Rasullullah s.a.w bersabda: “Puasa itu merupakan benteng atau perisai maka janganlah berkata keji dan mencaci. Seandainya ada orang yang mengajak berkelahi atau mencaci maka hendaklah dia berkata “saya berpuasa, saya berpuasa” (Riwayat Abu Hurairah)

Tuesday, 25 December 2012

LaGu Ni BeSt


             بسم الله الرحمن الرحيم

        Sungguh sedap lagu ini bile didengar, tapi sayangnye tak tahu pengertiannya apa. Tapi jika ada sesiapa yang sudi memberi pengertiannya, saya sangat mengalu-alukannya. Lagu nipun kawan yang perkenalkan.. memang lagu arab sangat sedap didengar. Ingin sangat mengetahui apa pengertiannya.


Tapi mungkin kah cerita ni sama dengan pengertian lagu tu?? erm.. tapi tak mungkin..tapi saya nak tahu..



p/s: suka lagu arab tapi bile belajar bahasa arab terasa sangat payah nak menghafal.erm..
tapi jgn terlalai sudah..


Monday, 24 December 2012

Sunday, 23 December 2012


Tiba-tiba jer..koya..ah..sudah la.
-dont be like this-



Saturday, 22 December 2012

HiKmaH..


             بسم الله الرحمن الرحيم

   Semua pastinya pernah merasai sakit. Aku pun pernah merasai sakit. Banyak perkara yang tidak menyenangkan bila sakit datang.  Pasti ada hikmahnya Allah mendatangkan sakit kepada kita. Ye la , disaat kita kesakitan pastinya kita teringat akan kematian. Always say Alhamdulillah bila Allah datangkan sakit kerna itu tandanya Allah masih sayangkan kita lagi dan memberi peringatan kepada kita. Sesekali pasti kita mendengar ada yang meninggalkan dunia ini tanpa diberi sebarang peringatan ...InsyaAllah always be prepared for died..

     Tapi, iman itu seringkali turun naik dan membuatkan kita leka, lebih2 lagi jika tiada diberi peringatan. Aku pun seringkali merasai perkara yang sama yang mana leka dengan apa yang ada di dunia ini. Terasa sedikit persiapan yang dibuat untuk melangkah ke alam lain. Memang itulah manusia, bila diberi nikmat, kita tak bersyukur,tapi bila di uji mulailah menyesal dengan perkara yang telah dilakukan. 

Bersyukurlah dengan  5 perkara ini sebelum datangnya 5 perkara lain:

 Sihat sebelum datangnya sakit
kaya sebelum miskin
lapang sebelum sibuk 
muda sebelum tua
hidup sebelum mati

p/s:Nak study..ok wassalam..^_^

Wednesday, 19 December 2012

DaNgeRoUs.


             بسم الله الرحمن الرحيم


Dari Usamah Bin Zaid –radhiyallahu anhu- beliau berkata: Rasulullah –shalallahu 'alaihi wasallam- bersabda:

«قُمْتُ عَلَى بَابِ الْجَنَّةِ فَإِذَا عَامَّةُ مَنْ دَخَلَهَا الْمَسَاكِينُ، وَإِذَا أَصْحَابُ الْجَدِّ مَحْبُوسُونَ إِلاَّ أَصْحَابَ النَّارِ فَقَدْ أُمِرَ بِهِمْ إِلَى النَّارِ وَقُمْتُ عَلَى بَابِ النَّارِ فَإِذَا عَامَّةُ مَنْ دَخَلَهَا النِّسَاءُ». رواه مسلم (رقم:7113).

"Aku berdiri di depan pintu syurga, lalu (kulihat) kebanyakkan orang yang masuk kedalamnya adalah orang orang miskin, dan orang orang yang kaya di tahan kecuali penghuni neraka mereka di suruh untuk masuk keneraka, dan aku berdiri di depan pintu neraka maka (kulihat) kebanyakkan yang masuk kedalamnya adalah wanita". (H. R Muslim, no. 7113).   


