Rasullullah s.a.w bersabda: “Puasa itu merupakan benteng atau perisai maka janganlah berkata keji dan mencaci. Seandainya ada orang yang mengajak berkelahi atau mencaci maka hendaklah dia berkata “saya berpuasa, saya berpuasa” (Riwayat Abu Hurairah)

Tuesday, 31 January 2012

UsiA NaBi






بسم الله الرحمن الرحيم




Umur adalah kurniaan nikmat Allah kepada hambanya..Allah tidak memilih sesiapa untuk diberi nikmat umur ini..Tidak kira dia adalah islam ataupun bukan islam..Walaubagaimanapun kita tidak boleh mensia-siakan umur yang Allah beri kepada kita. Umur adalah modal untuk kita menyediakan bekalan untuk diakhirat kelak yang mana ia kekal abadi.Setiap manusia di dunia ini diberi umur yang berbeza2.. contohnya  ada manusia yang lahir awal tetapi masih lagi hidup berbanding mereka yang lahir kemudian. Oleh sebab itu umur tidak diketahui panjang atau pendeknya.Sebenarnya, penetapan umur manusia itu telah ditentukan sejak dia berada di rahim ibunya. Seperti kita ketahui, di Alam rahim telah ditetapkan beberapa perkara..Antaranya rezeki, tempoh kematian, celaka atau bahagianya kita.

seperti Hadis daripada Abdullah bin Mas'ud:
" Rasulullah s.a.w adalah seorang yang benar serta dipercayai bersabda: ' kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari. sebaik sahaja genap empat puluh hari kali kedua, terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap empat puluh hari kali yang ketiga, bertukar menjadi seketul daging. Kemudian Allah mengutuskan malaikat meniupkan roh seta memerintahkan supaya dituliskan empat perkara iaitu rezekinya, tempoh kematiannya, amalannya serta nasibnya sama ada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan".
                                                                                                                        (Riwayat al-Bukhari)

Tetapi,umur manusia pada zaman sekarang tiada yang pernah mencecah umur 200 tahun.Umur manusia pada zaman kini sangat sedikit dan kemungkinan dalam lingkungan 50-60 tahun, kalau yang lebih dari 60 tahun kemungkinan boleh hidup sampai 100 tahun dan amat jarang sekali kedengaran manusia pada zaman ini mempunyai usia 100 tahun. Mungkin yang ada hanya sedikit sahaja.

Berikut adalah umur para nabi untuk kita analysis bersama..

NaBi AdaM

Hidup paling lama iaitu 1000 tahun. Dikebumikan di India dan ada riwayat yang mengatakan dikebumikan di Baitul Maqdis.

NaBi IdRiS

Hidup 865 tahun

 NaBi NuH

Hidup selama 950 tahun. Umur ini sebenarnya telah dipotong sebanyak 50 tahun daripada umur asal Nabi Nuh.

NaBi HuD

464 tahun. Dikebumikan di timur Hadramaut, Yaman.

Nabi IbRaHiM

200 tahun. Dikebumikan di palestin

NaBi IsMaiL

137 tahun. Dikebumikan bersama ayahandanya Ibrahim.

NaBI IsHaK

180 tahun. Dikebumikan bersama ayahandanya Ibrahim.

NaBI YuSuF

110 tahun. Wafat di Mesir tetapi dikebumikan di palestin atas permintaanya.

NaBi SuLaiMaN

52 tahun. Mewarisi kerajaan daripada ayahnya semasa berusia 12 tahun dan kerajaan baginda kekal selama 40 tahun

NaBi ZaKaRiA

150 tahun. Baginda mendapat zuriat walau uban sudah memenuhi kepala dan isteri baginda mandul.

NaBi YaHyA

Diriwayatkan lahir pada tahun yang sama dengan Isa.

NaBi IsA

Paling singkat usianya di bumi ini. Hidup selama 33 tahun sebelum diangkat ke langit. Ibunya Maryam wafat semasa berusia 53 tahun iaitu 6 tahun Isa diangkat ke langit.

