aku sangat cemburu kepada mereka, dapat pergi kemana2 yang mereka mahu, dapat buat apa yang mereka mahu, sedangkan aku,mahu pergi kemana, aku perlu memikirkan kenderaan yang akan aku naiki, aku perlu memikirkan dimana tujunya nanti, aku perlu menyakinkan ayahku bahawa aku boleh berjalan dicelah orang ramai, dan aku perlu hilangkan kerisauan ayahku kerna aku keseorangan untuk berjalan (seorang perempuan berjalan keseorangan) , tetapi mereka menyatakan aku tidak mahu menjadi mereka... seakan aku seperti seorang yang jahat, sudah tidak mahu mengikut mereka setelah janji dilafazkan..Allah, sungguh terseksa batin aku kerna hanya aku tidak mempunyai kenderaan.. Acapkali aku rasa diri dihina hanya kerana aku tidak mempunyai kenderaan.. sungguh aku telah berusaha tapi aku tahu aku tidak sekaya mereka, bila aku minta kepada ayahku, aku pasti tidak akan dapat.... Allah, kuatkan hati ini... ahhh.. ingin sekali aku menyatakan mereka tidak seperti kawan yang baru ku kenal, mereka, walaupun tidak sefikrah denganku tapi mereka prihatin denganku, mereka tahu jika mahu pergi kemana2 denganku, pastinya mereka mengajakku sekali, even aku menolak, tapi mereka berkeras mahu aku mengikut mereka, mereka tidak mahu ada kawan mereka yang keseorangan ketinggalan dan tidak mengikut mereka.. adakah aku terlalu jahat.. tak pe la..seringkali aku memikirkan.. tapi apakan daya.. tak pe la.. aku memang jahat..
luahan perasaan
(diri yang hina)
Setiap nafas manusia itu ada nilainya, maka gunakanlah sebaiknya sebelum nafas itu diambil.
Friday, 19 July 2013
Sunday, 2 June 2013
......Si MaWaR BiRu YanG PuDaR...
Ada sekuntum mawar biru, warnanya sangatlah pudar. Suatu hari, si mawar biru itu ternampak sekuntum mawar biru yang lain, "sangat indah mawar biru itu, warnanya berkilau nan indah, semua yang memandang mawar biru yang indah itu pasti terpegun" bisik hati kecil si mawar biru yang pudar itu. Mawar biru pudar itu berasa sangat rendah diri atas warnanya dan merasakan dirinya tidak berguna. Dia merasakan dirinya tidak layak menjadi bunga mawar. Dalam pada itu, si mawar pudar itu pun bercita2 menjadi pokok kelapa supaya buahnya itu memberi manfaat kepada yang lain, tetapi dia perlu pasrah bahawa dia adalah pokok bunga bukan pokok kelapa. Jadi, dia pasrah dengan ketentuan kejadiannya.
Oleh itu, setiap kali dia memandang mawar yang lain mulalah dia berasa rendah diri dan warna birunya itu menjadi semakin pudar keputihan. Pada suatu hari, ada seorang petani ternampak pokok bunga mawar yang pudar itu, beliau terpegun dengan warna unik si mawar biru yang pudar itu. di petiknya si mawar pudar itu dan dibawanya pulang. Rupa-rupanya si petani itu mempunyai seorang isteri yang sedang dalam kesakitan dan si petani itu ingin mennyejukkan kesakitan si isteri dengan memberi si mawar biru yang pudar itu. Si isteri itu menerimanya walaupun kesakitan yang dia alami sangat menyakitkan.
Jadi setiap hari, si mawar biru yang pudar itu menemani si isteri yang tenat itu, sementara suaminya pergi ke kebun.Si mawar biru berasa gembira kerna walaupun warnanya pudar, tetapi ia menjadi peneman kepada isteri petani. Isteri petani itu sentiasa ceria bila melihat si mawar biru yang pudar itu kerna merasakan bunga itu terlalu istimewa kerna ia unik dan tambahan lagi ia adalah pemberian si suaminya yang tercinta. Dan semakin hari juga kesihatan si isteri itu bertambah baik. Maka, barulah si mawar pudar tahu bahawa tidak semestinya jika warnanya pudar maka dia tidak akan disukai.
