Rasullullah s.a.w bersabda: “Puasa itu merupakan benteng atau perisai maka janganlah berkata keji dan mencaci. Seandainya ada orang yang mengajak berkelahi atau mencaci maka hendaklah dia berkata “saya berpuasa, saya berpuasa” (Riwayat Abu Hurairah)

Saturday 27 October 2012

CiNdeReLLa Vs RePuNzeL


بسم الله الرحمن الرحيم


     Hehe...bila baca tajuk ni mesti ingat cerita dongeng kan..memang betul pun cerita dongeng..Buku ni adik saya beli tahun lepas..Dulu memang tak de mood nak baca cerita dongeng ..Tapi hari ni rasa sangat boring...Ingat nak study, tapi tak de mood pula mungkin disebabkan mood cuti dan petang tadi baru je habis baca buku ni..ada juga kan cerita dongeng Cinderella Vs Repunzel.. Selalu baca asing2 jer.. tapi yang ini lain dari yang lain... Buku ni hasil karangan  Ain Maisarah.. Jalan cerita yang direka pun ada berkait dengan hiburan tempatan..

    Ok, mesti yang tengah baca ni tak sabar nak dengar cerita tentang buku ni sampai saya katakan ia lain dari yang lain. Ceritanya sangat panjang, tapi saya bagi ringkasannya ye.


    Tizz mempunyai seorang abang bernama Fizz, Fizz koma akibat terlibat dengan satu kemalangan. Tizz selalu melawat Fizz dan membacakan cerita kepada Fizz supaya abangnya itu cepat sembuh. Ibunya Puan Hajah Zabedah  merupakan seorang guru di sekolah Tizz.Seperti hari2 biasa, Tizz pergi ke sekolah dan selepas tamat pembelajaran di sekolah, Tizz akan balik bersama dengan ibunya. Kebetulan, pada hari tersebut ibunya perlu menghadiri mesyuarat yang memakan masa 2 jam. Oleh kerana Tizz keletihan, sementara menunggu ibunya, dia mengambil keputusan untuk tidur, tetapi ibunya tidak membenarkan dia tidur di pejabat ibunya. Jadi, Tizz pun merayau di kawasan sekolahnya untuk mencari tempat untuk tidur. Sampai lah ke perpustakaan, dia menemui pintu yang agak usang dan lama. Tizz mazuk kedalam pintu tersebut dan menemui perpustakaan yang dipenuhi dengan buku cerita dongengan.


    Didalam perpustakaan itu, beliau menemui satu buku bertajuk himpunan kisah dongengan. Semasa sedang membaca kisah Cinderella, beliau tertidur. Dalam tidurnya itu, beliau memasuki alam dongengan tersebut dan berjumpa dengan abangnya Fizz. Fizz mengatakan dia menjadi pari2 di alam dongengan tersebut dan perlu menyelesaikan 10 kes di alam dongengan ( ada pula kes) , barulah dia dibebaskan.


     Jadi, Tizz pun mengambil keputusan untuk menolong abangnya tanpa sedar dia berada di alam lain.( Time ni timbul perasaan ingin tahu apa kaitan Cinderella dan Repunzel, setelah baca sampai cinderella pergi tari menari istana, tiba2 muncul repunzel.Repunzel datang dan merampas pandangan cinta pertama Cinderella) Semasa ini lah, Tizz dan Fizz menjadi pari2 kepada Cinderella dan menolong Cinderella untuk mendapatkan cintanya dan menamatkan kisah Cinderella dengan 'happily ever after'. 


     Tetapi pelik bukan, kenapa Repunzel ada dalam cerita cinderella. Repunzel pun memberitahu, beliau ada menilik masa hadapan (haram menilik nasib  ni) bahawa beliau akan di kurung di dalam menara dan akan berjumpa dengan puteranya setelah dikurung 3 tahun. Beliau rasa sangat takut dan bernekad untuk mencari putera yang dapat mengeluarkannya dari menara tersebut.


     Disini, pelbagai strategi dirancang untuk memujuk repunzel untuk menanti puteranya.Akhirnya,  seorang putera dipilih untuk mengalihkan pandangan repunzel keatas putera pilihan cinderella. Repunzel juga dijanjikan keseronokan berada di dalam menara tersebut.


     Jalan ceritanya menarik dan ia menggunakan element hiburan yang ada di Malaysia ni contohnya Era dongeng FM, DJ Pok Nel, Kedai Dobi kassim Selamat, Karnival Jom Hemo-hemo, putera Remey Shak, Putera Eron  Ezi dan macam2 lagi.. Ni mesti suka hiburan ni.erm.. sungguh tinggi imaginasinya.


     Tapi apa yang saya dapat dari buku ni, Keunikan cara berfikir. Memang sebelum ni tak pernah terfikir pun  cerita macam ni. Lagi satu, Kebecokan kucing burung yang bernama Milo menjadikan strategi mereka tidak berjaya dan menyebabkan orang lain berasa marah. Dan juga bagaimana repunzel memasang strategi untuk mengubah masa depannya. 


     Ok lah, itu lah yang dapat saya kongsikan. Rasa syok sangat baca buku cerita ni sampai saya pun ikut berimaginasi..Erm..bagaimana pula kalau kita apply imaginasi time study.. Pernah juga saya try, tapi sekali je dapat berimaginasi, then lepas tu dah tak dapat nak berimaginasi. Ada juga orang bagi nasihat, bila kita study perlu guna imaginasi, baru masuk..hehehe..


P/S : Terima kasih kerana membaca..walaupun bila saya baca balik blog ni, rasa kelakar pula.
tak tahu lepas ni boleh tulis lagi ke tak blog ni..ok selamat malam.. Anneoung..
Wassalam.
   

9 comments:

  1. semangatnya bercerita.. btw, cerita yg menarik.. so ape khulasah dr cerita ni ye? mohon pencerahan..

    ReplyDelete
  2. khulasahnya.. perlunya berfikir secara kreatif untuk mendapatkan cerita yang menarik...bukan sahaja dalam bercerita atau menulis karangan, tetapi dalam gerak kerja pun perlunya pemikiran yang kreatif, kita pun boleh juga apply daya imaginasi ni dalam study... jadi, ada apa2 pandangan dari dafinullah??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah, mantap! daya imaginasi pun perlu.. tapi jgn sampai terlebih imaginasi sehingga tk mampu nk capai apa yg diimaginasikan.. tp tu boleh dijadikan sebagai catalyst tuk berjaya.. pemikiran yg kreatif pun perlu, so kena banyak brainstorming la dlm meeting.. tk bole diam je.. kan?

      Delete
  3. Replies
    1. erm..ok baik..saya tahu apa Haffzone nak bagitahu...

      tolong jgn jadi budak2 dan tolong jgn post bende ni kan??

      Delete