Rasullullah s.a.w bersabda: “Puasa itu merupakan benteng atau perisai maka janganlah berkata keji dan mencaci. Seandainya ada orang yang mengajak berkelahi atau mencaci maka hendaklah dia berkata “saya berpuasa, saya berpuasa” (Riwayat Abu Hurairah)

Saturday, 3 August 2013

SeMuDaH A B C


      Malam ini masuk lah ramadhan yang ke-26.Oh rasa sangat cepat masa berlalu, hari ini seperti biasa aku akan memasak juadah untuk berbuka . Setiap kali aku nak masak je, mesti nak pikir apa masakan yang aku nak masak untuk berbuka nanti, lepas tengok internet jadi aku buat keputusan untuk masak kueh tiaw kari(pelikkan). Sengaja aku try resepi ni sebab aku suka makan bermacam jenis mi.. Jadi pada petang tadi, ayahku terus mengajak ku pergi ke kedai untuk beli bahan2 yang diperlukan untuk masakan. Selalunya bila ayahku membeli ayam pastinya ayam yang ayahku beli sudah siap dipotong bahagiannya, tapi untuk kali ini, ayam tersebut tidak dapat dipotong bahagiannya.

       Jadi bila balik je dari kedai, terpaksalah aku bersilat dengan ayam didapur. Yelah, sebelum ni aku tak pernah potong ayam. Jadi aku pun cuba ingat balik mcm mana peniaga ayam potong ayam (dulu selalu dok pehati peniaga tu potong ayam) . Then lastly berjaya juga aku potong ayam , 16 bahagian pulak tu.. mmg tepat2... Dan lepas bersilat dengan ayam, kemudian lepas asar pulak aku bertaekwondo dengan periuk dan kuali.
Oleh sebab aku nak masak kueh tiaw kari, jadi kueh tiaw tu aku sediakan lambat sikit. So, aku pun masak lah kuah kari. Itu pun aku masak main campak je ikut perasaan aku. hehe.. Sedap ke tak sedap, belakang citer..Kalau nak diikutkan nak je rasa tapi time ni puasa, jadi aku pun tak berani la nak rasa sebab takut tertelan pulak nanti. Walaupun sebenarnya boleh kita nak merasa makanan tu, tapi tak boleh telan, kene keluarkan balik.

    Time aku dok masak kuah kari tu, aku berfikir lagi, takkan nak makan ni time berbuka, mesti perut kembung nanti. Jadi aku pun berfikir la apa makanan yang nak dijadikan alas perut (makanan ringan) dulu time berbuka nanti. Tiba2 aku dapat idea buat roti jala.

Selalu kalau beli kat kedai mesti mahal kan. Jadi aku pun buat sendiri. Dulu aku tak tahu pun sebenarnya senang je nak buat roti jala, semudah A B C. heheh..

      Ok, macam ni ABC nya.
Untuk A=Ambil satu cawan tepung gandum, satu biji telur ayam, garam dan serbuk kunyit untuk jadikan roti jala tu warna kuning. Campurkan semua bahan tu.
B= bancuh semua bahan tu dengan air (air masak seeloknya) shingga adunan tu jadi macam cair, bila kita kacau adunan tu, cair adunan tu macam cair cat.Kemudian tapis adunan tu. Kita tak nak ada tepung yang tidak dapat diadun (tak nak ada bebola kecil).
C= selepas tu, sediakan kuali (seeloknya kuali leper, tapi aku tak de, jadi pakai je la kuali melengkung tu) dan letakkan minyak sedikit diatas kuali tu. Agak2 dah panas, ambil acuan roti jala dan letakkan adunan tadi kat dalan bekas acuan tadi. Lepas tu, goyangkan tangan yang pegang acuan tu untuk jadikan dia bulat.
-klu tak leh imagine, senang citer tgk kat youtube la.. mesti ada orang tunjuk mcm mana cara nak buat roti jala-. Senang je nak buat roti jala. Kalau beli mmg mahal. Sekali buat boleh dapat sampai berbelas kot. Walaupun buat bende ni sume ikut perasaan, tapi still not bad..sampai tak cukup pulak. sedap kot.. haha (perasan).

     Jadi makanan untuk berbuka malam ni, roti jala dan untuk after solat magrib/ solat terawih, kueh tiaw kari (home made, puas hati makan). Itu je la.. Selalu tgk blog orang lain penuh dengan resepi makanan jadi aku pun nak juga blog aku ada makanan..(heheh) nanti bila lapar je, tengok blog sendiri.

P/s= walaupun nampak tak sedap, tapi setiap kali masak roti jala ni mesti tak cukup. Tapi kueh tiaw tu memang tak sesuai bila dicampurkan dengan kuah kari.


Tuesday, 23 July 2013

BiaRkaN Ia BeRlaLu



Dulu,

selalu aku bersedih dengan diri,
hari2 ku lalui kurasakan kelam,
tiada makna kurasa dalam hidup ini, 
aku cuba mendengar lagu  untuk menghilangkan resahku,
tapi ia semakin melebatkan perasaan sedih itu,
Jadi sering aku mengelak untuk berjumpa dengan sesiapa,
supaya aku boleh menyembunyikan air mataku,
dan kerna aku tahu aku tak sehebat mereka.

Namun kini,
aku mula berfikir kenapa harus aku menangisi dunia ini,
yang hanya sementara, 
aku tahu aku punya dia yang sentiasa menyayangiku,
sentiasa memerhatiku dan mencurahkan sepenuh kasih sayangnya kepadaku,
dia sentiasa mengharapkan aku selalu mengingatinya,
dan selalu menyuruhku melakukan perkara yang mendatangkan kebaikan kepadaku, 
dan pastinya aku dijadikan adalah yang paling hebat,
Jadi mengapa aku perlu bersedih, 
walaupun banyak perkara yang aku rasakan tidak akan membahagiakanku,
kerna pada satu saat nanti pasti akan ada bahagia yang menjelma,

Jadi,
biarlah semua itu berlalu,
tiada apa yang perlu engkau takuti,
kerna semua manusia pasti akan melaluinya,
walaupun dia adalah seorang raja.

P/S: pengaduan kawan tentang perasaannya membuat aku merasakan bukan aku seorang sahaja yang mempunyai perasaan itu.

~Don't Be Sad~ 


Friday, 19 July 2013

TiDaK DiPeRluKaN LaGi

aku sangat  cemburu kepada mereka, dapat pergi kemana2 yang mereka mahu, dapat buat apa yang mereka mahu, sedangkan aku,mahu pergi kemana, aku perlu memikirkan kenderaan yang akan aku naiki, aku perlu memikirkan dimana tujunya nanti, aku perlu menyakinkan ayahku bahawa aku boleh berjalan dicelah orang ramai, dan aku perlu hilangkan kerisauan ayahku kerna aku keseorangan untuk berjalan (seorang perempuan berjalan keseorangan) , tetapi mereka menyatakan aku tidak mahu menjadi mereka... seakan aku seperti seorang yang jahat, sudah tidak mahu mengikut mereka setelah janji dilafazkan..Allah, sungguh terseksa batin aku kerna hanya aku tidak mempunyai kenderaan.. Acapkali aku rasa diri dihina hanya kerana aku tidak mempunyai kenderaan.. sungguh aku telah berusaha tapi aku tahu aku tidak sekaya mereka, bila aku minta kepada ayahku, aku pasti tidak akan dapat.... Allah, kuatkan hati ini... ahhh.. ingin sekali aku menyatakan mereka tidak seperti kawan yang baru ku kenal, mereka, walaupun tidak sefikrah denganku tapi mereka prihatin denganku, mereka tahu jika mahu pergi kemana2 denganku, pastinya mereka mengajakku sekali, even aku menolak, tapi mereka berkeras mahu aku mengikut mereka, mereka tidak mahu ada kawan mereka yang keseorangan ketinggalan dan tidak mengikut mereka.. adakah aku terlalu jahat..  tak pe la..seringkali aku memikirkan.. tapi apakan daya.. tak pe la.. aku memang jahat..


luahan perasaan
(diri yang hina)

Sunday, 2 June 2013

......Si MaWaR BiRu YanG PuDaR...

         
Ada sekuntum mawar biru, warnanya sangatlah pudar.  Suatu hari, si mawar biru itu ternampak sekuntum mawar biru yang lain, "sangat indah mawar biru itu, warnanya berkilau nan indah, semua yang memandang mawar biru yang indah itu pasti terpegun" bisik hati kecil si mawar biru yang pudar itu. Mawar biru pudar itu berasa sangat rendah diri atas warnanya dan merasakan dirinya tidak berguna.  Dia merasakan dirinya tidak layak menjadi bunga mawar. Dalam pada itu, si mawar pudar itu pun bercita2 menjadi  pokok kelapa supaya buahnya itu memberi manfaat kepada yang lain, tetapi dia perlu pasrah bahawa dia adalah pokok bunga bukan pokok kelapa. Jadi, dia pasrah dengan ketentuan kejadiannya.

            Oleh itu, setiap kali dia memandang mawar yang lain mulalah dia berasa rendah diri dan warna birunya itu menjadi semakin pudar keputihan. Pada suatu hari, ada seorang petani ternampak  pokok bunga mawar yang pudar itu, beliau terpegun dengan warna unik si mawar biru yang pudar itu. di petiknya si mawar pudar itu dan dibawanya pulang.  Rupa-rupanya  si petani itu mempunyai seorang isteri yang sedang dalam kesakitan dan si petani itu ingin mennyejukkan kesakitan si isteri dengan memberi si mawar biru yang pudar itu. Si isteri itu menerimanya walaupun kesakitan yang dia alami sangat menyakitkan.

            Jadi setiap hari, si mawar biru yang pudar itu menemani si isteri yang tenat itu, sementara suaminya pergi ke kebun.Si mawar biru berasa gembira kerna walaupun warnanya pudar, tetapi ia menjadi peneman kepada isteri petani. Isteri petani itu sentiasa ceria bila melihat si mawar biru yang pudar itu kerna merasakan bunga itu terlalu istimewa kerna ia unik dan tambahan lagi ia adalah pemberian si suaminya yang tercinta. Dan semakin hari juga kesihatan si isteri itu bertambah baik. Maka, barulah si mawar pudar tahu bahawa tidak  semestinya jika warnanya pudar maka dia tidak akan disukai.



p/s: sebenarnya tengah sedih, tapi bila menulis, banyak pula memikirkan dan terus sedih itu terhenti. Mungkin kita selalu memandang hidup ini sangat susah dan merasakan pahitnya dalam hidup ini. Tapi ingtlah selagi nyawa masih ada, hidup perlu diteruskan. Jangan cepat berputus asa kerna kita tak tahu siapakah kita dipenghujung hayat nanti. Tetapi air mata itu takkan pernah terhenti bila kesakitan itu melanda. Itu yang selalu menjadi pengubat hidupku. Teruskan perjuangan ini.. chayok "cakap pada diri sendiri"

Thursday, 30 May 2013

PeRiStiWa SeMaLaM



             بسم الله الرحمن الرحيم

    Alhamdulillah, minggu yang penuh dengan bauran perasaan telah aku lalui, tetapi bukan bererti ini penamatnya, masih ada lagi pelbagai perkara yang perlu aku tempuh walaupun perkara itu sgt pahit dan pastinya kita tidak suka. Yelahkan, bila mengenangkan kembali sirah rasulullah, hidup rasulullah penuh dengan ranjau dan duri sedangkan baginda sudah Allah firmankan akan masuk syurga . Inikan kita manusia yang sering melakukan dosa.

      Sering kali juga aku berfikir tentang hidup ini, mengingatkan peristiwa semalam, banyak sudah aku lalui tetapi mungkin pengalamanku ini tidak sebanyak lagi dari orang lain yang seusia denganku, mungkin mereka lebih banyak pengalamannya dariku, yang menggunakan masanya dengan sepenuhnya.
      Alhamdulillah, kisah semalam memberi inspirasi kepadaku. Sangat terharu dengan caranya yang sanggup mengorbankan barang kesayanganya. Sungguh, jika aku pun pastinya aku akan membuat perkara yang sama sepertinya tetapi sangat terkejut bila melihat mereka yang membuat tu adalah mereka yang tidak aku sangka. Jadi jangan judge people by its cover.. huhu. semoga masih ada lagi yang seperti mereka. Dan semalam banyak sudah memberi pengajaran kepadaku. Betul la apa yang dikata, pengalaman itu sangat berharga. Walaupun sudah beratus yang hilang tapi pengalaman membuat sesuatu perkara itu aku rasakan sangat berbaloi dengan duit yang telah aku laburkan. 
       Jadi, ingin sekali aku katakan walaupun hidup ini terasa sangat susah untuk dilalui, ingatlah kejadian yang Allah ciptakan pasti ada hikmahnya, yakinlah dengan janji Allah, kerna setiap sesuatu itu pastinya akan kembali. Jadi jangan sia-siakan pinjaman yang telah Allah berikan ni. 

p/s: lihat dan pandang lah ciptaan Allah bila engkau merasakan pahitnya dalam hidup ini. Dan pastinya kau merasakan ketenangan setiap kali merasakan dia sentiasa memerhatikanmu.

“Jika Allah menghukum manusia karena kezalimannya, niscaya tidak akan ditinggalkan-Nya di muka bumi sesuatu pun dari makhluk yang melata, tetapi Allah menangguhkan sampai kepada waktu yang ditentukan.Maka apabila telah tiba waktu (yang telah ditentukan) bagi mereka, tidak mereka dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak (pula) mendahulukannya”.(Q.S. An Nahl : 61)


Wednesday, 8 May 2013

PiLiHaN


Pada mulanya 
aku tak mengerti apa yang terjadi
sentiasa merasakan diri dalam kebingungan
mengapa aku yang dipilih?
kerna merasakan diri tidak layak
kerna merasai banyak kekurangan diri
dalam kegelisahan , cuba mencari semua persoalan ini
apa sebenarnya terjadi

setelah hijab terbuka
semangat mula membara
tetapi bila kejatuhan melanda,
ketakutan mula mendatang,
tetapi ku pujuk hati ini,
segala yang terjadi pasti ada hikmahnya
dan mula mengerti maksud yang tersembunyi,
pastinya itu yang terbaik buat diriku, 
kerna dia yang maha  mengetahui,

Alhamdulillah,
ku harapkan, 
apa yang ku pilih
moga dalam pemerhatianmu

#sebelum melelapkan mata

Tuesday, 16 April 2013


Untuk mengarangkan sebuah cerita yang menarik dan dapat dihayati adalah lebih susah dari mencari penyelesaian dalam matematik.

#susah sgt nak tulis sesuatu  , mungkin aku kene belajar BM lagi ni.