p/s: sebenarnya tengah sedih, tapi bila menulis, banyak pula memikirkan dan terus sedih itu terhenti. Mungkin kita selalu memandang hidup ini sangat susah dan merasakan pahitnya dalam hidup ini. Tapi ingtlah selagi nyawa masih ada, hidup perlu diteruskan. Jangan cepat berputus asa kerna kita tak tahu siapakah kita dipenghujung hayat nanti. Tetapi air mata itu takkan pernah terhenti bila kesakitan itu melanda. Itu yang selalu menjadi pengubat hidupku. Teruskan perjuangan ini.. chayok "cakap pada diri sendiri"
Thursday, 30 May 2013
PeRiStiWa SeMaLaM
بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, minggu yang penuh dengan bauran perasaan telah aku lalui, tetapi bukan bererti ini penamatnya, masih ada lagi pelbagai perkara yang perlu aku tempuh walaupun perkara itu sgt pahit dan pastinya kita tidak suka. Yelahkan, bila mengenangkan kembali sirah rasulullah, hidup rasulullah penuh dengan ranjau dan duri sedangkan baginda sudah Allah firmankan akan masuk syurga . Inikan kita manusia yang sering melakukan dosa.
Sering kali juga aku berfikir tentang hidup ini, mengingatkan peristiwa semalam, banyak sudah aku lalui tetapi mungkin pengalamanku ini tidak sebanyak lagi dari orang lain yang seusia denganku, mungkin mereka lebih banyak pengalamannya dariku, yang menggunakan masanya dengan sepenuhnya.
Alhamdulillah, kisah semalam memberi inspirasi kepadaku. Sangat terharu dengan caranya yang sanggup mengorbankan barang kesayanganya. Sungguh, jika aku pun pastinya aku akan membuat perkara yang sama sepertinya tetapi sangat terkejut bila melihat mereka yang membuat tu adalah mereka yang tidak aku sangka. Jadi jangan judge people by its cover.. huhu. semoga masih ada lagi yang seperti mereka. Dan semalam banyak sudah memberi pengajaran kepadaku. Betul la apa yang dikata, pengalaman itu sangat berharga. Walaupun sudah beratus yang hilang tapi pengalaman membuat sesuatu perkara itu aku rasakan sangat berbaloi dengan duit yang telah aku laburkan.
Jadi, ingin sekali aku katakan walaupun hidup ini terasa sangat susah untuk dilalui, ingatlah kejadian yang Allah ciptakan pasti ada hikmahnya, yakinlah dengan janji Allah, kerna setiap sesuatu itu pastinya akan kembali. Jadi jangan sia-siakan pinjaman yang telah Allah berikan ni.
p/s: lihat dan pandang lah ciptaan Allah bila engkau merasakan pahitnya dalam hidup ini. Dan pastinya kau merasakan ketenangan setiap kali merasakan dia sentiasa memerhatikanmu.
“Jika Allah menghukum manusia karena kezalimannya, niscaya tidak akan ditinggalkan-Nya di muka bumi sesuatu pun dari makhluk yang melata, tetapi Allah menangguhkan sampai kepada waktu yang ditentukan.Maka apabila telah tiba waktu (yang telah ditentukan) bagi mereka, tidak mereka dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak (pula) mendahulukannya”.(Q.S. An Nahl : 61)
Wednesday, 8 May 2013
PiLiHaN
Pada mulanya
aku tak mengerti apa yang terjadi
sentiasa merasakan diri dalam kebingungan
mengapa aku yang dipilih?
kerna merasakan diri tidak layak
kerna merasai banyak kekurangan diri
dalam kegelisahan , cuba mencari semua persoalan ini
apa sebenarnya terjadi
setelah hijab terbuka
semangat mula membara
tetapi bila kejatuhan melanda,
ketakutan mula mendatang,
tetapi ku pujuk hati ini,
segala yang terjadi pasti ada hikmahnya
dan mula mengerti maksud yang tersembunyi,
pastinya itu yang terbaik buat diriku,
kerna dia yang maha mengetahui,
Alhamdulillah,
ku harapkan,
apa yang ku pilih
moga dalam pemerhatianmu
#sebelum melelapkan mata
Tuesday, 16 April 2013
Sunday, 10 March 2013
KeKeSaLaN YanG BeRmaKna
بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, masih lagi diberi kesihatan yang baik dan kelapangan masa untuk aku melakukan gerak kerja. Walaupun semalam mengalami kekesalan akibat tidak melakukan sebarang gerak kerja, akhirnya Allah bukakan pintu hatiku untuk melihat dan mengkaji sendiri pengalaman itu. Kadang-kadang kekesalan itu boleh memberi makna dalam kehidupan. Jika ia tiada, mungkin hasutan syaitan selalu merantai kekesalan itu dari memasuki ruang hati kita.
