Rasullullah s.a.w bersabda: “Puasa itu merupakan benteng atau perisai maka janganlah berkata keji dan mencaci. Seandainya ada orang yang mengajak berkelahi atau mencaci maka hendaklah dia berkata “saya berpuasa, saya berpuasa” (Riwayat Abu Hurairah)

Thursday, 6 February 2014

.........KeRoPoK UbI KaYu..........

     Pada suatu petang yang damai, ada seorang adik yang ditemani oleh kakaknya sedang duduk melihat laptop kepunyaan si adik, tiba2 si kakak berkata pada adiknya yang dia lapar dan mahu masak, tapi tak tahu nak masak apa pada waktu petang2 tu. Si adik pun yang memang sangat kenal dengan pelbagai jenis makanan pun mencadangkan pelbagai  resepi.. tapi resepi yang si adik cakapkan tu semuanya tak wujud di dapur rumah mereka.. Jadi si kakak pun mengeledah almari dapur mereka kalau boleh di cipta satu resepi baru.. tapi tak de jugak.. tiba2 si kakak nampak satu bungkusan dalam almari tu, rupa-rupanya keropok yang mak saudara mereka beri pada bulan lepas...
      Ni la keropok tu.. boleh buat macam2 colour..
keropok ubi kayu..dah lama tak makan keropok ni, sebenarnya nak cerita pengalaman time kecil dulu buat keropok ubi kayu ni.. buatan mak saudara..
       Tak dapat makan keropok ni selepas pindah rumah ke kawasan bandar.. Dulu ingat lagi time kecik2 dulu semasa sekolah rendah, time tu selepas balik dari sekolah, ternampak mak saudara mencabut ubi kayu di belakang rumah. Time tu kecil lagi dan sifat ingin tahu sentiasa tinggi, jadi lepas tukar baju sekolah, terus pergi ke belakang rumah dan
turut serta juga mencabut ubi kayu.. sangat seronok time tu. lepas cabut ubi kayu, aku tolong ssekali membuang kulit ubi kayu tu dan kemudian mak saudara aku akan parut ubi kayu dan menambah ingredient lain untuk jadikan dia sebagai keropok. Lepas siap dibancuh ingredient tu jadi macam doh, doh tu pulak kene ditempek leper diatas penutup periuk leper untuk jadikan dia seperti keping2 dan kemudian jemur doh tu diatas atap rumah dalam beberapa hari , time tu cuaca agak panas sikit tapi sekarang cuaca sejuk sikt. Bila doh tu kering, ia akan jadi kering seperti keropok. Ingredient keropok ubi ni aku tak dapat ambil sebab dah duduk jauh dari mak saudara tu
ni lah rupa keropok tu lepas dah goreng..
  Sedap dijadikan snek makan di waktu petang... macam papadom pun ada jugak rupa dia..
Sebenarnya banyak lagi makanan yang dibuat sendiri oleh mak saudara aku time aku kecik2 dulu.. contohnya jem rambutan, sambal daun, tempoyak, jeruk  dan tak ingat apa lagi.. tapi oleh sebab mak saudara aku sekarang dah tinggal di kawasan bandar, jadi aku pun tak dapat nak merasa makanan fresh  tu semua.. dulu aku tinggal dengan mak saudara dikawasan kampung.. time tu belakang rumah ada kolam ikan, pokok buluh, kelapa, pokok durian dan mcm2 lagi pokok.. memang jimat duduk kat kawasan kampung. . just beli barang yang basic dan kering dan semua makanan basah ada di sekeliling rumah....memang best.. semua fresh...
..Memory ni sentiasa dalam ingatan.. 


Monday, 13 January 2014

...........Kisah Seorang Ibu Yang Sekuat Seribu Lelaki..........