NaBi MuHaMMaD (S.A.W)

63 tahun
Kita tengok pada zaman dahulu dan zaman sekarang.. masa yang ada pada zaman sekarang bergerak lebih pantas dari pada zaman dahulu. Walhal, teknologi pada zaman sekarang sangat canggih dari zaman dahulu.Begitu juga singkatnya umur kita dari umur umat terdahulu. Umpama seperti kita mengambil exam di dewan peperiksaan(dunia)  dan result adalah penentu arah kita..adakah kita lulus atau pun  gagal. Jadi selagi kita bernafas dan selagi kita diberi umur, maka seharusnya kita tidak mensia-siakannya. Bukan umur adalah jaminan seseorang itu berjaya atau tidak, tetapi amalan dan kebijaksaannya dalam menyediakan bekal untuk akhirat adalah penentu seseorang itu berjaya.

Seperti dalam firman Allah:
" Dan sungguh kamu akan mendapati mereka manusia paling tamak kepada kehidupan di dunia bahkan lebih tamak dari orang musyrik. Masing-masing ingin supaya diberi umur seribu tahun, padahal umur yang panjang itu tidak akan sekali-kali menjauhkannya daripada seksa . Allah  maha mengetahui apa yang mereka kerjakan ."
                                                                                                                     ( surah al-Baqarah 2:96)

Sumber: solusi 24


Annyeong!!! Wassalam..

Sunday, 22 January 2012

10 PinTu SyaiTaN Di AlaM NyaTa







بسم الله الرحمن الرحيم




Pintu-pintu tersebut tidak boleh dibuka kecuali jika seseorang mengetahui pintu-pintu tadi. Syaitan tidak boleh terusir dari pintu tersebut kecuali jika seseorang mengetahui cara syaitan memasukinya.Cara syaitan untuk masuk dan apa jua pintu tadi adalah sifat seorang hamba dan jumlahnya amat banyak. Ada 10 pintu terbesar yang syaitan biasa memasukinya. Semoga Allah memberikan pemahaman tentang permasalah ini.



PiNTu PeRtaMa
Ini adalah pintu terbesar yang akan dimasuki syaitan iaitu Hasad (dengki) dan Tamak. Jika seseorang begitu tamak terhadap sesuatu, ketamakan tersebut akan membutakan, membuat tuli dan menggelapkan cahaya kebenaran, sehingga orang seperti ini tidak lagi mengenal jalan baik atau buruk.Begitu juga jika seseorang memiliki sifat hasad, syaitan akan menghias-hiasi sesuatu seolah-olah menjadi baik sehingga disukai olah syahwat padahal hal tersebut adalah sesuatu yang mungkar.

PiNtU KeDuA
Iaitu Marah . Ketahuilah marah dapat merosakkan akal. Jika akal lemah, pada masa itulah tentera syaitan akan melakukan serangan. Mereka akan mentertawakan manusia jika manusia terbawa amarahnya. Pada keadaan kita seperti ini, eloklah segera mengambil wuduk kerana marah bersifat panas, maka sejukkanlah dengan air wudhu.

PiNtU KeTiGa
Iaitu suka menghias-hias tempat tinggal, pakaian dan segala perabot yang ada.Ia sangat rugi kerana umurnya dihabiskan untuk tujuan tersebut.

PiNtU KeEmPaT
Iaitu kenyang kerana makan banyak.Keadaan ini akan menguatkan syahwat dan melemahkan untuk melakukan ketaatan pada Allah. 

PiNtU KeLiMa
Iaitu tamak pada orang lain.Jika seseorang memiliki sifat seperti ini, maka dia akan berlebih-lebihan memuji orang lain padahal orang itu tidak memiliki sifat seperti apa pada pujiannya. 

PiNtU KeEnaM
Iaitu sifat tergesa-gesa dan tidak mahu bersabar untu perlahan-lahan.Terdapat sebuah hadis dari Anas, di mana Rasulullah S.A.W bersabda:
"Sifat perlahan-lahan (sabar) berasal dari Allah. Sedangkan sifat ingin tergesa-gera itu berasal dari syaitan."(hadis ini diriwayatkan oleh Abu Ya'la dalam musnadnya dan Baihaqi dalam Sunanul Qubro. Syaikh Al-Albani dalam Al-Jami'Ash Shoghir mengatakan hadis ini hasan)

PiNtU KeTuJuH
Iaitu cinta harta.Sifat ini akan berusaha mencari harta walau bagaimana caranya. Sifat ini akan membuat seseorang menjadi bakhil(kedekut), takut miskin dan tidak mahu melakukan kewajipan yang berkaitan dengan harta.

