Rasullullah s.a.w bersabda: “Puasa itu merupakan benteng atau perisai maka janganlah berkata keji dan mencaci. Seandainya ada orang yang mengajak berkelahi atau mencaci maka hendaklah dia berkata “saya berpuasa, saya berpuasa” (Riwayat Abu Hurairah)

Thursday, 31 January 2013

KeMbaRa

بسم الله الرحمن الرحيم

    DSCN0097Alhamdulillaah, selamat pulang dari terengganu. 3 hari dalam minggu cutiku, aku habiskan masa menemani ayahku ke terengganu sempena Family Day  khas untuk pekerja di tempat ayahku bekerja. Walaupun pada mulanya aku rasa gembira bila ayahku mengajakku sekali, tapi sehari sebelum pergi tu, aku demam dan ada juga anasir yang kurang menyenangkanku. Rasa macam tak nak pi, tapi oleh sebab aku dah bagitahu ayahku, aku kuatkan kudratku untuk bergembira bersama ayahku. Pada mula perjalanan, aku rasakan keseorangan, tiada apa yang boleh dibuat selain membaca buku dan mendengar music. Aku pasrah dengan keadaan itu. Setelah seharian berada dalam bas, akhirnya pada malam tersebut kami sampai di hotel. Pada hari pertama, tiada apa2 aktiviti , melainkan memperkenalkan ahli keluarga masing2. Sungguh bila melihat bilik didalam hotel tersebut seakan aku ingin saja tinggal disitu. Oleh kerana aku keseorangan, jadi aku dapat bilik untuk individu. erm..tak syok lak tinggal sorang2 dalam bilik. Selalunya ada adik aku . Tapi tak pelah, hidup perlu diteruskan. Pada malam pertama di hotel tu,aku tidak dapat tidur sangat dan sometime terdengar bunyi troli ditolak. Tak rasa takut pun, tapi tak biasa tidur sorang2.DSCN0064

  Keesokan pagi kami bersarapan dan melawat taman tamadun di terengganu. Sebenarnya aku rasa dah 3 kali kot pi terengganu ni dan semua tempat adalah yang aku pernah melawat sebelum ini,tapi sebab aku tak pernah bercuti dengan ayahku, jadi aku buat2 macam tak pernah pi.hahah.. Petang itu pula, mereka adakan sukaneka untuk setiap family. Memang agak best juga sebab selepas sukaneka tu kami dapat makan keropok lekor percuma. huuhh.. Kesimpulan untuk makanan memang 5 bintang la. Dan tak payah keluarkan duit. Keje makan dan duduk. Kalau kat hotel tak payah risau, kita nak makan apa ambik je, ada macam2 jenis makanan. huhu .ok sambung balik untuk sukaneka tu untuk kumpulan kami [gabungan family kami dengan beberapa family lain] dapat johan keseluruhan.[tapi macam ada main tipu sikit, yelah family day]. Rasa enjoy pula bila time sukaneka ni. After habis sukaneka,kami pun balik ke hotel untuk berehat sebelum sambung aktiviti pada sebelah malam. Oleh sebab pada masa ni aku masih lagi tak sihat, jadi aku ingin tidur, tapi ada budak kecil ni [namanya Daniel], jadi aku tak dapat menyambung hasratku. Jadi aku bermain dengannya dan cuba untuk melawan rasa tersebut[hilang sedikit,mujarab juga]. Pada malam tu selepas solat magrib , kami bersiap untuk makan malam dan penyampaian hadiah. Dan seperti biasa makanan yang sedap termasuk daging salai. Aku pun tidak berapa sihat jadi aku makan spageti dan sup ayam je. Pada malam tersebut tidak menarik sangat sebab aku tak minat pada karaoke tapi aku layan je.Oleh sebab aku tak sihat dan kepenatan jadi, pada malam itu aku dapat tidur dengan nyenyak dan tak hiraukan apa2 yang akan mengganggu tidurku.

