Rasullullah s.a.w bersabda: “Puasa itu merupakan benteng atau perisai maka janganlah berkata keji dan mencaci. Seandainya ada orang yang mengajak berkelahi atau mencaci maka hendaklah dia berkata “saya berpuasa, saya berpuasa” (Riwayat Abu Hurairah)

Wednesday 28 November 2012

MaKaNaN YanG SeDaP


             بسم الله الرحمن الرحيم

    " Ustaz!! nak pi mana?" kataku. "ustaz nak pegi beli beras, nak ikut ke..jom ustaz belanja"kata ustaz Gabr. "tak pe la ustaz..saje je tanya.."kataku. Selalunya pada waktu2 petang Ustaz Gabr akan beli bahan2 untuk masak something yang kami selalu tunggu pada waktu malam. yela duduk asrama la katakan. Makanan la yang menjadi topic utama dalam sekolah selain topic  ponteng or lain2 (sengalkan, sampai pengetua nak tarik perhatian kami pun sampai ubah menu yang sedap2 hahah). Ustaz Gabr sebenarnya berasal dari mesir dan sewaktu aku bersekolah tingkatan 3, beliau sudah 2 @ 3 tahun menetap di Malaysia. Beliau juga menjadi cikgu kesayangan di sekolah kami kerana sifat ramah sangatnya dan selalu je nak mengusik. Disekolah tersebut, beliau mengajar subject bahasa arab. Time dia mengajar banyak keluar slag bahasa arabnya yang mana menarik perhatian kami. yang aku tak boleh lupa bila dia tanya something kat seseorang dan orang tu salah jawab, dia pun cakap   "uh..makan rumput"..haha.

     Ok..berbalik pula pada makanan yang dimasak oleh ust Gabr. Malam tu lepas je habis Prep(kelas malam) terus je kami jumpa ust Gabr. " ust.. nak beli Roz Bil Laban, perisa strawberi satu"kataku. huuhuh..itu la yang kami selalu tunggu. Sape pernah makan??Time first2 makan tu memang rasa pelik la ...Al-maklumlah makanan dari timur tengah... then, ust Gabr pun dengan kreatifnya menambah perisa kedalam ros bil laban tu..then baru lah terasa best makan. erm.. itu time PMR... mmg satu tahun semasa PMR tu rasa macam sekolah dah jadi kampung bagi kami. Roz bil laban tu sejenis makanan yang rupanya seperti dadih tapi dalamnya ada nasi dan susu dan rasanya manis. Untuk ros bil laban original berwarna putih. Yang berwarna-warni adalah apabila ditambah dengan perasa.

     Dan pada hari ini.. bila cakap pasal makanan, teringat pula kat ust Gabr dengan makanan dan usikannya..ceh.. Tapi bila teringat rakyat palestin disana mereka tiada makanan. Nak merasa makanan sedap pun jauh sekali.. sangat bersyukur masih ada makanan untuk dimakan. tapi itu la..hidup mesti diteruskan...semoga keadaan disana cepat pulih...

     setakat ni jela..tak de apa nak update.hanya ingin berkongsi pengalaman. Yela mana tahu ada juga yang tak tahu roz bil laban tu apa. Kalau nak try buat, di persilakan...ni saya bagi resepi nak buat. Tapi saya tak pernah cuba lagi.

Bahan-bahannya:
~100 gram beras dan air secukupnya
~1 tin (400ml) susu cair rendah lemak
~600 ml air
~200 – 250 gram gula
~5 sudu besar tepung beras1 sudu teh esen vanilla½ -
~ 1 sudu besar air mawar,serbuk kayu manis,kacang badam,kacang pistachios,kismis

Cara-caranya
1. Cuci bersih beras dan masukkan kedalam periuk tuangkan secukup air atas sedikit dari paras beras dan masak sehingga berasnya bertukar menjadi nasi. Kemudian nasinya ditoskan dan dibilas dengan air sejuk. Ketepikan.
2. Kemdian tuang susu cair dan juga 600 ml air kedalam periuk dan masukkan nasi tadi dan biarkan ia mereneh dengan api sederhana besar. Kena dikacau selalu agar dasarnya tidak hangus. Masak selama 10 – 15 minit sehingga nasinya kembang dan susunya mereneh.
3. Masukkan pula gula, esen vanilla dan air mawar dan kacau lagi. Tepung beras dibancuh dengan sedikit air dan kemudian dimasukkan kedalam periuk dan kacau pudding selalu dengan senduk kayu menggunakan api sederhana kecil sehingga ia memekat sedikit dalam 5 – 10 minit.4. Kemudian tuangkan kedalam bekas dan sejukkan dalam peti sejuk. Sewaktu hendak menghidang taburkan permukaannya dengan serbuk kayu manis, kacang badam, kacang pistachios dan kismis. Enak juga dihidangkan dengan buah-buahan segar seperti peach atau strawberi.

ok tapi rasanya simple je..ok wassalam. Anneong.

p/s: last word for the FOOT COOKER ...selamat mencuba..hehhe

6 comments:

  1. jgn post resepi je... try la buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak buat tapi tak de masa..tgh tggu orang lain tolong buatkan..heh

      Delete
  2. Replies
    1. bukan la..nampak je mcm bubur tapi rasa dia manis la

      Delete
  3. Nama resepi macam menarik. try la buat zuwie..huhu.. bagus betul pengalaman zuwie nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah..sengal la dhon..tu nama makanan tu..ye la.. makanan tu dari mesir kot..huhu..

      Delete