PiNtU KeLaPaN
Iaitu mengajak orang awam supaya ta'asub(fanatik) pada madzhab atau golongan tertentu, tidak mahu beramal selain dari yang diajarkan dalam madzhab @ golongannya.

PiNtU KeSeMbiLaN
Iaitu mengajak orang awam untuk memikirkan hakikat(kaifiyah) dzat dan sifat Allah yang sukar dicapai oleh akal mereka sehingga menjadikan mereka ragu dalam masalah paling penting dalam agama iaitu masalah aqidah.

PiNtU KaSePuLuH
Iaitu selalu berburuk sangka terhadap muslim lain.Jika seseorang selalu berburuk sangka (bersu'uzhon) pada muslim lain, pasti dia akan selalu merendahkannya dan selalu merasa lebih baik darinya.Seharusnya seorang mukmin selalu mencari ud'zur dari saudaranya. Berbeza dengan orang munafik yang selalu mencari aib orang lain.


Sama-sama kita ambil pengajaran dan semoga kita dapat mengetahui pintu-pintu ini dan Allah memberi taufik kepada kita untuk menjauhinya.
Annyong..Wassalam.

Friday, 20 January 2012

KiSaH DiAloG Abu HaNaFiaH DeNgaN iLMuWaN KaFiR

بسم الله الرحمن الرحيم


“Pada suatu ketika, kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah Yahudi bernama Dahri. Kedatangannya mencetuskan kegemparan dikalangan umat Islam. Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan membahaskan soal-soal yang berhubung kait denngan ketuhanan. Dicabarnya para ulama Baghdad untuk berdebat dengannya.

Setiap kali cabarannya disahut, hujah-hujah Dahri tidak pernah dapat dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama Baghdad dan ulama-ulama disekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya. Dari kejadiannya ini, tahulah Khalifah bahawa Baghdad sudah ketiadaan ulama yang benar-benar berwibawa dan tinggi ketaqwaannya.

Lalu Khalifah memerintahkan beberapa orang menteri meninjau ke daerah lain, kalau-kalau masih ada ulama yang boleh dibawa berdepan dengan Dahri. Akhirnnya wakil Khalifah menemui Imam Hammad bin Abi Sulaimann Al-Asy ari, seorang ulama yang tidak kurang juga ketokohannya.

Khalifah memerintahkan supaya hari perdebatan antara Imam Hammad dan Dahri disegerakan. Dan majlis bersejarah itu mesti dibuat di Masjid Jamek di tengah-tengah kota Baghdad. Sehari sebelum pertemuan itu lagi, Masjid Jamek telah penuh sesak dengan orang ramai. Masing-masng menaruh harapan agar Imam Hammad berjaya menumbangkan Dahri kerana beliaulah satu-satunya ulama yang diharapkan.

“Subhanallah. … Subhanallah …. Walauhaulawala quwwata illa billahi aliyyil azim….!” Lidah Imam Hammad terus melafazkan kalimat mensucikan segala tohmahan yang tidak layak bagi Zat yang Maha Agung. Dia beristighfar terus. Rasanya dah tidak sanggup telinganya menadah bermacam tohmahan yang dilemparkan oleh Dahri yang biadab dan matarialis itu. Mempertikaikan KeEsaan Allah SWT buukanlah perkara kecil dalam Islam. Ini kes berat! Hatinya cukup pedih. Roh ketauhidannya bergelora. Mahu rasanya dipenngal leher si Dahri yang angkuh itu di depan ribuan mata yanng turut hadir dalam majlis iru.



Keesokannya, pagi-pagi lagi muncul Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang paling rapat dan yang paling disayanginya. Namanya yang sebenar ialah Nu’ man, yang ketika itu usiannya masih lagi remaja. Bila ternampak keadaan gurunya itu, Abu Hanifah pun bertanya untuk mendapat kepastian. Lalu Imam Hammad menceritakan keadaan yang sebenar. Dalam pada itu teringat Hammad akan mimpinya malam tadi, lalu dikhabarkan kepada muridnya itu. Abu Hanifah mendengarnya dengan penuh khusyuk.

“…Aku bermimpi ada sebuah dusun yang amat luas lagi indah. Di sana kulihat ada sepohon kayu yand rendanng dan lebat buahnya. Tiba-tiba, di situ keluar seekor khinzir dari hujung sebuah kampung. Lalu habis dimakannya buah-buahan yang masak ranum dari pokok itu. Hingga ke daun dan dahan-dahannya habis ditutuh.Yang tinggal cuma batangnya sahaja.Dalam pada itu juga keluar seekor harimau daripada umbi pohon rendang tadi lalu menerkam khinzir itu dengan gigi dan kukunya yang tajam.Lalu,khinzir tadi mati disitu juga.”

Hammad termenung seketika. Kekalutan pemikiran yang telah dicetuskan Dahri, yang boleh menggugat pegangan aqidah umat ini,tidak boleh di biarkan. Mesti dihapuskan segera. Wajahnya yang tenang bagai air sungai yang mengalir jernih, masih nampak bercahaya walau di saat sebegitu genting. Satu kelebihan Abu Hanifah ialah beliau juga dikurniakan Allah ilmu menta’bir mimpi, sebagai mana nabi Allah Yusuf. Pada pengamatannya juga, mimpi tersebut akan memberi petanda baik bahawa si Dahri pasti akan menerima padahnya nanti. Dan setelah mendapat keizinan gurunya, dia pun cuba mentafsirnya:

” Apa yang tuan lihat dalam mimpi tuan sebagai dusun yang luas lagi indah itu adalah tamsilan kepada agama Islam kita. Pokok yang berbuah lebat itu adalah tamsilan kepada sekalian ulamannya. Manakala sepohon kayu yang masih tinggal itu adalah tuan sendiri. Dan khinzir yang tiba-tiba muncul dan merosakkan pohon tersebut ialah si Dahri. Manakala harimau yang keluar lalu membunuh khinzir tadi… adalah saya…” jelas Abu Hanifah.

Beliau juga memohon izin untuk membantu gurunya berdepan dengan si Dahri. Betapa gembiranya hati Iman Hammad bila tercetusnya hasrat itu dari hati muridnya sendiri. Maka berngkatlah ilmuan budak itu bersama gurunya untuk pergi ke Masjid Jamek di mana majlis dialog akan diadakan yang dihadiri oleh orang ramai dan Khalifah. Seperti biasanya, sebelum menyampaikan dakyahnya, Dahri akan mencabar dan memperleceh- lecehkan ulama dengan bersuara lantang dari atas pentas.

” Hai Dahri, apalah yang digusarkan. Orang yang mengetahuinya pasti menjawabnya!” Tiba-tiba suara Abu Hanifah memeranjatkan Dahri dan menyentakkan kaum Muslimin yang hadir. Dahri sendiri terkejut. Matanya memandang tajam mata Abu Hanifah.

” Siapa kamu hai anak muda? Berani sungguh menyahut cabaranku… Sedangkan ulama yang hebat-hebat, yang berserban dan berjubah labuh telah ku kalahkan…!” Lantang suara Dahri membidas Abu Hanifah.

” Wahai Dahri,” balas Abu Hanifah,” sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertaqwa.” Abu Hanifah lalu membacakan sebuah firman Allah SWT yang bermaksud:

” Allah telah meninggikan darjat orang beriman dan berilmu antara kamu beberapa darjat.” (Al-Mujadalah : 11 )

Geram rasanya hati Dahri mendengarnya kepetahan lidah pemuda ini berhujah. Maka berlangsunglah majlis dialog.perdebatan antara Abu Hanifah dengan tokoh Ad- dahriayyah, yang terkenal dengan pemikiran materialisdan ateisnya itu,berlangsung dengan mendebarkan.

“Benarkah Allah itu wujud?,” soal Dahri memulakan majlis dialognya.

“Bahkan Allah memang wujud,” tegas Abu Hanifah.

“Kalau Allah maujud (wujud), di manakah tempatnya..? ?” Suara Dahri semakin meninggi.

“Allah tetap wujud tetapi dia tidak bertempat!” jelas Abu Hanifah.

“Hairan, kau kata Allah itu wujud, tetapi tidak bertempat pula…?” bantah Dahri sambil melemparkan senyuman sinisnya kepada hadirin.

“Ah, itu senang sahaja wahai Dahri. Cuba kau lihat pada dirimu sendiri. Bukankah pada dirimu itu ada nyawa…” Abu Hanifah mula berhujah. Orang ramai mula memerhatikan gaya ilmuan muda ini berpidato dengan penuh minat.

“Bahkan, memang aku ada nyawa, dan memang setiap makhluk yang bernafas itu ada nyawa…!” sahut Dahri.

