Rasullullah s.a.w bersabda: “Puasa itu merupakan benteng atau perisai maka janganlah berkata keji dan mencaci. Seandainya ada orang yang mengajak berkelahi atau mencaci maka hendaklah dia berkata “saya berpuasa, saya berpuasa” (Riwayat Abu Hurairah)

Wednesday 18 January 2012

BOLEHKAH MANDI PADA WAKTU MALAM??


بسم الله الرحمن الرحيم


     
      Seringkali kita tidak digalakkan untuk mandi pada waktu malam.Ramai kalangan masyarakat Malaysia mengatakan amalan ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit seperti paru-paru berair.  

Menurut Dr. Anies Tan, seorang doktor perubatan di hospital swasta menjelaskan kajian menunjukkan yang mandi bukan sahaja boleh membersihkan badan daripada kotoran tetapi juga boleh menghilangkan stres.
Katanya, mandi memainkan peranan penting dalam mempertingkat sistem imun badan selain mengelak berlakunya penyakit kulit seperti ekzema dan masalah kesihatan lain. 

"Kebanyakan penyakit kronik antaranya diabetes, hipertensi, kegagalan buah pinggang dan masalah kardiovaskular muncul daripada kegagalan sistem dalam badan, cara pemakanan dan gaya hidup kita. Tiada bukti yang mengatakan mandi pada waktu malam boleh mendatangkan penyakit-penyakit ini," kata beliau. 

Menurut Dr. Tan, air mandian suam boleh membuka liang-liang roma badan dan membantu menghilangkan toksin.
"Mandi dengan air hangat boleh mengurangkan sakit otot dan membantu usus berfungsi dengan baik. Tapi kalau anda sedang mengalami stres, mandi dengan air sejuk boleh membantu. 

Tetapi bagaimana dengan isu mandi pada waktu malam? 

Kata Dr. Tan, negara ini mempunyai iklim tropika di mana cuacanya adalah panas dan lembab dan oleh itu mandi malam tidak mendatangkan kemudaratan.
"Lainlah kalau anda menghidapi pneumonia dan tinggal di negara yang mempunyai iklim musim sejuk. Mandi malam adalah baik kerana ia membersihkan badan daripada bakteria dan virus. 

"Amalan mandi adalah penting bagi gaya hidup sihat. Di hospital juga, pesakit yang boleh berjalan dan boleh mandi, memang kami galakkan mandi". Kata beliau, kegagalan mandi yang secukupnya boleh mendatangkan penyakit kulit dan juga bau badan. 

"Bakteria boleh bertindak pada peluh dan ini membangkitkan bau badan," katanya sambil menambah bahawa kesegaran mandi membuatkan badan lebih sihat, selain membersihkan bakteria daripada permukaan kulit. 

"Pembersihan kulit berlaku bila kita mandi. Lebih baik lagi jika kita menggunakan sabun antibakteria," katanya dan menerangkan prinsip yang sama pada amalan membasuh tangan. 

"Ia satu amalan kebersihan yang baik bila kita kerap basuh tangan terutama sebelum makan, sama juga bila kita mandi walaupun pada waktu malam," kata beliau.
Pemulihan badan 

Menurut Hassan, mandi adalah kaedah baik bagi merehatkan otot badan.
"Setelah bekerja sehari suntuk, otak dan badan anda perlukan rehat. Mandi pada malam hari (sebelum tidur) boleh membantu mengembalikan ketahanan fizikal dan emosi. 

"Terdapat banyak salah faham tentang isu mandi di waktu malam kerana ramai orang berpendapat ia lebih banyak mudarat daripada kebaikan termasuk mendatangkan penyakit," katanya. 

Jadi, adakah mandi malam sememangnya satu amalan tidak sihat? 

Kata Hassan: "Sudah tentu tidak. Ia bukan memudaratkan bagi orang yang sihat". Menurut Hassan, mandi menggunakan air hangat akan membuka liang roma dan membersihkan badan dengan mengeluarkan toksin dan memberikan kesan yang segar kepada seseorang itu. 

"Mandi juga membuatkan anda dapat tidur dengan lena dan membantu mengurangkan insomnia (susah untuk tidur)," tambah beliau. 

Menurut pengamal homeopati itu lagi, mandi adalah satu amalan semula jadi bagi memberi regangan kepada minda dan badan. 

Seseorang itu bukan hanya dapat tidur lena tetapi juga tidur dengan lebih lama jika beliau mandi sebelum tidur.
- Bernama 

Tetapi dari pembacaan di artikel http://emjayjb.multiply.com/journal/item/42?&show_interstitial=1&u=%2Fjournal%2Fitem, saya dapati kita tidak digalakkan untuk mandi malam disebabkan kesejukan air pada waktu malam menyebabkan paru-paru kita boleh berair. 

Pada artikel tersebut, kita digalakkan mandi pada mandi di antara masuk waktu magrib sehingga 45 minit sebelum subuh. 

Diriwayatkan oleh Ibnu 'Asim bahawa Huzaifah pernah mengerjakan qiam Ramadan bersama Rasulullah dan melihat bahawa baginda mandi pada malam itu.Ibnu Jarir pula berkata bahawa sahabat menyukai mandi pada malam-malam akhir ramadan. 

Ini bermakna mandi malam dibolehkan. Melalui pembacaan saya, paru-paru berair boleh berpunca dari pelbagai punca, termasuk jangkitan oleh bakteria, virus, fungi, atau parasit, dan kimia atau kecederaan fizikal kepada paru-paru. Puncanya juga boleh secara tidak rasmi digambarkan sebagai idiopathic—iaitu, tidak diketahui—apabila punca jangkitan telah disingkirkan.Simptom biasa dikaitkan dengan paru-paru berair termasuk batuksakit dadademam, dan sukar bernafas. 

PUNCA PARU-PARU BERAIR
1. Terjadi daripada penyakit pada paru-paru itu sendiri atau penyakit organ lain seperti jantung, hati dan buah pinggang.
2. Batuk kering (TB).
3. Jangkitan kuman di paru-paru.
4. kanser paru-paru atau lain-lain kanser.
5. Kolagen (collegen disease) sepertti ‘rhuemathoid’ ‘arthritis’, SLE dan sistem sterosis.
6. Kegagalan jantung.
7. Sindrom nefrotik (kehilangan protin dari buah pinggang).
8. Sirosis hati.
            10. Pneumonia (radang paru-paru).

2 comments:

  1. Pada artikel tersebut, kita digalakkan mandi pada mandi di antara masuk waktu magrib sehingga 45 minit sebelum subuh.

    Apa yang diajar, bila mandi malam bermula lepas isya', badan kita waktu tu panas, memproses makanan dsbgnya, bila mandi, akan menyebabkan meruap di dlm sistem organ, sebab orang malaysia ni suke makan waktu malam.

    kita digalakkan mandi selepas pukul 12 tgh malam, time tu badan dah mula sejuk, sejuk+sejuk=memang sejuk.

    Kalau tak silap, sorang kawan pernh berpesan, sebaik2 mandi bermula pkul 3 pagi. wallahualam.

    ReplyDelete
  2. oh ye ke?? syukran yer..confius..

    ReplyDelete