Imam Qurthubi rahimahullah mengomentari hadits di atas seraya berkata:

(قال علماؤنا: إنما كان النساء أقل ساكني الجنة لما يغلب عليهن من الهوى و الميل إلى عاجل زينة الدنيا لنقصان عقولهن أن تنقدن بصائرها إلى الأخرى فيضعفن عن عمل الآخرة والتأهب لها ولميلهن إلى الدنيا والتزين بها و لها ثم مع ذلك هن أقوى أسباب الدنيا التي تصرف الرجال عن الأخرى لما لهم فيهن من الهوى والميل لهن فأكثرهن معرضات عن الآخرة بأنفسهن صارفات عنها لغيرهن سريعات الانخداع لداعيهن من المعرضين عن الدين عسيرات الاستجابة لمن يدعوهن إلى الأخرى و أعمالها من المقتين). التذكرة

Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk Surga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka, kecondongan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat karena kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal. Kemudian mereka juga sebab yang paling kuat untuk memalingkan kaum pria dari akhirat dikarenakan adanya hawa nafsu dalam diri mereka, kebanyakan dari mereka memalingkan diri-diri mereka dan selain mereka dari akhirat, cepat tertipu jika diajak kepada penyelewengan terhadap agama dan sulit menerima jika diajak kepada akhirat.” (Jahannam Ahwaluha wa Ahluha halaman 29-30 dan At Tadzkirah halaman 369)
Sungguh bahaya perempuan itu. Seringkali aku tidak memandang peringatan ini. Tapi tiba2 sahaja teringat. Memang perempuan itu dijadikan indah dan disebalik keindahan itulah perlu dijaga agar tidak terjerumus ke arah kemungkaran. Oleh itu Allah sudah menggariskan panduan untuk menjaga diri .
Dalam surah An-Nuur ayat 30-31 ada menggariskan panduan tersebut,
 “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat “. Dan pada ayat berikutnya “Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya” .
Tapi bergembiralah wanita, kerna semua tersebut tidak akan terjadi jika kamu adalah Asiah isteri firaun dalam ketabahan, Aisyah isteri rasulullah dalam kedalaman ilmu agama, siti khadijah dalam kedermawanan, maryam dalam menjaga kehormatan, fatimah dalam keluhuran budi pekerti dan hajar isteri ibrahim dalam kesetiaan kepada suami, kasih sayang kepada anak serta ketaatan kepada Allah. Sungguh istimewa wanita,  dan tanpa wanita, kaum adam akan patah sayap kirinya. Saat Allah menciptakan nabi adam pun, Allah menciptakan Hawa untuk menjadi pelengkap dalam hidup nabi adam yang kesunyian.Cuma wanita perlulah berhati-hati menjaga dirinya agar tidak rosak dan tidak merosakkan.

p/s: semoga aku dijauhi dari menjadi ahli neraka. Sesungguhnya aku tak layak kesyurga Mu, Tapi aku tak  sanggup untuk ke neraka-mu. Sentiasalah beri peringatan kepadaku..

Wassalam..^^


Sunday, 16 December 2012

PeRinGaTaN UnTuKKu DaN UnTuKMu


             بسم الله الرحمن الرحيم


"Ya Allah, apa yang aku dah buat ni, semoga aku tidak terpengaruh lagi dengan nafsu yang tidak membawa apa2 "

"Berikan aku 10 orang pemuda,maka aku akan goncang dunia ini." (Soekarno)



Kagum melihat semangat generasi sebelum ini, dan semangat mula membara.

p/s : pabila sering terpesong, ada kawan yang menegur.Alhamdulillah, aku masih lagi diberi kesedaran.Ingin menjadi seperti mereka.. .menentang segala musuh2 islam....Semoga sentiasa diberi peringatan.. dan ini bukan sahaja untukku.. untuk mu juga..


wassalam..
Chayok zue..heheh

Saturday, 15 December 2012

 Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa,
Ia tak dapat dijual beli 
Ia tiada ditepian pantai,
Walau apapun caranya jua,
Engkau mendaki gunung yang tinggi,
Engkau merentas lautan api, 
Namun tak dapat jua dimiliki

"  jika tidak kembali pada Allah "

CoMeLnYe Dia..