   

DSCN0059

Pada hari ketiga, aku rasa gembira sebab hari ini aku akan pulang kerumah, rasa nak cepat balik je.Sebelum balik ,kami singgah di Pasar payang , kilang batik [arfaa] dan kedai buat Satar[sejenis makanan sedap]. Banyak juga barang  yang ayahku bawa balik termasuk barangan makanan terengganu. Disepanjang perjalanan balik ke seremban, aku ternampak bendera2 politik.Macam2 ada, tapi yang paling banyak 2 bendera yang sangat terkenal. Bila melihat bendera2 ni, seperti biasa aku melihat reaksi pak cik2 dan mak cik yang ada kat dalam bas tersebut. Berdasarkan pemerhatianku, seperti biasa pastinya bendera yang diwarisi tersebut menjadi pilihan.  Erm.. aku pun tak tahu nak wat macam mana. tak pe lah.. Tapi apa2 pun, aku dapat melihat dunia luar mcam mana dan melihat pelbagai pemandangan yang menarik. Bukan setakat negara luar je yang ada pemandangan yang menarik, negara kita pun ada pemandangan yang menarik dan tempat2 yang best.

p/s: cube tgk lembu tu, pandai panjat bukit..huhu  ada juga gambar lembu yang daki bukit yang tinggi tapi tak sempat pula nak tangkap. Banyak juga gambar pemandangan yang menarik tapi tak sempat nak tangkap. erm.. Walau secanggih manapun kamera tu still tak boleh tandingi mata yang memandang dan memory manusia yang menyimpan rakaman mata.

Tuesday, 8 January 2013

KaSiH IbU TiDaK BeRtePi

.بسم الله الرحمن الرحيم

     ohBabies1-4..aku terlalu rindu ibuku. Bagaimana agaknya aku akan jadi jika ibuku ada lagi didunia ni. Selama aku membesar dalam 22 tahun ni..hanya 7 tahun je aku dapat bersama dengan ibuku. Sometime bila melihat seorang perempuan dengan anaknya pastinya aku akan jealous sekejap. Masakan tidak jealous, ibu tahu segala keperluan kita, faham perangai kita dan segala tingkah laku kita dari kecil sampai besar . Kalau nak wat gambaran tentang diri kita, ibu adalah reporter terbaik. Dan bila dah besar juga pastinya kita nak tahu macam mana diri kita time kecil dan segala perasaan kita dan kisah lampau kita, hanya ibu yang mengetahuinya. Walaupun aku tidak mengetahui ibuku yang macam mana tapi buku2 dan diarinya menjadi pengganti kepada dirinya.  Dan aku pun semakin membesar dan kemungkinan akan menjadi ibu kepada anakku pula. Jika ditakdirkan anakku tidak sempat mendapat belaian dariku, akan ku belai mereka sama seperti ibuku membelaiku. Alhamdulillah ibuku telah meninggalkan ayah yang sentiasa memberi kasih sayang yang tidak bertepi.Itulah warisan kasih sayang yang ibu telah berikan padaku. Klu dibanding dengan harga, memang tidak ternilai.

   ‘Ibu sanggup berkorban apa sahaja’ statement ini walaupun aku tak pernah merasai, tapi dari cerita kawanku, ibunya sanggup berjaga malam semasa beliau study lewat malam..Bestnye..bersemangat kot... Lagi time dia ada paper ke, pastinya ibunya akan bacakan yassin setiap kali beliau tengah ambik exam… Berkat tu…huhu..bestkan… Disitu aku mengetahui bagaimana pengorbanan ibu,Walaupun agak jealous disitu tapi aku dah tahu sifat seorang ibu itu.Dan Alhamdulillah aku masih dapat menikmati pengorbanan ayah.  Kalau difikirkan balik, aku masih lagi ada ayah. Tapi bagaimana dengan mereka yang sejak lahir , sudah kehilangan ibu dan ayah. Sungguh, aku tak mengetahui bagaimana perasaan dan bagaimana mereka harungi hidup ini. Bayangkan pula,sejak lahir, kamu seorang sahaja didunia ini tanpa ada sesiapa pun yang mengenali kamu.oh, agak sedih disitu… Apa2 pun bersyukurlah dengan kehidupan yang kamu ada sekarang dan jangan sekali-kali putus asa bila menghadapi kegagalan, walaupun ibuku tidak pernah melihat kejayaan dan kegagalanku , cukuplah ayahku melihatny_MG_4701 1a.Oleh itu, sentiasa lalui hidup kamu yang sedia ada ini dengan ceria. Terima kasih ibu, kerna melahirkanku dan terima kasih kepada ayahku kerna menjaga anak2mu dengan baiknya..Ayahku adalah ayah yang terbaik didunia.. Alhamdulillah.

p/s: teringat bagaimana seorang ibu sabar dan tabah menjaga anaknya yang baru lepas menghadapi accident.Tidak kenal lagi erti penat dan terlupa makan dan minum sendiri. Sungguh besar pengorbanan ibu dan ayah.