“Tetapi adakah kau tahu di manakah letaknya nyawa atau rohmu itu…? Dikepalakah, diperutkah atau adakah dihujung tapak kakimu..?” Terserentak Dahri seketika. Orang ramai mula berbisik-bisik sesama sendiri. Setelah itu Abu Hanifah mengambil pula segelas susu lalu ditunjukkan pada Dahri, seraya berkata: ” Adakah dalam air susu ini ada terkandung lemak…?”

Pantas Dahri menjawab, “Ya, bahkan!”

Abu Hanifah bertanya lagi, “Kalau begitu dimanakah lemak itu berada…? Di bahagian atasnyakah atau dibawahkah.. .?” Sekali lagi Dahri terserentak, tidak mampu menjawab pertanyaan Abu Hanifah yang petah itu. “Untuk mencari dimanakah beradanya roh dalam jasad dan tersisip dimanakah kandungan lemak dalam air susu ini pun kita tidak upaya, masakan pula kita dapat menjangkau dimanakah beradanya Zat Allah SWT di alam maya ini? Zat yang telah mencipta dan mentadbir seluruh alam ini termasuk roh dan akal dangkal kita ini, pun ciptaan-Nya, yang tunduk dan patuh di bawah urusan tadbir kerajaan-Nya Yang Maha Agung…!” Suasana menjadi agak bingar. Dahri terpaku di kerusi. Terbungkam lidahnya. Merah mukanya. Kesabarannya mula terburai. Bila keadaan agak reda, Dahri membentangkan soalan.

“Hai anak muda! Apakah yang wujud sebelum Allah. Dan apa pula yang muncul selepas Dia nanti…” Semua mata tertumpu pada Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang pintar ini.

“Wahai Dahri! Tidak ada suatu pun yang wujud sebelum Allah Taala dan tidak ada sesuatu jua yang akan muncul selepas-Nya. Allah SWT tetap Qadim dan Azali. Dialah yanng Awal dan Dialah yang Akhir”, tegas Abu Hanifah, ringkas tapi padat.

“Pelik sungguh! Mana mungkin begitu….Tuhan Wujud tanpa ada permulaan Nya? Dan mana mungkin Dia pula yang terakhir tanpa ada lagi yang selepas Nya….?” Dahri cuba berdalih dengan minda logiknya.

Dengan tersenyum Abu Hanifah menjelaskan, “Ya! Dalilnya ada pada diri kamu sendiri. Cuba kau lihat pada ibu jari mu itu. Jari apakah yang kau nampak berada sebelum jari ini..?” Sambil menuding ibu jarinya ke langit. Dan beberapa hadirin turut berbuat demikian. “Dan pada jari manis kau itu, ada lagikah jari yang selepasnya.. .” Dahri membelek-belek jarinya. Tidak terfikir dia persoalan yang sekecil itu yang diambil oleh Abu Hanifah. “Jadi…! Kalaulah pada jari kita yang kecil ini pun, tidak mampu kita fikir, apatah lagi Allah SWT Zat Yang Maha Agung itu, yang tiada suatu pun yang mendahului-Nya dan tiada sesuatu yang kemudian selepas-Nya.”

Sekali lagi Dahri tercenggang. Bungkam. Namun masih tidak berputus asa untuk mematahkan hujah anak muda yang telah memalukannya di khalayak ramai. Khalifah memerhatikan sahaja gelagat Dahri dengan penuh tanda tanya. Dahri berfikir seketika, mencari jalan, mencari idea. Semacam suatu ilham baru telah menyuntik mindanya, iapun tersenyum. Hati Dahri bergelodak bagai air tengah menggelegak.

“Ini soalan yang terakhir buat mu, hai.. budak mentah!” Sengaja Dahri mengeraskan suaranya agar rasa malunya itu terperosok.

“Allah itu ada, kata mu. Ha! apakah pekerjaan Tuhan mu ketika ini ?” Soalan tersebut membuat Abu Hanifah tersenyum riang.

“Ini soalan yang sungguh menarik. Jadi kenalah dijawab dari tempat yang tinggi supaya dapat didengar oleh semua orang,” Katanya. Pemuda ideologi Ad- Dahriyyun yang sedari tadi mentalitinya dicabar terus, berjalan turun meninggalkan mimbar masjid Jamek, memberi tempat untuk Abu Hanifah:

“Wahai sekelian manusia. Ketahuilah bahawa kerja Allah ketika ini ialah menggugurkan yang bathil sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar, diturunkan Allah ke bawah mimbar. Dan Allah juga telah menaikkan yang hak sebagaimana aku, yang berada di sana, telah dinaikkan ke atas mimbar Masjid Jamek ini… !”

Bagai halilintar, hujah Abu Hanifah menerjah ke dua-dua pipi Dahri. Seiring dengan itu bergemalah pekikan takbir dari orang ramai. Mereka memuji-muji kewibawaan Abu Hanifah yang telah berjaya menyelamatkan maruah Islam dari lidah Dahri yang sesat lagi menyesatkan itu. Sehingga ke hari ini, nama Imam Abu Hanifah terus dikenali keserata dunia sebagai seorang Fuqaha dan salah seorang daripada Imam Mujtahid Mutlak yang empat. Kemunculan Mazhab Hanafi dalam fiqh Syar’iyyah, juga mengambil sempena nama ulama ini.  

 DI PETIK DARI BERBAGAI SUMBER KLIK DISINI (GOOGLE)

SUMBER UTAMA  http://mforum.cari.com.my

Thursday, 19 January 2012

NaTioNaL GeoGraFi



بسم الله الرحمن الرحيم




Sape pernah tengok National Geografi?? best x?? Bagi aku yang meminati cerita dokumentasi, aku amat menyukainya. Apatah lagi pada waktu cuti sem nie aku berpeluang tengok National Geografi kat tv1 setiap hari pada pukul 7-8 petang. Ini yang boleh menyebabkan aku leka. Tapi aku just tgk sikit jer.Sebelum nak solat magrib aku sempat tgk sedikit kisah kehidupan alam ni.Tajuk cite hari nie pasal nature born.Sungguh menakjubkan sekali bagaimana jurufoto tersebut dapat merakam kan detik2 haiwan tersebut melahirkan anak.Sebelum nie, aku dah tengok kapal pukal yang besar dan kapal angkatan tentera AS.Tapi x dapat gak tgk full.
SubhanaAllah, sungguh menakjubkan sekali gambaran dan rakaman jurufoto tersebut.


Firstly yang paling menakjubkan sekali adalah tentang kupu-kupu Monarch.



Kupu-kupu Monarch adalah satu-satunya jenis kupu-kupu yang melakukan penghijrahan lengkap, menuju ke selatan untuk musim sejuk dan kembali ke utara pada musim bunga. Memandangkan perjalanan pergi balik mengambil masa yang lebih lama daripada jangka hayat seekor kupu-kupu, maka sudah tentulah tiada seekor pun kupu-kupu Monarch ini yang pernah melengkapkan pusingan penghijrahan tersebut. Dalam perjalanan hijrah ini Monarch betina akan bertelur dan generasi berikutnya akan meneruskan penghijrahan. Walaupun ahlilepidoptera atau pakar serangga bersayap telah berpuluh tahun mengkaji penghijrahan ini, bertahun-tahun juga lamanya mereka gagal mengesan tempat kupu-kupu Monarch Amerika Utara ini menghabiskan musim sejuk. Seorang jurutera tekstil dan ahli lepidoptera amatur yang tinggal di Mexico City telah menjumpai habitat musim sejuk bagi kupu-kupu Monarch pada tarikh ini, tiga puluh lima tahun yang lalu, iaitu pada 1975 : kira-kira 10,000 kaki di atas sisi sebuah gunung, beliau telah menjumpai kawanan kupu-kupu yang begitu lebat sehinggakan pokok-pokok di situ kelihatan berwarna jingga dan bukan menghijau.

Pada waktu malam yang sangat sejuk, kupu-kupu Monarch berkerumun pada pokok fir di atas gunung untuk mendapatkan kehangatan.Aku tidak dapat menjangkakan pokok fir itu ada kupu-kupu. Sinar matahari pagi akan memanaskan kelompok itu sehingga kawanan kupu-kupu ini bertebaran 'menghamburkan warna jingga' ke seluruh padang rumput untuk mencari makan.Selepas itu,aku tengok bagaimana diorang mengawan.Then, kupu-kupu betina akan meninggalkan telur mereka untuk mengembara.

