بسم الله الرحمن الرحيم
Dari Usamah Bin Zaid –radhiyallahu anhu- beliau berkata: Rasulullah –shalallahu 'alaihi wasallam- bersabda:
«قُمْتُ عَلَى بَابِ الْجَنَّةِ فَإِذَا عَامَّةُ مَنْ دَخَلَهَا الْمَسَاكِينُ، وَإِذَا أَصْحَابُ الْجَدِّ مَحْبُوسُونَ إِلاَّ أَصْحَابَ النَّارِ فَقَدْ أُمِرَ بِهِمْ إِلَى النَّارِ وَقُمْتُ عَلَى بَابِ النَّارِ فَإِذَا عَامَّةُ مَنْ دَخَلَهَا النِّسَاءُ». رواه مسلم (رقم:7113).
"Aku berdiri di depan pintu syurga, lalu (kulihat) kebanyakkan orang yang masuk kedalamnya adalah orang orang miskin, dan orang orang yang kaya di tahan kecuali penghuni neraka mereka di suruh untuk masuk keneraka, dan aku berdiri di depan pintu neraka maka (kulihat) kebanyakkan yang masuk kedalamnya adalah wanita". (H. R Muslim, no. 7113).
Imam Qurthubi rahimahullah mengomentari hadits di atas seraya berkata:
(قال علماؤنا: إنما كان النساء أقل ساكني الجنة لما يغلب عليهن من الهوى و الميل إلى عاجل زينة الدنيا لنقصان عقولهن أن تنقدن بصائرها إلى الأخرى فيضعفن عن عمل الآخرة والتأهب لها ولميلهن إلى الدنيا والتزين بها و لها ثم مع ذلك هن أقوى أسباب الدنيا التي تصرف الرجال عن الأخرى لما لهم فيهن من الهوى والميل لهن فأكثرهن معرضات عن الآخرة بأنفسهن صارفات عنها لغيرهن سريعات الانخداع لداعيهن من المعرضين عن الدين عسيرات الاستجابة لمن يدعوهن إلى الأخرى و أعمالها من المقتين). التذكرة
“Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk Surga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka, kecondongan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat karena kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal. Kemudian mereka juga sebab yang paling kuat untuk memalingkan kaum pria dari akhirat dikarenakan adanya hawa nafsu dalam diri mereka, kebanyakan dari mereka memalingkan diri-diri mereka dan selain mereka dari akhirat, cepat tertipu jika diajak kepada penyelewengan terhadap agama dan sulit menerima jika diajak kepada akhirat.” (Jahannam Ahwaluha wa Ahluha halaman 29-30 dan At Tadzkirah halaman 369)
Sungguh bahaya perempuan itu. Seringkali aku tidak memandang peringatan ini. Tapi tiba2 sahaja teringat. Memang perempuan itu dijadikan indah dan disebalik keindahan itulah perlu dijaga agar tidak terjerumus ke arah kemungkaran. Oleh itu Allah sudah menggariskan panduan untuk menjaga diri .
Dalam surah An-Nuur ayat 30-31 ada menggariskan panduan tersebut,
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat “. Dan pada ayat berikutnya “Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya” .
Tapi bergembiralah wanita, kerna semua tersebut tidak akan terjadi jika kamu adalah Asiah isteri firaun dalam ketabahan, Aisyah isteri rasulullah dalam kedalaman ilmu agama, siti khadijah dalam kedermawanan, maryam dalam menjaga kehormatan, fatimah dalam keluhuran budi pekerti dan hajar isteri ibrahim dalam kesetiaan kepada suami, kasih sayang kepada anak serta ketaatan kepada Allah. Sungguh istimewa wanita, dan tanpa wanita, kaum adam akan patah sayap kirinya. Saat Allah menciptakan nabi adam pun, Allah menciptakan Hawa untuk menjadi pelengkap dalam hidup nabi adam yang kesunyian.Cuma wanita perlulah berhati-hati menjaga dirinya agar tidak rosak dan tidak merosakkan.
p/s: semoga aku dijauhi dari menjadi ahli neraka. Sesungguhnya aku tak layak kesyurga Mu, Tapi aku tak sanggup untuk ke neraka-mu. Sentiasalah beri peringatan kepadaku..
Wassalam..^^
p/s: semoga aku dijauhi dari menjadi ahli neraka. Sesungguhnya aku tak layak kesyurga Mu, Tapi aku tak sanggup untuk ke neraka-mu. Sentiasalah beri peringatan kepadaku..
Wassalam..^^
semoga menjadi wanita solehah zu..
ReplyDeletechaiyokk..!
:)
sama juga dengan mimi..insyaAllah.. tapi seyes..memang menakutkan...
DeletePerfection is impossible, tapi the efforts to be a better Muslimah tu yang matters
ReplyDeletebetul tu dhon..its impossible to be perfect..
Deletebut impossible is nothing.. - Nike
Delete