             بسم الله الرحمن الرحيم

    Dia adalah makhluk tuhan yang dijadikan begitu comel. Apabila aku bertemu sahaja dengannya, pastinya aku geram melihat kecomelannya.Penat seharian melakukan pelbagai perkara akan hilang begitu sahaja, bila melihat kecomelannya. Sungguh comelnya dia.
Ingin sahaja aku membawanya pulang, tapi apakan daya, kita berbeza dan mungkin disebabkan kesibukan ku takut aku tidak dapat menjagamu. Hanya gambar sahaja yang sering menjadi tatapanku setiap kali teringat akan kecomelanmu.

      Seringkali pabila melihat tingkah lakumu, ku rasakan aku bukan keseorangan. Melihatmu sahaja, banyak fikiranku melayang. Ku sering berfikir bagaimana boleh kau keseorangan walaupun kau tiada ibu dan bapa lagi. Bila bertemu dengan makhluk yang sama sepertimu pastinya kadang2 kau disapa.Oh walaupun tidak kenal, masih lagi menyapa. itulah yang sering dianjurkan oleh islam, menegur sesama saudara even tak kenal. (tak de ayat lagi)

     Dan conclusionnyer, kucing sangat comel dan boleh menyejukan hati semua yang ketensionan. Dan walaupun dia tiada ibu dan ayah, ia tak tension pun, walaupun tidak dapat makanan, ia tetap berusaha mencarinya untuk meneruskan kehidupannya..



Thursday, 13 December 2012

KeLuaR GeLaP, BaLiK GeLaP


             بسم الله الرحمن الرحيم

     Mungkin itu sahaja yang dapat dikatakan. Sudah 3 hari perkara itu berlaku kepadaku, mungkin disepanjang kembara ilmuku ini tidak pernah aku rasai begitu,menjadikan diriku agak terkejut dan sedikit melatah. Kawanku juga merasai begitu,tapi alhamdulilah, masih lagi merasa bersyukur kerana boleh lagi pulang kerumah. Dan alhamdulilah, hari ini aku diberi peluang untuk melihat matahari di sepanjang jalan pulangku.

        Minggu ini memang boleh dikatakan sedikit sibuk, almaklumlah final exam pun semakin hampir menghampiriku. Jadi, aku kayuhkan kaki agar masa yang masih tersisa ini dapat aku persiapkan diri untuk berjumpa dengan kawan karipku itu. Sudah berapa kali air mataku mengalir mengenangkan diri yang masih lalai dan leka . Walaupun begitu, seringkali aku bermonolog sendiri, mengapa terjadi bergini. Tiada siapa yang perlu dipersalahkan kerana itu kehendak sendiri. Tapi hasutan 7 nafsu terkadang menyebabkan aku kalah dalam perjuangan tersebut. Lalu bila tersasar, mula merasa menyesal dan mula air mata mengalir. Semoga aku tidak terlalu tersasar dari landasan.

       Bila difikirkan balik, itulah kehidupan yang mana banyak dugaan yang perlu dihadapi dan pelbagai duri yang sentiasa menanti. Bukan namanya kehidupan tanpa cabaran. Jika hidup yang tiada cabaran dan its going good in all time, ku rasakan tidak seronok dan tiada nikmat hidup. Bila kita dah hadapi cabaran tersebut, itulah yang menjadikan kita kuat dan  pengalaman itu menjadi ingatan kepada kita bila kita sudah lama melaluinya. Maka mereka yang pernah melalui pengalaman tersebut akan menjadi senior bagi generasi akan datang. Generasi tersebut juga akan melaluinya dan maka itulah, mereka yang senior menjadi teladan bagi generasi tersebut.

p/s : maafkan diri ini yang sentiasa melatah dengan ujian yang diberi. Semoga setiap ujian itu ada hikmah dan setiap penyesalan dapat menghentikan latah ku itu. 

-aku hanyalah bunga yang baru berkembang dan tidak pasti aku akan mengeluarkan bau yang harum , cuma aku akan pastikan kelopak2 itu akan berkembang.insyaAllah.-

Wassalam..
    