Then seterusnya aku melihat kawanan zebra(kuda Belang)
Untuk kuda belang, aku tidak dapat melihat full tapi aku sempat melihat plot bagaimana kuda belang tersebut melahirkan anak dalam kawanan tersebut.
Oleh kerana mereka baru dilahirkan, mereka berjalan secara tidak seimbang seperti bayi binatang lain. Jadi, mereka sangat terdedah kepada ancaman binatang pemangsa iaitu singa dan harimau.Haiwan pemangsa sememangnya mencari mangsa mereka adalah anak-anak yang baru dilahirkan.Walaupun mereka mempunyai ibu yang menjaga mereka, tetapi ia tidak dapat menjamin mereka terlepas dari ancaman tersebut.So, anak zebra yang kuat dan bernasib baik sahaja yang dapat hidup.

Seterusnya aku melihat cerita bagaimana ketam bertelur.
Disini aku melihat bagaimana ibu ketam menari dibawah cahaya bulan terang di tepi pantai sambil melepaskan telurnya.Ibu ketam ini mungkin berisiko untuk lemas semasa melepaskan telur mereka.Selepas itu, mereka akan berhijrah ke tempat lain.Manakala, telur2 tersebut akan hanyut dibawa ombak laut.Telur2 ini juga terdedah kepada pemangsa iaitu kawanan ikan yang suka makan telur ketam tersebut.Oleh sebab telur tersebut kecil dan bilangan pemangsa berkurangan, jadi hanya sedikit sahaja telur yang dimakan.Setelah beberapa minggu, telur2 tersebut menetas dan menjadi sekumpulan besar anak2 ketam.Kemudian mereka berjalan mengikut hala tuju mereka.

and the last aku sempat tengok kawanan ikan paus.
Sungguh mengagumkan...SubhanaAllah..

Disini aku hanya melihat bagaimana kawanan ikan paus ini saling bersentuhan antara satu sama lain. Mungkin mereka ingin kan belaian. Aku tidak dapat tengok macam mana ikan nie melahirkan anak. Aku hanya dapat tengok diorang berenang sambil berpusing2 je.
Nie lak time diorang nak melonjak kat udara.Kan  best kalau dapat tgk nie kat depan matakan.
SubhanaAllah, rasanya ada banyak lagi kita x tahu pasal alam disekeliling kita.Mengikut perkiraan, permukaan bumi meliputi daratan 40% manakala lautan 60%. Bermakna kita adalah sedikit dari makhluk yang berada kat laut. Semoga kita sentiasa mangambil iktibar dari setiap kejadian yang Allah jadikan.


Annyeong!!!  >_<..
Wassalam..








Wednesday, 18 January 2012

BOLEHKAH MANDI PADA WAKTU MALAM??


بسم الله الرحمن الرحيم


     
      Seringkali kita tidak digalakkan untuk mandi pada waktu malam.Ramai kalangan masyarakat Malaysia mengatakan amalan ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit seperti paru-paru berair.  

Menurut Dr. Anies Tan, seorang doktor perubatan di hospital swasta menjelaskan kajian menunjukkan yang mandi bukan sahaja boleh membersihkan badan daripada kotoran tetapi juga boleh menghilangkan stres.
Katanya, mandi memainkan peranan penting dalam mempertingkat sistem imun badan selain mengelak berlakunya penyakit kulit seperti ekzema dan masalah kesihatan lain. 

"Kebanyakan penyakit kronik antaranya diabetes, hipertensi, kegagalan buah pinggang dan masalah kardiovaskular muncul daripada kegagalan sistem dalam badan, cara pemakanan dan gaya hidup kita. Tiada bukti yang mengatakan mandi pada waktu malam boleh mendatangkan penyakit-penyakit ini," kata beliau. 

Menurut Dr. Tan, air mandian suam boleh membuka liang-liang roma badan dan membantu menghilangkan toksin.
"Mandi dengan air hangat boleh mengurangkan sakit otot dan membantu usus berfungsi dengan baik. Tapi kalau anda sedang mengalami stres, mandi dengan air sejuk boleh membantu. 

Tetapi bagaimana dengan isu mandi pada waktu malam? 

Kata Dr. Tan, negara ini mempunyai iklim tropika di mana cuacanya adalah panas dan lembab dan oleh itu mandi malam tidak mendatangkan kemudaratan.
"Lainlah kalau anda menghidapi pneumonia dan tinggal di negara yang mempunyai iklim musim sejuk. Mandi malam adalah baik kerana ia membersihkan badan daripada bakteria dan virus. 

