Rasullullah s.a.w bersabda: “Puasa itu merupakan benteng atau perisai maka janganlah berkata keji dan mencaci. Seandainya ada orang yang mengajak berkelahi atau mencaci maka hendaklah dia berkata “saya berpuasa, saya berpuasa” (Riwayat Abu Hurairah)

Wednesday 12 December 2012

StaGe 1


             بسم الله الرحمن الرحيم


      "sue, kursus tu start kul 8 ye.." kataku untuk mengingatkan dia tentang waktu. " ye, baik" katanya. Sambil aku bersiap, aku mengerling kearahnya untuk memastikan dia pun bersiap. Setelah aku bersiap, aku pun turun untuk menuggu bas ke kampus. Hari ini, di kampusku ada kursus penulisan islami, dan aku merupakan salah seorang peserta kursus tersebut. Pada mulanya aku tidak mengetahui kursus ini berkaitan dengan apa, tapi kawanku lah yang memperkenalkan kursus ni.Aku pun nampak kesungguhan kawanku itu mengajak ku untuk pergi kursus tersebut, mungkin dia mahu menolongku dalam bidang penulisan. ye, aku pun merasai kekurangan yang aku hadapi semasa menulis.Tapi kawanku itu tidak dapat datang, kesiannya dia. tapi atas permintaan dia, aku akan menghuraikan sedikit tentang kursus tersebut dan apa yang aku fahami.hehhe
   
      Bila menulis memerlukan pembacaan yang banyak dan mesti kaya dengan metafora untuk membuat ayat berbunga2. Jika kita tidak membaca dan tiada metafora maka penulisan kita seakan tidak bernilai. Begitu lah apa yang ust pahrol sampaikan. Lagi satu, apabila menulis, kita tidak boleh semasa keadaan tension, perlu tubuh yang sihat dan spritual yang tinggi cthnya keyakinan. Dalam kursus penulisan ni, banyak peribahasa, metafora dan kata2 menarik yang diberikan oleh Ust Pahrol. Dalam bidang penulisan juga perlunya kita membentuk diri dulu sebelum menulis.  Penulis itu juga merupakan pendakwah, pendidik dan pemimpin. Selain itu, penulisan juga boleh dikategorikan kepada 3 iaitu maklumat( pandai), ilmu (cerdik) dan hikmah(bijak). Sebenarnya, banyak lagi tips yang beliau berikan. Itu untuk modul pertama tentang jiwa penulis, kekuatan dan cabaran yang dihadapi.

     Selepas itu masuk pula modul strategi menguasai minda membaca. Modul ini juga disampaikan oleh ust Pahrol.Tapi apa yang boleh saya summary kan tentang modul ini, tulisan yang ingin kita tulis perlulah memberi maklumat, menghiburkan, meyakinkan,dan mempengaruhi.

     Selepas itu, modul dakwah bi al-hikmah yang mana disampaikan sendiri oleh Hasrizal Abdul Jamil (blog saifulislam). Beliau merupakan anak murid kepada ust Pahrol, yang mana Ust Pahrol pernah mengedit penulisan beliau untuk dijadikan buku. Tapi apa yang dapat dalam modul ni, bagaimana cara kita nak memulakan penulisan, dan menulis penulisan yang menarik. Apa yang disimpulkan kat sini kalau nak memulakan blog atau ingin menulis berkenaan yang menyentuh sensitivi, kita perlulah bijak membuat ayat yang menyeru bukan menyuruh didalam blog, dan penulisan itu perlu nya ada hikmah.

     Peribahasa cina ada menyatakan apabila BILA MURID BERSEDIA, GURU TIBA. jadi fikirkan la maksudnya.  bila kita nak belajar pape dari orang tu secara tak sedar orang itu sudah menjadi guru pada kita. Manakala dari perkataan yang dipetik dari Hamka pula, dahulukan kebenaran dari keindahan dalam menulis perkataan. Perlu ayat yang berbunga2 dalam menyeru sesuatu tapi apabila ia 'urgent' tidak perlulah ayat yang berbunga2.

lastly, menyeru bukan menyuruh, memujuk bukan mengutuk dan mengajak bukan mengajar. aspek ini perlulah sentiasa diterapkan dalam penulisan agar pembaca boleh menikmati hikmah yang ingin kita sampaikan. Menulis dari hati adalah yang paling bermakna dalam penulisan.

P/S : masih belajar menulis, walaupun tak sehebat kawan2 lain, semoga sentiasa diberi hidayah untuk mengamalkan apa yang dipelajari. dari Salman Farisi, hati yang gelap ialah
1. apabila diberi ilmu, ia tidak diberi kemampuan untuk amalkan
2. Ada peluang duduk dengan orang soleh, tapi tidak dapat teladan
3. diberi peluang untuk beramal, tapi tidak ikhlas dalam menjalankannya.

wassalam.. 

2 comments: