Rasullullah s.a.w bersabda: “Puasa itu merupakan benteng atau perisai maka janganlah berkata keji dan mencaci. Seandainya ada orang yang mengajak berkelahi atau mencaci maka hendaklah dia berkata “saya berpuasa, saya berpuasa” (Riwayat Abu Hurairah)

Thursday 22 November 2012

MaSa YaNg BeRlaLu


             بسم الله الرحمن الرحيم

       Semasa kecil, banyak perkara yang menyeronokkan berlaku. Tapi aku masih ingat lagi, waktu itu aku ingin cepat membesar menjadi orang dewasa, rasa macam seronok je tengok orang dewasa, ye lah  boleh buat sesukahati dia je. Tapi selalu juga akak2 atau abang2 kata yang waktu kecil adalah perkara yang menyeronokkan.. aku pun tak faham seronok yang macam mana tu.. Hingga lah aku dewasa barulah aku sedar yang waktu kecil memang sangat menyeronokkan. Lebih-lebih lagi semasa alam persekolahan, dapat kenal ramai kawan.  selepas balik je dari sekolah terus tukar baju, pergi belakang rumah, tunggu kawan dan bila kawan dah sampai terus memikirkan aktiviti yang nak dilakukan pada petang tersebut.... Antara aktiviti yang dilakukan, main kejar2, pergi memancing, cari tebu, tolong ayah berkebun, main basikal dan macam2 lagi2 la.. habis sekeliling rumah kami semua teroka, kalau hujan, teroka pula kat dalam rumah..hahaha..tapi tu dulu, sekarang macam2 nak kene buat, dah tak sempat dah nak teroka..

            Masa itu sekejap sahaja berlalu, dulu aku masih ingat time darjah 6, aku selalu memikirkan apa yang akan terjadi pada tahun akan datang dan menunggu tahun tersebut, kadang2 bersembang juga dengan kawan2 nanti dah besar nak jadi apa, nak buat apa..ye la budak2 kan, apa la yang dia tahu..Lepas tu perbincangan itu pun berlalu begitu sahaja tanpa ada sebarang tindakan..huhu bagus kan..hahha..

            Ha..sekarang ni kan pasal palestin. Time aku kecil dulu aku pun mengetahui tentang nasib rakyat palestin.. tapi apabila semakin membesar banyak pula cerita tentang saudara seislam ku di tindas.. Syria, myammar, palestin.. Oh, memang masa cepat berlalu. Dulu time kecil selalu merasakan lambatnya masa berlalu, tetapi bila dah dewasa, memang merasai kecepatan waktu berlalu...Begitu juga dengan kawan ku,dari kecil sampai lah besar kawanku berbeza2 ..Tapi aku masih lagi contact dengan kawan2 zaman kecilku...Tapi aku takut, pantasnya waktu berlalu menyebabkan aku tidak sedar yang aku bukan lagi berada di alam ini.

            Jadi, gunakanlah waktu yang ada dengan perkara yang disukai, takut nanti kita tidak boleh melakukan perkara itu lagi..

             
p/s : memang macam2 nak buat tapi banyak pula perkara yang menyebabkan tidak dapat buat apa yang kita sukai, jadi saya akan cuba menyukai segala perkara yang dilakukan..sekian


"Sukailah setiap apa yang anda lakukan"

wassalam
            

5 comments:

  1. comel je zue..=)

    sukailah kucing..hehe

    ReplyDelete
  2. dari kecik tau hal palestin mantap la zu,,,

    ReplyDelete
  3. bukan.. yela tahu la sikit2..dulu mengadap tv jer.. tapi itu je la yang tahu.. yang lain tak tahu..tapi itu la..peristiwa memali pun tak tahu

    ReplyDelete
  4. tapi zu sekarang da besar ke? huhu

    ReplyDelete