Rasullullah s.a.w bersabda: “Puasa itu merupakan benteng atau perisai maka janganlah berkata keji dan mencaci. Seandainya ada orang yang mengajak berkelahi atau mencaci maka hendaklah dia berkata “saya berpuasa, saya berpuasa” (Riwayat Abu Hurairah)

Friday 19 July 2013

TiDaK DiPeRluKaN LaGi

aku sangat  cemburu kepada mereka, dapat pergi kemana2 yang mereka mahu, dapat buat apa yang mereka mahu, sedangkan aku,mahu pergi kemana, aku perlu memikirkan kenderaan yang akan aku naiki, aku perlu memikirkan dimana tujunya nanti, aku perlu menyakinkan ayahku bahawa aku boleh berjalan dicelah orang ramai, dan aku perlu hilangkan kerisauan ayahku kerna aku keseorangan untuk berjalan (seorang perempuan berjalan keseorangan) , tetapi mereka menyatakan aku tidak mahu menjadi mereka... seakan aku seperti seorang yang jahat, sudah tidak mahu mengikut mereka setelah janji dilafazkan..Allah, sungguh terseksa batin aku kerna hanya aku tidak mempunyai kenderaan.. Acapkali aku rasa diri dihina hanya kerana aku tidak mempunyai kenderaan.. sungguh aku telah berusaha tapi aku tahu aku tidak sekaya mereka, bila aku minta kepada ayahku, aku pasti tidak akan dapat.... Allah, kuatkan hati ini... ahhh.. ingin sekali aku menyatakan mereka tidak seperti kawan yang baru ku kenal, mereka, walaupun tidak sefikrah denganku tapi mereka prihatin denganku, mereka tahu jika mahu pergi kemana2 denganku, pastinya mereka mengajakku sekali, even aku menolak, tapi mereka berkeras mahu aku mengikut mereka, mereka tidak mahu ada kawan mereka yang keseorangan ketinggalan dan tidak mengikut mereka.. adakah aku terlalu jahat..  tak pe la..seringkali aku memikirkan.. tapi apakan daya.. tak pe la.. aku memang jahat..


luahan perasaan
(diri yang hina)

4 comments:

  1. tiada, cuma merasakan diri tidak berguna lagi, Rasa sedih dan banyak lagi perasaan yang rasa membelenggu diri ni...

    ReplyDelete
  2. apa ada hal.. keadaan kita tanggung berasas keupayaan kita ada.. rilek bersyukur dan cuba jd lebih baik setiasa.. +ve thinking zu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn la marah.. entah la.. tiba2 rasa sedih la.. tak pe la.. cube nak bangkitkan semangat dalam diri untuk jadi +ve.. sekarang ni semangat dah hilang dah..

      Delete