Rasullullah s.a.w bersabda: “Puasa itu merupakan benteng atau perisai maka janganlah berkata keji dan mencaci. Seandainya ada orang yang mengajak berkelahi atau mencaci maka hendaklah dia berkata “saya berpuasa, saya berpuasa” (Riwayat Abu Hurairah)

Friday 13 July 2012

SaBaR ItU InDaH


بسم الله الرحمن الرحيم
 Disaat telingaku mendengar lagu2 yang ada dalam blog aku nie sambil memandang buih2 yang  keluar dari anak panah yang bergerak2 ni, aku teringat balik kejadian yang menimpa aku dan kawan2 ku baru-baru ini.. kita hanya mampu merancang, dan kekuasaan Allah lah yang menentukan segala2nya..


Kami hanya mampu bersabar atas apa yang berlaku dan akibat yang kami dapat daripada kejadian tersebut. Sabar itu sangat indah. Walaupun dihadapkan dengan pelbagai kritikan, hanya sabar yang menjadi pelindung emosi.  Mungkin ujian tersebut menjadi satu pengalaman buat kami supaya pada masa akan datang tidak lagi mengulangi kesalahan yang sama.
Alhamdulillah,apabila meletakkan keyakinan kepada Allah, maka semua perkara terjadi dijalani dengan tenang.  Itu tanda nya Allah masih sayang pada hambanya.

Sesungguhnya berbaloi orang yang bersabar kerana kelebihan orang yang bersabar ialah menjadi sumber kejayaan seperti dalam firman Allah dalam Surah al-Anfal ayat 8:
"Jika  ada 20 orang yang bersabar antaramu, nescaya mereka dapat mengalahkan 200 orang musuh. Dan jika ada 100 orang yang bersabar antaramu, nescaya mereka dapat mengalahkan 1000 daripada orang kafir"
Selain itu, kelebihan bersabar juga ialah mendapat ganjaran yang berganda, kepimpinan dan keyakinan yang mantap,menjadi golongan yang akan bersama-sama dengan Allah, menjadi salah satu cara kita memohon pertolongan Allah, beroleh maghrifah, disukai dan dipuji oleh Allah, serta malaikat mengucapkan salam kepada mukmin yang bersabar.

sabar itu menjadi wajib saat ditimpa musibah kerana orang yang bersabar, maka dia telah melaksanakan perintah Allah.

Tetapi dalam bersabar juga terdapat musuh2 yang menjadikan kita hilang kesabaran untuk bersabar seperti:
1. Tergesa-gesa
Ini terjadi disebabkan apa yang kita hajati lambat ditunaikan.
2. Putus asa
Ini terjadi apabila setelah kita melakukan sesuatu pekerjaan tersebut tetapi tidak membuahkan kejayaan.Setelah dicuba banyak kali akhirnya berputus asa. Allah telah berfiman dalam surah Yusuf ayat 12:"Dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat Allah melainkan golongan kafir".
3. Marah
Islam tidak pernah menghalang sifat marah tetapi marah diperlukan semasa islam dihina dan permainkan oleh musuh-musuh islam.Tetapi hakikat pada masa kini, marah hanya apabila kepentingan diri tergugat, bukan apabila agama tergugat.


Jadi, setiap ujian atau musibah yang dihadapi perlulah ditanam sifat sabar dan jauhilah musuh-musuh sabar tersebut.Sabar itu sangat indah  kerana sabar itu akan memberikan keindahan pada fizikal dan jiwa.

Sabar itu indah
Jika langit hendak runtuh
bagaimana jari hendak menahannya
kita hamba yang dibatasi takdir
Di situlah nokhtah segala tadbir

Hitungkan laut kesyukuran
Di pinggir pantai kesabaran
Carilah hikmah tuailah ikhtibar
sabarlah dalam bersabar

Betapa pun terasa  pahit
Janganlah hendaknya tercalar tauhid
sesungguhnya sabar itu indah
didikan terus daripada Allah

Ujian penebus dosa.
meningkatkan darjat
menambahkan pahala Bingkisan Tazkirah daripada yang Esa
Bagai ombak 
penghias samudera.

~Pahrol Muhammad Juoi~





5 comments:

  1. lagu blog tak masuk dengan isi yang nak disampaikan. Tu la, kerol.. ce tengok anak buah ko nie.. hahaha

    ReplyDelete
  2. eleh..lagu tu ikut mood jak..tapi bagi zue ada je kene mengena..

    ReplyDelete
  3. ahaa..
    Pirates of the Carribean..
    lagu ni bg semangat pada zue la..^_^

    sabar bermakna redha dengan segala ketentuan Allah..sbb itu ianya indah..
    sabar ye zue..^_^

    ReplyDelete