Kisah Seorang Ibu Yang Sekuat Seribu Lelaki | Di sebuah masjid di perkampungan Mesir, suatu petang. Seorang ustaz sedang mengajarkan murid-muridnya membaca Al-Qur’an. Mereka duduk melingkar & berkelompok. Tiba-tiba, masuk seorang anak kecil yang ingin menyertai di lingkaran mereka. Usianya kira-kira 9 tahun.
Sebelum menempatkannya di satu kelompok, ustaz itu ingin tahu kemampuannya. Dengan senyumnya yang lembut, dia bertanya kepada anak yang baru masuk tadi, ” ada ayat yang kamu hafal dalam Al-Qur’an?”
“Ya,” jawab anak itu singkat.
” Kalau begitu, cuba bacakan salah satu ayat dari juz ‘Amma?‘ pinta ustaz
Anak itu mengalunkan beberapa ayat, fasih & betul tajwidnya. Merasa anak tersebut mempunyai kelebihan, guru itu bertanya lagi,“Adakah kamu hafal surah Tabaraka?” (Al-Mulk)
“Ya,” jawabnya lagi, & segera membacanya. Baik & lancar. Ustaz itu pun kagum dengan kemampuan hafazan si anak kecil itu, meski usianya lebih muda berbanding murid-muridnya yang ada.
Dia pun cuba bertanya lebih jauh, “kamu hafal surat An-Nahl?”
Ternyata anak kecil itu menghafalnya dengan sangat lancar, sehingga kekagumannya semakin bertambah. Lalu ustaz itu pun cuba mengujinya dgn surah-surah yang lebih panjang.
“Adakah kamu hafaz surat Al-Baqarah?”
Anak kecil itu kembali mengiyakan dan membacanya tanpa sedikitpun kesalahan. Dan ustaz itu semakin teruja dengan pertanyaan terakhir, “Anakku, adakah kamu menghafal Al-Qur’an ?”
“Ya,” jawabnya dengan jujur.
Mendengar jawapan itu, seketika ustaz itu mengucapkan, “Subhanallah wa masyaallah,tabarakkallah”
Setelah hari itu menjelang maghrib, sebelum ustaz tersebut menamatkan kelas mengaji, secara khusus dia berpesan kepada murid barunya,” Esok, kalau kamu datang ke masjid ini, tolong ajak juga ibubapa mu. Ustaz ingin berkenalan dengannya”.
Esok harinya, anak kecil itu kembali datang ke masjid. Kali ini dia bersama ayahnya, seperti pesan ustaz kepadanya. Melihat ayah dari anak tersebut, si ustaz bertambah kaget kerana gayanya tidak langsung seperti orang alim, kehormat & pandai.
Belum sempat dia bertanya, ayah si anak sudah menyapa terlebih dahulu, “Saya tahu, mungkin ustaz tidak percaya bahawa saya ini adalah ayah dari anak ini. Tapi rasa hairan anda akan saya jawab, sebenarnya disebalik anak kecil ini ada seorang ibu yang sekuat seribu lelaki. Dirumah, saya masih mempunyai 3 anak lagi yang semuanya hafal Al-Qur’an. Anak perempuan saya yg kecil berusia 4 tahun, dan sekarang sudah menghafal juz Amma”.
“Bagaimana si ibu itu boleh lakukan itu?” tanya si guru tanpa boleh menyembunyikan kekagumannya.”
Ibu mereka, ketika anak-anak itu sudah pandai bercakap, si ibu membimbing anak kami menghafal Al-Qur’an dan selalu memotivasi mereka melakukan itu. Tak pernah berhenti dan tak pernah bosan. Dia selalu katakan kepada mereka,
“Siapa yang hafal lebih dulu, dialah yang menentukan makan malam ini,
“Siapa yang paling cepat mengulangi hafalannya, dialah yang berhak memilih ke mana kita boleh bersiar – siar nanti”
Itulah yang selalu dilakukan ibunya, sehingga tercipta semangat bersaing dan berlumba-lumba antara mereka untuk memperbanyak dan mengulang-ulang hafalan Al-Qur’an mereka,” jelas si ayah memuji isterinya.
Sebuah keluarga biasa yang boleh melahirkan anak-anak yang luar biasa. Hanya seorang ibu yang biasa. Setiap kita dan semua ibubapa tentu bercita-cita anak-anaknya menjadi generasi yang soleh, cerdas dan membanggakan. Tetapi tentu perkara itu tidak mudah.
Apatah lagi membentuk anak-anak itu mencintai & mencintai Al-Qur’an. Memerlukan perjuangan, perlu kekuatan. Mesti tekun & sabar melawan rasa letih dan susah tanpa kenal batas. Maka wajar jika si ayah mengatakan,”Disebalik anak ini ada seorang ibu yang kekuatannya sama dengan seribu lelaki.”
Ya, perempuan yang telah melahirkan anak itu memang begitu kuat & perkasa. Sebab membuat permulaan yang baik untuk kehidupan anak-anak, adalah tidak mudah. Hanya orang – orang yang punya kemahuan & motivasi yang boleh melakukannya. Dan tentu modal pertamanya adalah kesolehan diri. Tidak ada yang lain.
Ibu si anak cerdas ini, dia adalah lambang seorang perempuan solehah yang mewariskan kesolehannya ke dalam kehidupan rumah tangganya. Dialah contoh perempuan yang pernah diwasiatkan Rasulullah saw kepada kaum lelaki untuk mereka jadikan pendamping hidup diantara sekian banyak wanita.
Dengan menanggalkan keutamaan harta, kecantikan & keturunannya, seperti sabda Rasulullah saw, “Wanita dinikahi kerana 4 perkara : kerana hartanya, keturunannya. kecantikkannya, & agamanya. Maka pilihlah wanita yang taat beragama, nescaya engkau beruntung.”(HR.Bukhari & Muslim).
Perempuan yang dikenalkan kepada kita dalam cerita diatas, dia sebenarnya tidak memulakan kerja kerasnya ketika anak-anaknya baru belajar bercakap. Tidak. Tetapi jauh sebelum itu, tenaganya telah ditumpahkan untuk mengakrabkan mereka dengan bacaan-bacaan Al-Qur’an semasa mereka masih janin.
Dalam keadaan kehamilannya yang berat, ibu ini hampir setiap hari selalu meluangkan waktu untuk membaca Al-Qur’an, memperdengarkannya janin yang ada dirahimnya, dalam keadaan berbaring, duduk/pun bersandar. Perjuangan itulah yang berat tapi itu pulalah yang kemudian memudahkan lidah anak-anaknya merangkai kata demi kata dari ayat-ayat Al-Qur’an, saat mereka sebenarnya baru mulai belajar bicara.
Semoga kisah ini dapat memberi kita tauladan dan seribu pengajaran.