     

Wednesday, 12 December 2012

StaGe 1


             بسم الله الرحمن الرحيم


      "sue, kursus tu start kul 8 ye.." kataku untuk mengingatkan dia tentang waktu. " ye, baik" katanya. Sambil aku bersiap, aku mengerling kearahnya untuk memastikan dia pun bersiap. Setelah aku bersiap, aku pun turun untuk menuggu bas ke kampus. Hari ini, di kampusku ada kursus penulisan islami, dan aku merupakan salah seorang peserta kursus tersebut. Pada mulanya aku tidak mengetahui kursus ini berkaitan dengan apa, tapi kawanku lah yang memperkenalkan kursus ni.Aku pun nampak kesungguhan kawanku itu mengajak ku untuk pergi kursus tersebut, mungkin dia mahu menolongku dalam bidang penulisan. ye, aku pun merasai kekurangan yang aku hadapi semasa menulis.Tapi kawanku itu tidak dapat datang, kesiannya dia. tapi atas permintaan dia, aku akan menghuraikan sedikit tentang kursus tersebut dan apa yang aku fahami.hehhe
   
      Bila menulis memerlukan pembacaan yang banyak dan mesti kaya dengan metafora untuk membuat ayat berbunga2. Jika kita tidak membaca dan tiada metafora maka penulisan kita seakan tidak bernilai. Begitu lah apa yang ust pahrol sampaikan. Lagi satu, apabila menulis, kita tidak boleh semasa keadaan tension, perlu tubuh yang sihat dan spritual yang tinggi cthnya keyakinan. Dalam kursus penulisan ni, banyak peribahasa, metafora dan kata2 menarik yang diberikan oleh Ust Pahrol. Dalam bidang penulisan juga perlunya kita membentuk diri dulu sebelum menulis.  Penulis itu juga merupakan pendakwah, pendidik dan pemimpin. Selain itu, penulisan juga boleh dikategorikan kepada 3 iaitu maklumat( pandai), ilmu (cerdik) dan hikmah(bijak). Sebenarnya, banyak lagi tips yang beliau berikan. Itu untuk modul pertama tentang jiwa penulis, kekuatan dan cabaran yang dihadapi.

     Selepas itu masuk pula modul strategi menguasai minda membaca. Modul ini juga disampaikan oleh ust Pahrol.Tapi apa yang boleh saya summary kan tentang modul ini, tulisan yang ingin kita tulis perlulah memberi maklumat, menghiburkan, meyakinkan,dan mempengaruhi.

     Selepas itu, modul dakwah bi al-hikmah yang mana disampaikan sendiri oleh Hasrizal Abdul Jamil (blog saifulislam). Beliau merupakan anak murid kepada ust Pahrol, yang mana Ust Pahrol pernah mengedit penulisan beliau untuk dijadikan buku. Tapi apa yang dapat dalam modul ni, bagaimana cara kita nak memulakan penulisan, dan menulis penulisan yang menarik. Apa yang disimpulkan kat sini kalau nak memulakan blog atau ingin menulis berkenaan yang menyentuh sensitivi, kita perlulah bijak membuat ayat yang menyeru bukan menyuruh didalam blog, dan penulisan itu perlu nya ada hikmah.

     Peribahasa cina ada menyatakan apabila BILA MURID BERSEDIA, GURU TIBA. jadi fikirkan la maksudnya.  bila kita nak belajar pape dari orang tu secara tak sedar orang itu sudah menjadi guru pada kita. Manakala dari perkataan yang dipetik dari Hamka pula, dahulukan kebenaran dari keindahan dalam menulis perkataan. Perlu ayat yang berbunga2 dalam menyeru sesuatu tapi apabila ia 'urgent' tidak perlulah ayat yang berbunga2.

lastly, menyeru bukan menyuruh, memujuk bukan mengutuk dan mengajak bukan mengajar. aspek ini perlulah sentiasa diterapkan dalam penulisan agar pembaca boleh menikmati hikmah yang ingin kita sampaikan. Menulis dari hati adalah yang paling bermakna dalam penulisan.

P/S : masih belajar menulis, walaupun tak sehebat kawan2 lain, semoga sentiasa diberi hidayah untuk mengamalkan apa yang dipelajari. dari Salman Farisi, hati yang gelap ialah
1. apabila diberi ilmu, ia tidak diberi kemampuan untuk amalkan
2. Ada peluang duduk dengan orang soleh, tapi tidak dapat teladan
3. diberi peluang untuk beramal, tapi tidak ikhlas dalam menjalankannya.

wassalam..