"Amalan mandi adalah penting bagi gaya hidup sihat. Di hospital juga, pesakit yang boleh berjalan dan boleh mandi, memang kami galakkan mandi". Kata beliau, kegagalan mandi yang secukupnya boleh mendatangkan penyakit kulit dan juga bau badan. 

"Bakteria boleh bertindak pada peluh dan ini membangkitkan bau badan," katanya sambil menambah bahawa kesegaran mandi membuatkan badan lebih sihat, selain membersihkan bakteria daripada permukaan kulit. 

"Pembersihan kulit berlaku bila kita mandi. Lebih baik lagi jika kita menggunakan sabun antibakteria," katanya dan menerangkan prinsip yang sama pada amalan membasuh tangan. 

"Ia satu amalan kebersihan yang baik bila kita kerap basuh tangan terutama sebelum makan, sama juga bila kita mandi walaupun pada waktu malam," kata beliau.
Pemulihan badan 

Menurut Hassan, mandi adalah kaedah baik bagi merehatkan otot badan.
"Setelah bekerja sehari suntuk, otak dan badan anda perlukan rehat. Mandi pada malam hari (sebelum tidur) boleh membantu mengembalikan ketahanan fizikal dan emosi. 

"Terdapat banyak salah faham tentang isu mandi di waktu malam kerana ramai orang berpendapat ia lebih banyak mudarat daripada kebaikan termasuk mendatangkan penyakit," katanya. 

Jadi, adakah mandi malam sememangnya satu amalan tidak sihat? 

Kata Hassan: "Sudah tentu tidak. Ia bukan memudaratkan bagi orang yang sihat". Menurut Hassan, mandi menggunakan air hangat akan membuka liang roma dan membersihkan badan dengan mengeluarkan toksin dan memberikan kesan yang segar kepada seseorang itu. 

"Mandi juga membuatkan anda dapat tidur dengan lena dan membantu mengurangkan insomnia (susah untuk tidur)," tambah beliau. 

Menurut pengamal homeopati itu lagi, mandi adalah satu amalan semula jadi bagi memberi regangan kepada minda dan badan. 

Seseorang itu bukan hanya dapat tidur lena tetapi juga tidur dengan lebih lama jika beliau mandi sebelum tidur.
- Bernama 

Tetapi dari pembacaan di artikel http://emjayjb.multiply.com/journal/item/42?&show_interstitial=1&u=%2Fjournal%2Fitem, saya dapati kita tidak digalakkan untuk mandi malam disebabkan kesejukan air pada waktu malam menyebabkan paru-paru kita boleh berair. 

Pada artikel tersebut, kita digalakkan mandi pada mandi di antara masuk waktu magrib sehingga 45 minit sebelum subuh. 

Diriwayatkan oleh Ibnu 'Asim bahawa Huzaifah pernah mengerjakan qiam Ramadan bersama Rasulullah dan melihat bahawa baginda mandi pada malam itu.Ibnu Jarir pula berkata bahawa sahabat menyukai mandi pada malam-malam akhir ramadan. 

Ini bermakna mandi malam dibolehkan. Melalui pembacaan saya, paru-paru berair boleh berpunca dari pelbagai punca, termasuk jangkitan oleh bakteria, virus, fungi, atau parasit, dan kimia atau kecederaan fizikal kepada paru-paru. Puncanya juga boleh secara tidak rasmi digambarkan sebagai idiopathic—iaitu, tidak diketahui—apabila punca jangkitan telah disingkirkan.Simptom biasa dikaitkan dengan paru-paru berair termasuk batuksakit dadademam, dan sukar bernafas. 

PUNCA PARU-PARU BERAIR
1. Terjadi daripada penyakit pada paru-paru itu sendiri atau penyakit organ lain seperti jantung, hati dan buah pinggang.
2. Batuk kering (TB).
3. Jangkitan kuman di paru-paru.
4. kanser paru-paru atau lain-lain kanser.
5. Kolagen (collegen disease) sepertti ‘rhuemathoid’ ‘arthritis’, SLE dan sistem sterosis.
6. Kegagalan jantung.
7. Sindrom nefrotik (kehilangan protin dari buah pinggang).
8. Sirosis hati.
            10. Pneumonia (radang paru-paru).