Saturday, 11 January 2014

...................UcaPlaH Alhamdullilah.................................


       Alhamdulillah bermaksud segala puji bagi Allah. Bila difikirkan sejenak kadang-kadang dalam kehidupan seharian kita, kita adalah lebih baik dari orang lain dan mungkin ada pula orang lain yang lebih baik dari kita. Bila masih diberi lagi nafas dan ruang masa, ucapkanlah alhamdulillah kerana masih ada mereka yang pada ketika ini mendapat musibah yang lebih dari kita. Mungkin pada ketika ini, adalah hari mereka diduga, tetapi mungkin esok kita pula yang akan diduga. 

      Kehidupan ini seperti roda yang berputar, sekejap kita dibawah dan pada satu masa nanti mungkin kita akan berada diatas. Ucapkanlah alhamdulillah tidak kira kita dibawah atau di atas kerna setiap manusia itu pasti akan melalui roda kehidupan tersebut.  
        Aku masih ingat lagi waktu dulu, saat aku menangis dan buntu memikirkan tentang kelemahan diriku. Aku tidak peduli apa yang mereka mahu katakan. Yang cuma aku tahu adalah aku sangat teruk. Tapi bila lama memikirkan, baru lah kembali teringat tentang kehidupan saudara2 seislamku yang lain yang jauh lebih susah dariku tetapi mereka lebih dekat dengan Allah. Sungguh malu diri ini bila memikirkan perlakuanku yang lepas. Sangat pelupa aku pada firman Allah dalam surah al baqara. Sungguh banyak yang aku terlupa. 

          Perasaan itu seperti penyakit padaku. Setiap kali penyakit itu menyerangku, pasti air mataku mengalir menahan sakitnya itu. 

         Tapi bila dia datang menemaniku, penyakit itu beransur hilang, seperti mudahnya angin yang menghembuskan awan dan menceriakan hariku. Walaupun kadang2 sering aku teringat, tetapi penyakit itu dapat aku kurangkan sakitnya. Dan menjadikan penyakit itu ingatan buatku bahawa hari ini jika aku gembira, maka aku tidak tahu pada keesokkannya adakah aku masih boleh menguntumkan senyuman seperti hari ini. Ucapkanlah alhamdullilah pada setiap waktu yang dilalui, mungkin pada setiap takdir itu ada hikmah yang tersembunyi. 

Diwajibkan atas kamu berperang, Padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. boleh Jadi kamu membenci sesuatu, Padahal ia Amat baik bagimu, dan boleh Jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, Padahal ia Amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”  (QS. Al-Baqarah : 216)




Bila lagu raihan ini berkumandang, pasti ada satu perasaan sedih dan sayu dalam diri ini yang mungkin tak dapat digambarkan tentang masa kecilku. Masa yang berlalu, biarkan ia berlalu kerna kita bukan menuju kebelakang, tetapi menuju kedepan (ingat pada diri). 