-Kalau ada ibu yang membuang anak sendiri, bermakna dia bukan makhluk di bumi-

-Susah betul nak mengarang ayat dan aku memang tak boleh nak buat ayat pun-

..ok wassalam..

Thursday, 3 January 2013

DeStiNaSi CiNta

 

BowMenyingkap tirai hati

Mengintai keampunan

Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan

Tiap jejak nan bertapak

Debu kejahilan

Akan ku jirus dengan madu keimanan

 

Tak ternilai airmata dengan permata

Yang bisa memadamkan api neraka

Andai benar mengalir dari nasuha nurani

Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari

Sebenarnya terlalu hampir

Hanya kabur kerana dosa di dalam hati

Telah ku redah daerah cinta

Yang lahir dari wadah yang alpa

Tiada tenang ku temui

Hanya kecewa menyelubungi

Ku gelintar segenap maya

Dambakan sebutir hakikat

Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat

Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

 

Namun ranjaunya tidak akan sunyi

Selagi denyut nadi belum berhenti

Durjana syaitan kan cuba menodai

Segumpal darah bernama hati

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku

Leraikan aku dari pautan nafsu

Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu

Namun masihku mengharap ampunan-Mu

Wahai Tuhanku? Ya Allah?

 

p/s: tiba2 je…dah lama tak post..jadi, ini adalah pembuka untuk 2013..semoga tahun ini lagi baik dari tahun lepas

Tuesday, 25 December 2012

LaGu Ni BeSt


             بسم الله الرحمن الرحيم

        Sungguh sedap lagu ini bile didengar, tapi sayangnye tak tahu pengertiannya apa. Tapi jika ada sesiapa yang sudi memberi pengertiannya, saya sangat mengalu-alukannya. Lagu nipun kawan yang perkenalkan.. memang lagu arab sangat sedap didengar. Ingin sangat mengetahui apa pengertiannya.


Tapi mungkin kah cerita ni sama dengan pengertian lagu tu?? erm.. tapi tak mungkin..tapi saya nak tahu..



p/s: suka lagu arab tapi bile belajar bahasa arab terasa sangat payah nak menghafal.erm..
tapi jgn terlalai sudah..


Monday, 24 December 2012

Sunday, 23 December 2012


Tiba-tiba jer..koya..ah..sudah la.
-dont be like this-



Saturday, 22 December 2012

HiKmaH..


             بسم الله الرحمن الرحيم

   Semua pastinya pernah merasai sakit. Aku pun pernah merasai sakit. Banyak perkara yang tidak menyenangkan bila sakit datang.  Pasti ada hikmahnya Allah mendatangkan sakit kepada kita. Ye la , disaat kita kesakitan pastinya kita teringat akan kematian. Always say Alhamdulillah bila Allah datangkan sakit kerna itu tandanya Allah masih sayangkan kita lagi dan memberi peringatan kepada kita. Sesekali pasti kita mendengar ada yang meninggalkan dunia ini tanpa diberi sebarang peringatan ...InsyaAllah always be prepared for died..

     Tapi, iman itu seringkali turun naik dan membuatkan kita leka, lebih2 lagi jika tiada diberi peringatan. Aku pun seringkali merasai perkara yang sama yang mana leka dengan apa yang ada di dunia ini. Terasa sedikit persiapan yang dibuat untuk melangkah ke alam lain. Memang itulah manusia, bila diberi nikmat, kita tak bersyukur,tapi bila di uji mulailah menyesal dengan perkara yang telah dilakukan. 

Bersyukurlah dengan  5 perkara ini sebelum datangnya 5 perkara lain:

 Sihat sebelum datangnya sakit
kaya sebelum miskin
lapang sebelum sibuk 
muda sebelum tua
hidup sebelum mati

p/s:Nak study..ok wassalam..^_^