Satu hari ni, aku melakukan pelbagai perkara, dan dari itu barulah ku sedar, oleh kerana kesibukanku itu, aku tidak menghiraukan angan-angan yang kadang-kadang membisikkan dikepalaku ketika aku tidak melakukan sebarang gerak kerja. Alhamdulillah dapat bersama dengan kawan-kawan yang tidak pernah kenal erti putus asa dalam melakukan sebarang gerak kerja walaupun kadang-kadang boleh terkorban dalam medan perjuangan itu.
Bila membaca balik peristiwa sirah yang dahulu kita baca sewaktu kecil, kita mengetahui banyak pengorbanan dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabat dalam menyampaikan dakwah. Bila dibandingkan kepayahan yang Rasulullah dan para sahabat terima dengan kepayahan yang kita alami rasanya sangat jauh bezanya. Pada zaman teknologi canggih ini, walaupun melakukan kerja dihadapan laptop tanpa bergerak ke mana-mana itu pun sudah meletihkan dan boleh mengeluhkan kita. Sungguh malu kepada diri sendiri.
Dan hari ini, dalam istiharahku, aku telah menemui jawapannya. Aku hanya boleh berusaha tetapi biarlah Allah yang menentukannya.
p/s: kita tak tahu apa yang akan menanti kita selepas ini dan apa yang akan terjadi pada pengakhiran cerita kehidupan kita. Semuanya telah ditentukan oleh kita sejak dilahirkan lagi, tetapi kita boleh mngubahnya dengan hanya berusaha untuk melawannya.
to kaka amirah (mungkin aku telah temui jawapannya dan aku tidak akan memikirkannya lagi, tetapi aku akan mendoakannya)
Saturday, 9 March 2013
PeNyeSaLaN
بسم الله الرحمن الرحيم
Hanya mampu berdiam diri dan muhasabah balik apa yang terjadi. Tak selalu apa yang kita rancang menjadi dan tidak boleh hanya mengharapkan semua berjalan seperti yang kita inginkan. Kelemahan diri yang seringkali dipandang rendah. Alhamdulillah, mereka memahami perasaanku. Walaupun mereka agak marah, tetapi mereka tahu akan sifatku, jadi mereka tidaklah keterlaluan dalam memarahiku, mereka berkata dengan lembut tetapi penuh bermakna. Aku agak terkejut juga kerana seringkali bilaku dimarahi pastinya aku akan merasakan diri terhina dan terlalu rendahnya harga diriku ni. Tapi entah mengapa, kali ini bila dinasihati, aku tidak rasa dihina tetapi aku rasakan ia adalah satu kesilapan yang manusia lakukan tetapi sangat tidak patut dilakukan. Sewaktu dinasihati, banyak perkara yang aku fikirkan dan memikirkan tentang kesalahanku itu.
InsyaAllah, walaupun dengan berkata lembut, perkataan dan layanan tersebut sudah cukup membuat hatiku berazam tidak akan mengulangi kesilapan tersebut. Mungkin lain orang lain pula caranya. Begitulah dalam kita berurusan dengan dunia, ada yang kita layan orang ni dengan cara ni, ada pula kita kene layan orang ni dengan kaedah lain pula. Bagi diriku, cukuplah nasihat dengan cara yang baik dan boleh menyentakkan hatiku selain layanan yang buruk yang diberikan kepadaku yang mana kadang-kadang membuat aku hanya memandang seketika sahaja. Sebab itulah kita ini adalah pelakon didunia ni..
p/s: Cuba semaikan fikiran positif dan buangkan sedikit fikiran negatif. Bahaya kalau buang semua fikiran negatif sebab kadang2 ada baiknya berfikiran negatif.
Inspiration (kaka amirah-tq)
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)