Umat yang sedang berada di akhir zaman

Friday, 10 January 2014

............PaKu YaNg LeKaT DiHaTi ...............

       "Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita," nasihat seorang ibu kepada anaknya."Saya tahu itu salah, ibu. Tapi, saya akan cepat meminta maaf. Itu satu kelebihan juga bu," balas si anak."Tapi perbuatan kamu menyakitkan hati orang, anakku," kata ibu lagi. " Saya rasa tidak. Selepas meminta maaf, segala-galanya langsai, ibu." Si ibu berfikir. Apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruk ini? "Kalau begitu, kamu ikut cadangan ibu ini. Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti." Tanpa membantah anak itu pun setuju. "Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini. Kemudian, setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu"."Baik ibu."
              Beberapa bulan berlalu, mereka sama-sama menghadap dinding tersebut."Lihat ibu, mana ada paku yang tinggal?" Ujar si anak dengan bangga. "Semuanya telah dicabut. Memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka, tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya meminta maaf." "Betulkah kamu sudah meminta maaf dan mereka telah memaafkan , tapi sedarkah kamu....?" "maksud ibu?" "Cuba kamu tengok dinding ni. Semuanya sudah berlubang,calar dan "berkematu". Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti. Walaupun kamu sudah memaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. hati yang dilukai ada parutnya, anakku..." Si anak merenung dinding yang berlubang-lubang itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya. Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti?   

Pengajaran: Meminta maaf adalah amalan yang terpuji. Tetapi berusaha agar kita tidak terpaksa meminta maaf (menghindarkan diri dari menyakiti hati orang lain) jauh lebih terpuji. Ya, luka di hati atau anggota badan itu lebih sukar diubati daripada luka di tangan.


Kisah ini diambil dari buku Angguk Geleng . Banyak kisah menarik dalam buku ini yang boleh dijadikan teladan dan sentiasa membuat kita berfikir sejenak.

Sunday, 13 October 2013

To SleePy aNd TiReD



To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :) Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..
tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..
wa..wa..aaa
gerak kekanan kemudian ke kiri..
gerak ke kiri kemudian ke kanan
ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..
tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..
dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..
kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…
buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..
hilangkan semua stress…
pusingkan kepala…
tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…
akhir sekali buat joget kucing…
--------------
kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..
Sekian~




Tehehe~Sengeh2..



Ngahahaha~Wakakaka..


Hihihi~Peeeeaacee..


Ngehngeh~Jahat2..


Harharhar~hahaha..


Hadeh~Hmph..


Wekk~Wekk~..


Haaii~Hihi..


Tatatititutuuu~Byee..


Sobsob~Terharunyee..

My ProBleM??


        بسم الله الرحمن الرحيم

       

Aku selalu berfikir.. semakin meningkat usia semakin banyak pulak problem yang dapat... erm.. ye.. semua orang ada problem/masalah.. event binatang pun ada masalah bak kata seseorang yang 'terpelajar'.. hehe.. kadang2 kita pikir, aku tiada problem tapi orang lain yang ada problem tu menyebabkan aku ada problem.. dan sekali lagi aku iyakan.. tapi mungkin sekarang kita tiada problem, mungkin esok lusa kita ada problem dan menjadi problem pula pada orang lain (entah apa merepek).. Jadi bila orang lain ada problem dan itu  menjadi problem pada kita jangan pulak kita nak lari.. pastinya problem itu kejar kita.. 

Cuba kita berjalan perlahan2 dan selamba je dengan problem tu.. mesti dia tak kejarnya.. mungkin problem tu akan  memandang kita begitu sahaja.. 

Tapi yang pastinya bila kita menjadi baik biarlah berpada2 dan jangan sesekali buat jahat.. aku tiada mak yang sering memesan aku jangan buat itu jangan buat ini.... tapi kita semua belajar, maka kadang2 yang mempunyai ibu yang sering memesan itu ini, jugak tidak didengari.... Tahniah kepada kamu yang taat pada ibu bapa event kamu bukannya seorang raja/seorang professor/seorang engineer/ seorang yang sering mendapat 4.00 flat dalam kelas... kamu adalah seorang yang hebat (tazkirah)..


