Seandainya ada orang yang mengajak berkelahi atau mencaci maka hendaklah dia berkata “saya berpuasa, saya berpuasa” (Riwayat Abu Hurairah)

Thursday 3 January 2013

DeStiNaSi CiNta

 

BowMenyingkap tirai hati

Mengintai keampunan

Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan

Tiap jejak nan bertapak

Debu kejahilan

Akan ku jirus dengan madu keimanan

 

Tak ternilai airmata dengan permata

Yang bisa memadamkan api neraka

Andai benar mengalir dari nasuha nurani

Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari

Sebenarnya terlalu hampir

Hanya kabur kerana dosa di dalam hati

Telah ku redah daerah cinta

Yang lahir dari wadah yang alpa

Tiada tenang ku temui

Hanya kecewa menyelubungi

Ku gelintar segenap maya

Dambakan sebutir hakikat

Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat

Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

 

Namun ranjaunya tidak akan sunyi

Selagi denyut nadi belum berhenti

Durjana syaitan kan cuba menodai

Segumpal darah bernama hati

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku

Leraikan aku dari pautan nafsu

Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu

Namun masihku mengharap ampunan-Mu

Wahai Tuhanku? Ya Allah?

 

p/s: tiba2 je…dah lama tak post..jadi, ini adalah pembuka untuk 2013..semoga tahun ini lagi baik dari tahun lepas

9 comments:

  1. wah, tahniah zu..
    puisi pembuka yg menarik..(^__^)
    puisi zu sndiri ye ni..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lirik lagu mestica la nami...

      Delete
    2. ye nami..hheh..lupa pula nak buh kat bawah tu by mestica....
      zue tak pandai nak berpujangga ni..tapi ayat ni mmg best la..ni lagu favourite zue time sekolah dulu..sengalkan..hahha

      Delete
    3. lagu favourite pun bole jadi sengal. -_-

      lagu favourite ana gak skrg ni..

      Delete
    4. oh ingatkn puisi la tadi..hehe
      maaf la, kawe kurg layan sgt lagu mestica..

      Delete