Rasullullah s.a.w bersabda: “Puasa itu merupakan benteng atau perisai maka janganlah berkata keji dan mencaci. Seandainya ada orang yang mengajak berkelahi atau mencaci maka hendaklah dia berkata “saya berpuasa, saya berpuasa” (Riwayat Abu Hurairah)

Thursday 13 December 2012

KeLuaR GeLaP, BaLiK GeLaP


             بسم الله الرحمن الرحيم

     Mungkin itu sahaja yang dapat dikatakan. Sudah 3 hari perkara itu berlaku kepadaku, mungkin disepanjang kembara ilmuku ini tidak pernah aku rasai begitu,menjadikan diriku agak terkejut dan sedikit melatah. Kawanku juga merasai begitu,tapi alhamdulilah, masih lagi merasa bersyukur kerana boleh lagi pulang kerumah. Dan alhamdulilah, hari ini aku diberi peluang untuk melihat matahari di sepanjang jalan pulangku.

        Minggu ini memang boleh dikatakan sedikit sibuk, almaklumlah final exam pun semakin hampir menghampiriku. Jadi, aku kayuhkan kaki agar masa yang masih tersisa ini dapat aku persiapkan diri untuk berjumpa dengan kawan karipku itu. Sudah berapa kali air mataku mengalir mengenangkan diri yang masih lalai dan leka . Walaupun begitu, seringkali aku bermonolog sendiri, mengapa terjadi bergini. Tiada siapa yang perlu dipersalahkan kerana itu kehendak sendiri. Tapi hasutan 7 nafsu terkadang menyebabkan aku kalah dalam perjuangan tersebut. Lalu bila tersasar, mula merasa menyesal dan mula air mata mengalir. Semoga aku tidak terlalu tersasar dari landasan.

       Bila difikirkan balik, itulah kehidupan yang mana banyak dugaan yang perlu dihadapi dan pelbagai duri yang sentiasa menanti. Bukan namanya kehidupan tanpa cabaran. Jika hidup yang tiada cabaran dan its going good in all time, ku rasakan tidak seronok dan tiada nikmat hidup. Bila kita dah hadapi cabaran tersebut, itulah yang menjadikan kita kuat dan  pengalaman itu menjadi ingatan kepada kita bila kita sudah lama melaluinya. Maka mereka yang pernah melalui pengalaman tersebut akan menjadi senior bagi generasi akan datang. Generasi tersebut juga akan melaluinya dan maka itulah, mereka yang senior menjadi teladan bagi generasi tersebut.

p/s : maafkan diri ini yang sentiasa melatah dengan ujian yang diberi. Semoga setiap ujian itu ada hikmah dan setiap penyesalan dapat menghentikan latah ku itu. 

-aku hanyalah bunga yang baru berkembang dan tidak pasti aku akan mengeluarkan bau yang harum , cuma aku akan pastikan kelopak2 itu akan berkembang.insyaAllah.-

Wassalam..
    
     

2 comments:

  1. Pengalaman hidup mengatakan bahawa, orang yang diuji, pasti Allah mahu memberi sesuatu yang lebih baIk lagi. Maka, sabar,ikhlas dan redhalah dengan ujian yang mendatang.


    ~Ujian hebat milik orang yang hebat.
    -
    via matahary

    ReplyDelete