       Dulu aku selalu memikirkan tentang masalah yang terjadi dan sering kali ada suara halus akan berbisik didalm telinga menyuruh berbuat sesuatu yang tidak sepatutnya.. namun alhamdulillah, walaupun tiada kawan2ku yang tahu dengan masalahku tapi melihat sikap dan tingkah laku baik mereka menyebabkan suara itu akan menjadi kalah.. Hatiku sangat sensitif dengan tingkah laku mereka.. sering aku katakan mereka boleh hadapi masalah mereka, kenapa aku tak boleh.. dan ada jugak lecturer aku memberitahu kamu ini sangat muda dan tak perlu risau  klu kamu tak dapat apa yang kamu nak sekarang...kamu bukanlah seorang yang teruk.. banyak lagi perjalanan yang kamu perlu tempuh.. Dan fitrah seseorang itu akan kembali meminta pada penciptanya bila diduga sesuatu... mungkin Allah ingin mendengar pengaduan kita...

         oklah.. problem saya sekarang ialah suka buka facebook dan pointer sangat teruk, jadi untuk facebook memang tak boleh nak settlekan sebab facebook ni untuk kegunaan belajar jugak.. cuma kene lagi rajin untuk dapat great pointer.. 

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka 

 -Ar-Ra'd:11-




SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLaDhA


written in 9 zulhijjah
9.40 am
village

Thursday, 5 September 2013

MuDaHkaN YanG PaYaH.


        بسم الله الرحمن الرحيم

 
Seorang lelaki mengadu kepada seorang doktor pakar mengenai masalahnya yang tidak dapat tidur malam. pelbagai cara telah diusahakan, tetapi masalah itu tetap tidak dapat diatasi.
 "apa yang mengganggu fikiran kamu sehingga tidak dapat tidur?" Tanya doktor.
"saya rasa ada seekor dinosaur bersembunyi dibawah katil saya. apabila saya memejamkan mata, dinosaur itu akan membaham saya!"
" masalah awak hanya ada pada pemikiran awak. Tidak ada dinosaur, percayalah."
"Ada!" Jawabnya penuh yakin.
Doktor itu mengadakan mesyuarat dalam kalangan doktor-doktor pakar untuk berbincang mengenai masalah lelaki itu.

"Jelas ini masalah psikologi," kata doktor pakar psikologi.
"Ini masalah fobia akibat didikan masa lampau," ujar seorang pakar lain.
"Saya rasa ini berkaitan dengan masalah saraf," tambah seorang doktor pakar saraf.
"Baiklah. saya berikan masa untuk awak semua mencuba kaedah masing-masing untuk mengubatinya," rumus doktor tadi.

Selepas seminggu, doktor-doktor tersebut bermesyuarat semula untuk membentangkan laporan masing-masing.
"Ini masalah psikologi yang sungguh kronik. Pelbagai kaedah telah saya gunakan, tetapi dia tetap merasakan ada dinosaur di bawah katilnya,"pakar psikologi membuat penjelasan.
"sarafnya semua okay. Tidak ada apa-apa yang tidak normal."
" saya syorkan dia menerima rawatan alternatif."

Banyak cadangan yang diusulkan, sehingga doktor bingung mana satu rawatan yang logik untuk dilaksanakan.
   Di rumah, doktor itu termenung panjang.
"Mengapa ayah termenung?" tegur anaknya yang berusia tujuh tahun.
"Ada masalah seorang pesakit ayah."
"Apa masalahnya ayah? Mana tahu saya boleh membantu."

      Dalam hati doktor terdetik, kalau dalam kalangan doktor-doktor pakar pun tidak dapat menyelesaikan masalah ini, inikan pula anak yang berusia setahun jagung.

Namun untuk meraikan si anak, doktor itu pun menceritakan masalah pesakitnya.
"Oh, dia rasa ada dinosaur menyorok di bawah katilnya sehingga dia tidak boleh tidur."
"Ya begitulah."
"Kalau begitu ayah potong sahaja kaki katilnya!"
"Apa pula kaitannya dengan kaki katil itu dengan masalahnya tidak boleh tidur?"
"Kalau kita potong kaki katil, sudah tentu dinosaur tu tak ada tempat untuk bersembunyi!"
"Ya tak ya juga," Bisik doktor itu dalam hatinya.

Esoknya kaki katil si pesakit itu dipotong.
"Nah, sekarang dinosaur itu tak ada tempat lagi untuk bersembunyi di bawah katil kamu. Kamu boleh tidur sekarang."

Benarlah, si peaskit boleh tidur dengan nyenyaknya.

Betapa banyak masalah besar yang dapat dirungkaikan apabila kita berfikir dengan santai, bebas dan keluar daripada kotak pemikiran yang biasa.

c&p

p/s : kadang2 kita terlalu memikirkan perkara dengan terlalu besar padahal ianya semudah ABC untuk dirungkaikan.